NAVIGATOR

Monday, 26 June 2017

Awas Makanan Berikut Di Musim Perayaan



Ini adalah tips yang boleh membantu anda memantau pemakanan anda pada musim perayaan ini:-
PROTEIN
Sumber protein boleh didapati dari ayam, daging, ikan, telur, makanan laut dan kekacang. Kebanyakan makanan yang disediakan pada musim Aidilfitri seperti daging / ayam rendang, serunding, laksa, kuah kacang dan lontong yang dihidangkan dengan tempe, tauhu, udang dan sotong sambal. Hidangan ini mengandungi sumber protein yang tinggi.
Untuk pesakit predialysis buah pinggang kronik, mengurangkan pengambilan protein boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang kronik. Pakar pemakanan boleh membantu anda menentukan jumlah protein yang sesuai untuk anda.
Bagi pesakit Hemodialisis dan Peritoneal Dialisis, pengambilan protein yang lebih tinggi adalah diperlukan. TETAPI ingatlah bahawa kebanyakan hidangan ini tinggi dalam lemak (minyak & santan).
FOSFAT
Kebanyakan hidangan semasa Aidilfitri mengandungi fosfat yang tinggi. Ini adalah perkara penting yang perlu anda tahu sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Makanan yang mengandungi santan atau kerisik seperti daging / ayam rendang, kuah lodeh dan mee kari Jangan menghabiskan semua kuah. Pengambilan kuah separuh mangkuk boleh mengurangkan separuh pengambilan fosfat.
Kuah kacang yang dibuat daripada kacang tanah. Ia biasanya dimakan bersama dengan nasi impit atau sate Jadi, janganlah menuang dengan banyak kuah kacang pada nasi Impit / sate, anda boleh mecelup nasi impit / sate ke dalam kuah yang diisi dalam mangkuk kecil semasa makan.
Mee rebus disediakan daripada bahan yang mengandungi fosfat yang tinggi seperti kacang dan kentang Jangan menghabiskan semua kuah; hanya makan mee dengan bahan-bahan lain di dalam mee rebus.
Kandungan kuning telur yang tinggi dalam pelbagai kek, muffin dan cookies.
Minuman berkarbonat juga mengandungi fosfat yang tinggi. Anda boleh meminta air kosong sebagai minuman alternatif.
Mesti sentiasa membawa ubat pengikat fosfat bersama dan ingatlah untuk mengambil ia dengan hidangan utama anda.
Rancang pemakanan anda, dengan hanya mengambil 3 hidangan utama dan 2-3 snek.
GULA
Pengambilan gula yang tinggi akan meningkatkan paras glukosa darah bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis. Tetapi bagi pesakit CKD yang tidak menghidapi penyakit kencing manis, adalah lebih baik jika anda boleh mengurangkan pengambilan gula. Ini adalah kerana paras glukosa dalam darah yang tinggi akan menyebabkan dahaga dan pengambilan cecair sukar dikawal.
Berhati-hatilah dengan pengambilan makanan pencuci-mulut, puding, kek, muffin dan pelbagai biskut yang mengandungi gula dan coklat yang tinggi.
sumber : facebook Dr Zubaidi
==============
pengambilan diet yang betul walaupun musim perayaan serta amalkan triple t dapat bantu proses pemulihan tidak tergendala.
wassap atau cal kami utk info lanjut...
0126325669 Pn Anum
0176690694 En Ameen

Friday, 9 June 2017

Aktiviti Fizikal Untuk Pesakit Diabetes dan Hypertensi





Saya akan berkongsi pada anda kepentingan aktiviti fizikal khas untuk pesakit diabetes.

  • Mengekalkan paras glukosa darah dalam julat sasaran yang diingini. 
  • Menggalakkan hormon insulin untuk serap gluksa ke dalam sel-sel seluruh tubuh, termasuk otot untuk menghasilkan tenaga. Otot menggunakan glukosa dengan lebih baik berbanding lemak . 
  • Membantu mencegah peningkatan glukosa darah.
  • Jika badan tidak menghasilkan cukup insulin atau jika insulin tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya, sel-sel badan tidak dapat memproses glukosa menyebabkan ia meningkat dan seterusnya menyumbang kepada diabetes tidak terkawal. 
  • Menjalani hidup lebih tenang dan tiada tekanan.

Aktiviti ini juga membantu pesakit :

  • Mengurangkan risiko NCD yang lain 
  • Mendapatkan berat badan unggul 
  • Meningkatkan stamina 
  • Meningkatkan fungsi pergerakan sendi 
  • Memantapkan otot 
  • Mengurangkan stres

Aktiviti fizikal membantu pesakit hypertensi :

  • Bersenam akan menguatkan jantung. Apabila jantung kuat, ia boleh pam darah lebih banyak dengan mudah. Ia bantu menurunkan atau mengawal tekanan darah. 
  • Melancarkan saluran darah 
  • Menguatkan otot dan membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik 
  • Mengurangkan tekanan dan depresi

Tip untuk hidup lebih sihat :

  • Berjalan di semasa bercakap di telefon. 
  • Bersiar-siar di taman rekreasi. 
  • Berjalan-jalan melalui kawasan kejiranan anda. 
  • Apabila anda menonton TV, bangun & berjalan di sekitar bilik semasa iklan. 
  • Lakukan kerja rumah seperti berkebun, mengemas rumah atau mencuci kenderaan . 
  • Meletak kenderaan jauh daripada pintu masuk kompleks beli belah atau pejabat. 
  • Menggunakan tangga. 
  • Melakukan regangan secara tetap.


Sekiranya pesakit diabetes atau hypertensi mengikut senaman yang disarankan oleh doktor atau pakar, Itu tidak mustahil mereka dapat menjalani kehidupan lebih sihat seperti orang lain.



sekian.


En Ameen

Friday, 2 June 2017

Amalan Bijak Pemakanan Anak Pra Sekolah



Memang tidak dapat dinafikan, amalan makan secara sihat adalah penting bagi kanak-kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun. Ianya bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya, tetapi juga untuk mereka kekal cergas dan aktif.


Makanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:
  • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan;
  • Membekalkan tenaga untuk mereka menjalankan aktiviti fizikal;
  • Membantu menguatkan sistem ketahanan badan yang dapat menghalang mereka dari mendapat jangkitan penyakit.

Ikuti panduan berikut ketika menyedia dan memberi anak anda makan :

  • Walaupun bermula usia 1 tahun kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga, kebiasaannya di peringkat usia ini minat untuk mereka makan akan menurun kerana terpengaruh dan teruja dengan keadaan sekeliling. Anda tidak harus bimbang. Berikan mereka lebih perhatian dan layanilah mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

  • Pupuk amalan makan secara sihat sejak anak kecil lagi.Berikan anak anda makanan yang berkhasiat mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia. Piramid Makanan menekankan pengambilan pelbagai jenis makanan yang dapat membantu kanak-kanak memperolehi semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan harian berpandukan saranan Piramid Makanan Malaysia:

Kumpulan 1: Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin serta ubi-ubian

Kumpulan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada mereka. Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat . Nasi, mi, roti, pasta, bubur, capati dan biskut adalah makanan daripada kumpulan ini.

Kumpulan 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran


Kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu mencegah jangkitan penyakit dan mengelakkan sembelit.

Kumpulan 3: Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang

Makanan dalam kumpulan ini membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Ia diperlukan untuk pertumbuhan kanak-kanak.

Kumpulan 4: Susu dan produk tenusu

Makanan daripada kumpulan ini kaya dengan kalsium dan protein. Ia diperlukan untuk membina tulang dan gigi. Pastikan kanak-kanak minum susu setiap hari.

Kumpulan 5: Lemak, minyak, gula dan garam

Pastikan kanak-kanak mengurangkan pengambilan makanan daripada kumpulan ini.


  • Latih anak anda makan pada waktu yang tetap setiap hari.Pastikan mereka makan 3 hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan berikan snek di antara waktu makan utama ini. Susu adalah salah satu contoh snek berkhasiat dan sesuai dihidangkan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, elakkan memberi snek menghampiri waktu makan utama. Ini kerana anak anda mungkin berasa kenyang dan enggan makan makanan utama mereka setelah mengambil snek yang diberi terlalu hampir dengan waktu makan utama.

  • Selia anak anda ketika mereka makan. Bagi kanak-kanak yang kurang berminat untuk makan, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan mereka makan. Di antaranya ialah:

1) Duduk dengan mereka semasa mereka makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa mereka menikmati hidangan
2) Berikan masa untuk mereka menikmati hidangan. Jangan terburu -buru.
3) Beri pujian kepada mereka jika mereka memilih makanan yang berkhasiat.
4) Berikan kanak-kanak makanan mengikut sukatan yang disarankan.
5) Jika memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan susu bersama-sama makanan tersebut.
6) Berikan makanan sebaik sahaja mereka berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama, kemungkinan selera mereka akan hilang.
7) Jangan memaksa mereka makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan memberi pengalaman makan yang tidak menyeronokkan. Keadaan ini mungkin menyebabkan masalah kepada tabiat makan mereka di kemudian hari.
8) Jangan berikan anak banyak minuman sebelum atau semasa menikmati hidangan kerana ia boleh mengganggu selera makan.


  • Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti di luar atau untuk beriadah bersama keluarga, sediakan makanan ringkas seperti telur rebus, sandwic atau buah kering untuk dihidangkan. Susu atau air suam adalah lebih baik daripada minuman berkarbonat atau minuman manis.

  • Untuk menceriakan lagi suasana, ajaklah anak-anak anda menyediakan makanan yang ringkas, membantu menghidangkan makanan dan mengemas meja.


sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/7-amalan-bijak-memberikan-makanan-kepada-kanak-prasekolah/