NAVIGATOR

Thursday, 4 December 2014

Nota Untuk Si Isteri



Nota untuk isteri


Kadangkala Allah uji kehidupan kita dengan rasa tidak cukup. Sedikit yang suami beri tetapi banyak lagi yang kita ingini. Seringkali pula kita rasa tidak memadai.

Kadangkala Allah uji pandangan mata kita terhadap kehidupan orang lain. Terasa suri orang lain lebih bertuah dari diri sendiri. Cukup segala benda dan asal dipinta sahaja, akan dapat semuanya.
Maka hiduplah dalam keluh kesah setiap hari. Makin dibanding-bandingkan, makin terasa sempit dalam sanubari.

Sebenarnya, ada banyak ujian Allah pada hati seorang isteri.
Apabila tandusnya sifat mahmudah, maka kian menebal keghairahan kita pada duniawi. Lahirlah golongan isteri yang derhaka pada suami, membelakangkan maruah suami, curang dan memilih jalan haram asal dapat memenuhi segenap tuntutan dalam diri.

Moga segala watak nusyuz itu, Allah jauhkan dari kita yang bergelar isteri.

Biarlah kita melihat bahagia itu dengan pandangan mata hati. Betapa ramai isteri yang setia di sisi suami meski dilihat kurang serba serbi - namun senyum ikhlas mereka menceritakan kebahagiaan hidup yang mereka miliki. Dan siapa lagi yang menganugerahkan senyuman seikhlas itu pada mereka jika tidak DIA Yang Maha Memiliki.

Pintalah pada Allah, moga diberi kekayaan jiwa lebih dahulu dari kekayaan harta. Hanya dengan kayanya jiwa, kita bisa mengerti hakikat sebenar kebahagiaan di dunia. 




sumber ~https://www.facebook.com/selesaibatukselsema



No comments:

Post a Comment