NAVIGATOR
▼
Friday, 26 May 2017
5 cara terbaik untuk jimat belanja!
Keadaan sekarang membuatkan kita perlu perbelanjaan yang bijak. Barang keperluan dan barang kehendak perlu dititikberatkan sebelum mengeluarkan wang kita untuk memilikinya.
Sebelum bertindak salah menyalahkan kerajaan, majikan, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Tak siapa dapat ubah, kecuali ianya bermula daripada diri kita sendiri.
ok, kat sini saya nak share la tip untuk anda dapat jimatkan duit perbelanjaan bulanan anda!
1. Pelan makanan harian anda
- Tumpuan pada perbelanjaan makanan. iaitu makan sarapan, tengahari dan malam.
- Jika anda rancang apa yang nak makan, anda dapat jimat wang, dapat tahu nilai kalori yang diambil dan yang bestnya anda dapat uruskan kesihatan anda dengan baik!
- jika perlu bawa bekal, bawa lah bekal!
- Masak makanan dari rumah sangat bersih dan sihat!
2. Simpan dan rekodkan perbelanjaan
- Dengan rekod perbelanjaan, anda akan dapati di mana kebocoran duit perbelanjaan anda itu.
- mudah untuk rancang supaya tak terbelanjan perkara, makanan yang tak perlu seperti snek.
- Bila dah tahu, mudah untuk tampal kebocoran ini, dan dengan itu, lebihan duit yang ada itu, bolehlah disimpan untuk masa depan.
3. Jangan Lihat JENAMA lihatlah fungsinya
- Kita terlalu taksuf dengan satu jenama, tetapi tahukah ada yang tak ada jenama pun, tapi fungsinya sama je dengan produk yang berjenama.
- contohnya, tisu dapur, ada yang berjenama dalam rm12 tetapi tak berjenama dalam rm7 sahaja dah dapat. Fungsinya sama sahaja. kat sini dah jimat rm5!
- Start la untuk cari produk yang ada fungsi yang sama tetapi lebih murah!
4. Latih nafsu daripada berbelanja!
- Latih diri daripada membeli barangan tak bermanafaat dan suka-suka.
- Abaikan ego anda, abaikan kata kawan-kawan yang menghasut anda.
- Anda sendiri tentukan masa depan anda sendiri.
5. Elak berbelanja barang tak perlu
- anda boleh uruskan perbelanjaan dengan :
a) kurang kan makan diluar setiap minggu
b) Lepak2 dikafe2 mahal
c) menonton wanyang setiap minggu
d) urus pelan mobil, internet, dsb
Ini mungkin beberapa perkara yang boleh anda ambil sebagai menguruskan perbelanjaan anda. Walaupun sedikit, tapi saya berharap ianya dapat menberi kesan yang baik terhadap kewangan anda!
No comments:
Post a Comment