Air kencing terhasil daripada proses yang berlaku dalam ginjal. Air ditapis daripada darah dalam ginjal, dan kemudian dikumpulkan dalam takungan. Proses ini , proses menuras toksin berlebihan yang akan memudaratkan organ badan anda.
Jika tahap toksin yang tinggi, air kencing akan berubah warna dan fizikalnya. Antara contohnya, terdapat buih pada air kencing bila keluarkan urin pada mangkuk tandas.
Adakah NORMAL?
Kehadiran buih pada air kencing tak semestinya menandakan seseorang itu hadapi masalah kesihatan. Individu dibawah ini dikira normal apabila kencing berbuih.
1. WANITA HAMIL
2. Ketika Dehidrasi
- Masa ini air kencing menjadi pekat, dan lebih mudah berbuih.
3. Mengambil makanan/minuman berprotien tinggi
- Bagi tujuan membesarkan otot ataupun menaikkan berat badan, jika berhenti ambil, makan tiada lagi kencing berbuih.
Air Kencing Berbuih Tidak Normal
1. Individu yang mengalami masalah buah pinggang. Darah akan melalui buah pinggang, dan buah pinggang ini akan menuras segala toksin dan bahan buangan ini akan keluar melalui air kencing.
Tetapi individu ini, penapisan darah tidak berlaku sempurna, menyebabkan protien dalam darah dapat melepasi tapisan ini dan keluar melalui air kencing.
>> Oleh itu, jika anda bukan sedang HAMIL , bukan tengah DEHIDRASI ataupun bukan yang kerap ambil makanan/minuman berprotien tinggi, tetapi kencing anda masih berbuih....anda MENGHADAPI MASALAH BUAH PINGGANG.
Apa Perlu Dibuat?
Dapatkan ujian darah sepenuhnya termasuk ujian fungsi renal dan buatlah ujian air kencing. Dapatkan advice doktor atas ubat-ubatan yang akan dimakan kerana ada ubat yang dapat kurang kan protien dalam air kencing tetapi meningkatkan tahap kreatenin(protein) dalam darah. Semakin banyak protein bocor semakin sukar nak kita atasi dan semakin lama toksin dari normal akan jadi tak normal. Bila toksin tak normal diet ketat perlu dimulakan dan gagal mengikut diet akan mempercepatkan kerosakan buah pinggang kerana toksin akan terus meningkat dan cepat ke dialisis. Bertindaklah lebih awal
Dapatkan juga nasihat dari pakar pemakanan untuk dapatkan diet sesuai untuk diri anda.
Hal ini dapat mengelak daripada kerosakan yang lebih teruk pada buah pinggang anda dan sekaligus merendahkan risiko serta memanjangkan sedikit masa kerosakan buah pinggang anda.