Friday, 9 November 2018

Kencing Berbuih Tanda Diabetes Nefropati



Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh paras gula / glukos yang tinggi daripada keadaan normal dalam darah. Ini disebabkan kegagalan pengeluaran insulin dalam darah.

Pada masa ini, terdapat lebih 1.2 juta orang di Malaysia yang menghadapi penyakit diabetes.


Lebih 90% daripada pesakit diabetes di Malaysia adalah diabetes jenis 2. Kedua-dua jenis diabetes ini boleh menyebabkan satu bentuk penyakit buah pinggang kronik yang dikenali sebagai diabetik nefropati. Lebih kurang 30-40% pesakit diabetes akhirnya akan mengalami keadaan ini.
Secara kebiasaanya, diabetik nefropati boleh dikesan di kalangan pesakit diabetes yang kronik (10 tahun atau lebih selepas permulaan penyakit).
Oleh yang demikian, pesakit biasanya berusia antara 50 dan 70 tahun. Tetapi tidak mustahil kini usia bawah 40 tahun pun dah mula hinggap penyakit ini. Ia adalah punca utama penyakit buah pinggang dan kegagalan buah pinggang peringkat akhir di Malaysia.
Walau bagaimanapun, untuk pesakit diabetes yang tidak mempunyai kehadiran protein dalam air kencing, mereka hanya mempunyai 1% peluang sahaja untuk mendapat diabetik nefropati selepas 20 hingga 25 tahun.

Gejala & Tanda
Diabetik nefropati biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. 
Tanda-tanda awal termasuklah :1. Pengesanan protein dalam air kencing (air kencing berbuih)
2. K
eperluan untuk membuang air kecil dengan kerap terutama pada waktu malam.

Jika tidak menerima rawatan pada peringkat ini, pesakit tersebut akan mengalami pengumpulan air dan bengkak-bengkak di anggota-anggota badan (terutama kaki), kurang selera makan, tahap tenaga yang kurang dan kesukaran bernafas.

Komplikasi
Pada waktu yang sama pesakit diabetik nefropati akan mengalami komplikasi diabetes yang lain seperti penglihatan yang kabur, luka-luka di kulit yang lambat sembuh, kebas-kebas dan kesejukan di anggota badan disebabkan oleh aliran darah yang lemah, angin ahmar, serangan jantung atau angina (bentuk serangan jantung yang ringan).

Faktor-Faktor Risiko
Berikut adalah faktor-faktor risiko untuk diabetik nefropati:
  • Sejarah keluarga yang positif untuk diabetes
  • Tempoh menghidapi diabetes yang panjang
  • Tekanan darah yang tinggi
  • Kawalan gula yang tidak normal
  • Obesiti
  • Merokok

Rawatan
Aspek-aspek penting dalam penjagaan kesihatan pesakit diabetik nefropati adalah :
  1. Kawalan paras gula yang baik dengan bacaan HbA1c <7%
  2. Kawalan tekanan darah di bawah  <130/80mmhg
  3. Mengurangkan garam dalam pemakanan dan pengambilan gula kurang daripada 5 gram sehari
  4. Merawat hiperlipidemia
  5. Senaman selama 20 minit sehari
  6. Mengehadkan pengambilan protein seperti yang disyorkan oleh doktor atau pakar pemakanan
  7. Bagi pesakit yang mempunyai protein dalam air kencing, pengambilan ubat-ubatan seperti ACEI atau ARB

Pencegahan
  • Belajar bagaimana untuk menggunakan kit ujian glukosa darah di rumah dan menggunakannya dengan kerap – ini akan membolehkan seseorang untuk mengukur paras glukosa darah dan mengawalnya dengan ubat-ubatan diabetes
  • Belajar cara penyuntikan insulin seperti dinasihatkan oleh doktor
  • Berhenti merokok
  • Ikut cara pemakanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor dan mengambil sebahagian kecil makanan pada selang waktu yang tetap
  • Bersenam secara kerap
  • Berjumpa doktor secara berkala untuk mendapatkan pemeriksaan paras glukosa darah dan ujian air kencing
  • Mata dan kaki perlu diperiksa secara berkala untuk tanda-tanda komplikasi diabetes
  • Jika berat badan berlebihan, turunkan berat badan – kehilangan berat badan boleh mengurangkan gula dalam darah

Pemeriksaan dan Ujian
Ciri utama diabetik nefropati adalah kehadiran protein yang berterusan dalam air kencing. Pengunaan ujian dipstik air kencing (urine dipstick) adalah ujian mudah dan cepat yang boleh mengesan penyakit buah pinggang walaupun dalam peringkat awal. Ujian positif selalunya bermakna seseorang pesakit sudah mempunyai sekurang-kurangnya sedikit kerosakan kepada buah pinggang. Kerosakan pada peringkat ini mungkin boleh disembuhkan sepenuhnya.
Ujian makmal yang lain yang dilakukan termasuk:
  • Profil buah pinggang (renal profile)
  • Profil tulang (bone profile)
  • Ujian pantas pengesanan air kencing (urine spot test dan urine albumin-creatinine ratio (UACR))
  • Kiraan kuantiti protein air kencing 24 jam dan penapisan kreatinin (creatinine clearance)
  • Tahap gula darah dan kolesterol
  • Tahap HbA1c
  • Tahap fosforus, kalsium dan hormon paratiroid
  • Ujian sel darah merah
  • Ujian ultra bunyi buah pinggang
  • Ujian sinar-x buah pinggang-saluran kencing


info : http://www.myhealth.gov.my/diabetik-nefropati/

Friday, 26 October 2018

Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak Dan Bermasalah, Jangan Ambil Mudah Kesihatan Buah Pinggang



Sepuluh Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak Dan Bermasalah, Jangan Ambil Mudah Kesihatan Buah Pinggang Anda. Buah pinggang adalah salah satu orang yang paling penting dalam badan.

1. Kerap rasa lemah dan letih
Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.

2. Masalah tidur
Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.

3. Kulit kering dan kerap gatal gatal
Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.

4. Selalu rasa nak kencing
Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.

5. Air kencing bercampur darah
Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.

6. Air kencing berbuih buih
Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.

7. Brngkak pada mata
Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.

8. Kaki dan buku lali bengkak
Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.

9. Otot kerap kejang
Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.

10. Tiada selera makan
Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan, mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang selera makan.


Wednesday, 6 June 2018

Bacaan Utama Dalam Result Ujian Darah Bagi Pesakit Dialisis


Assalam

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya dalam sessi consultation dengan pakar buah pinggang di pusat dialisis.

Sebenarnya, apabila seorang pesakit sudah dialisis (hemodialisis) createnin result selalunya doktor tak akan ambil sebagai data utama penentu kesihatan pesakit.

Tetapi petunjuk clearance toksin (urea) (URR) yang diambil kira. Ini memungkinkan anda....

1. ke sihatan lebih baik
2. Tiada komplikasi selepas dialisis yang kerap seperti penat, pitam, muntah

Data yang doktor akan lihat adalah....

1. Phosphate
2. Kalsium
3. Darah merah
4. Iron
5. IPTH (tiroid)
6. Gula
7. tekanan darah

Apabila result data darah anda di atas baik, saya rekmenkan amalkan triple t untuk kekalkan kesihatan anda disamping pengambilan diet utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai triple t dan pesakit dialisis ataupun belum dialisis, boleh hubungi pn anum 012 632 5669. Beliau berpengalaman hal diet dan amalan triple t untuk pesakit dialisis dan belum dialisis.

Monday, 4 June 2018

Kenapa dialisis 3x seminggu dan ada pula 2x seminggu?



Kenapa dialisis 3 kali seminggu dan ada doktor rekmen dialisis hanya 2 kali sahaja...ini adalah sebab-sebab utama :

1. Clearence urea rendah. URR ratio lebih 90%. Perihal ini disebabkan pesakit mungkin tiada selera makan. Atau ambil makanan yang tidak sesuai atau ketepikan protien.

2. komplikasi lepas dialisis sangat tinggi. Komplikasi seperti pitam, pening, hypo kerap berlaku dan dgn tiada selera makan, mungkin doktor rekmen untuk lakukan dialisis 2 x sahaja

3. Dana persendirian.

Kenapa nak bezakan kekerapan dialisis pesakit itu?

sebenarnya tiada beza pun kalau nak dialisis 2x seminggu, tetapi risiko itu anda yang tanggung sendiri. Ramai pesakit luar Malaysia yang dialisis 2x seminggu. Atas faktor badan mereka fit , kesihatan mereka sangat baik dan mampu menjaga air dalam badan.

Selain itu, dengan diet yang baik, clearence urea dalam darah mereka sangat baik.

Sebenarnya dialisis 3x seminggu adalah minima kekerapan, kerana dengan 3x keadaan kesihatan pada tahap minima. Yang penting adalah, tak kisah pun kekerapan ini asalkan kesihatan pesakit sangat baik.

Jika kesihatan anda baik dan berkekalan...berkemungkinan anda mendapat penderma buah pinggang sangat cepat. ini kerana, anda mungkin menjadi penerima utama buah pinggang yang lebih sesuai walaupun angka giliran anda di bawah.

sekelian. jika nak tahu lebih lanjut pesakit kami yang mampu menjalankan aktiviti fizikal yang kerap dan pada tahap kesihatan terbaik, boleh hubungi pn anum 012 632 5669 untuk kisah lanjut.


Monday, 22 January 2018

Ujian Air Kencing



Apa itu ujian air kencing?

adalah kaedah yang mudah untuk mengenalpasti kandungan bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam air kencing seseorang pesakit.

Di dalam urin, disamping mengandungi 95% air, ia turut mengandungi bahan-bahan kimia terlarut seperti urea, urik asid , sodium, potassium, kalsium, kreatinine, fosfat dan sebagainya.
Pada individu yang normal kandungan bahan-bahan kimia ini berada di dalam julat-julat yang tertentu terlarut di dalam urin. Kandungan bahan-bahan kimia tertentu yang terlalu tinggi atau sebaliknya boleh menjadi indikator yang penting kepada doktor untuk pengdiagnosaan serta perawatan penyakit terutama yang melibatkan buah pinggang.
Ujian Urin 24 jam dapat menentukan kecekapan sistem pengawalan penyerapan dan perkumuhan yang dilakukan oleh buah pinggang. Di antara penyakit yang dikaitkan dengan fungsi buah pinggang adalah seperti diabetic nephropathy, hypertension, lupus, urinary tract infections, urinary tract obstruction or blockage, alport syndrome, nephritic syndrome, polycystic kidney disease, cystinosis dan interstitial nephritis.

Jenis-Jenis Ujian Air Kencing
Ujian-ujian urin 24 jam yang biasa dijalankan di makmal ialah seperti :
  • Urinary excretion rate
  • Protein
  • Adrenalin
  • Amylase
  • Bilirubin
  • Calcium
  • Citric acid
  • Cortisol
  • Creatinine
  • Dopamine
  • Electrolytes
  • Epinephrine
  • Glucose
  • HCG (qualitative)
  • Homovanillic acid (HVA)
  • Ketones
  • Leucine aminopeptidase
  • Myoglobin
  • Norepinephrine
  • Normetanephrine
  • Osmolality
  • Porphyrins
  • Potassium
  • Sodium
  • Urea nitrogen
  • Uric acid
  • Urine Bence-Jones protein
  • Urinary casts
  • Amino acids
  • Metanephrine
  • Vanillylmandelic acid (VMA)

sumber : http://www.myhealth.gov.my/urin-24-jam/

Wednesday, 1 November 2017

Sel Darah Merah


Hemoglobin

Adalah protien kompleks yang terdiri dari protien, globin dan pigmen yang mengandungi zat besi.

Fungsinya ;

1. bertugas membawa oksigen yang kaya dengan zat besi dalam sel darah merah.

2. Menentukan golongan darah

3. Menjaga kekebalan sistem badan manusia

4. Membantu pelebaran pembuluh darah

5. Pengatur suhu tubuh

6. Mengangkat karbon dioksida



Cara meningkat kan sel darah merah :

1. Makan makanan yang kaya zat besi
- kekacang
- bayam
- kuning telur
- daging merah

2. Makan makanan seperti kerang, coklat, hati

3. Makanan tinggi Folate
- iaitu vitamin B9 , ianya membantu produksi sel darah merah

4. Makan makanan tinggi vitamin A
- membantu perkembangan sel yang menjadi sel darah merah di dalam sum sum tulang

5. Makanan juga vitamin C
- Vitamin C membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap zat beli lebih banyak, dengan ini meningkatkan lagi produktiviti sel darah merah.

6. Lakukan senaman setiap hari - bantu jantung untuk lebih aktif dan tingkatkan oksigen dalam badan

7. Tinggalkan merokok - ganggu aliran darah merah

8. Tinggalkan alkohol - alkohol ini menyebabkan darah menjadi lambat mengalir, dan mengurangi sel darah merah.

9. Dapatkan pemindahan darah - jika perlu

Jika dapati darah merah anda kurang, boleh la gunakan tip tip di atas. Tetapi pastikan kesihtan anda baik dan bebas masalah buah pinggang.

Terima kasih


en ameen

Thursday, 19 October 2017

Dah Dialisis Tapi Kenapa Kreatenin Tak Turun Normal?


Ramai yang bertanya kepada kami, kenapa kreatenin akan kekal tinggi walaupun sudah dialisis bertahun lamanya? Sepatutnya dah 'cuci darah' , patut level kreatenin boleh turun terus tahap 1 ataupun jadi normal?

Tuan puan yagn baik hati sekelian, saya akan terangkan secara ringkas wujudnya kreatenin ini.

Kreatenin wujud hasil daripada sisa protien yang tidak digunakan oleh tubuh badan. Ianya akan salur keluar ke dalam air kencing setelah ditapis oleh buah pinggang.

Biasanya, individu normal di bawah 100mmol sahaja.

Tetapi, jika anda seorang yang kuat bersenam dan ambil makanan tambahan protien, kreatenin anda mungkin tinggi. Tetapi tak perlu risau kerana ianya bersifat sementara.



Tetapi bagi yang ada masalah buah pinggang, lebihan kreatenin ini tidak dapat dikeluarkan dan ianya terkumpul dalam darah mereka.

Ini mengakibatkan komplikasi yang tinggi terhadap fungsi buah pinggang.

Bagi individu yang sudah dialisis pula, kreatenin level mereka akan sama ataupun kurang sedikit sahaja kerana, pola pemakanan atau diet pesakit dialisis memerlukan ambilan protien 2 kali ganda daripada keperluan harian mereka (selepas dialisis) , manakala hari tiada dialisis, ikut sukatan protien sebesar tapak tangan sahaja.

Ini bertujuan untuk menggantikan nutrien dalam badan selepas dialisis.

Mereka ini dah la buah pinggang tidak dapat menapis kreatenin lagi, masuk lagi protien yang banyak, dan mereka tidak digalakan bersenam dengan intensif , oleh itu, sisa kreatenin terus terkumpul dalam darah.

Dan ini lah yang menyebabkan kreatenin dalam darah tetap tinggi.

Bagaimana nak atasinya?

1. Ambil protien daripada daging putih dan cukup cukup sahaja.
2. Bersenam ringan untuk bantu otot bergerak dan membakar protien itu.

Kesimpulannya, walaupun sudah dialisis, tahap kreatenin akan masih tinggi. Tetapi dengan pengurusan pemakanan yang baik dan pengurusan kehidupan yang baik, anda boleh nampak lebih sihat daripada sebelumnya.

Pengambilan suppliment herba seperti TRIPLE T BY DR AZLAN boleh menbantu kesihatan anda. Lebih bertenaga dan mampu untuk mengawal tekanan darah dan gula dalam badan anda, terutamanya bagi pesakit dialisis.

Malah ada pengalaman pengguna kami yang makin turun kreatenin mereka berbanding mereka yang sudah dialisis bertahun lamanya. Malah ada yang makin tinggi level kreatenin.

Boleh terus consult dengan team kami.

Pn Annum 012 632 5669
En Ameen 017 669 0694


terima kasih

En Ameen