Saturday 30 May 2015

12 Perkara Mempengaruhi Tingkah Laku Anak Anda




Setiap hari, kanak-kanak terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah, pelbagai situasi dan pengaruh luaran sebelum tiba di sekolah.

Semua ini akan menjejaskan tingkah laku mereka dan kita perlu berwaspada.

Ini adalah 12 perkara yang akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak :

1. Kurang sarapan yang berkhasiat.
- Kanak-kanak lapar selalunya sukar memberi perhatian sepenuhnya ataupun berkelakuan baik.

2. Pemakanan yang tidak sihat.
- Makanan ringan serta makanan proses membawa kesan negatif terhadap daya tumpuan dan tingkah laku anak.

3. Perselisihan antara ibu bapa.

4. Adik beradik yang lebih tua mempunyai masalah tingkah laku.

5. Kelahiran bayi baru.
- Keadaan ini dapat menimbulkan perasaan cemburu.

6. Pagi yang kelam kabut.
- Ibu bapa bangun lewat.

7. Kurang tidur.
- Tidur lewat, bangun awal.

8. TV dan DVD.
- Program ganas menggalakkan tingkah laku ganas.

9. Ubat.
- Setengah ubat dipreskripsi dapat mengubah tingkah laku ganas/kasar.

10. Kemahiran keibubpaan yang lemah.
- Tingkahlaku di rumah mungkin tidak dikendalikan dengan berkesan atau dengan cara yang sesuai.

11. Kurangnya sifat positif untuk dicontohi.
- Sekiranya seisi kuluarga di rumah berkelakuan buruk, maka bagaimanakah kelakuan yang baik dapat dipelajari?

12. Persaingan adik beradik.

Ini adalah 12 perkaran yang mempengaruhi tingkah laku anak anda.

Dengan mengetahuinya, sebagai ibu bapa, anda boleh elakkan daripada berlaku. Jangan biarkan anak anda memberontak. Ibu bapa juga mainkan peranan penting dalam membetuk anak-anak yang baik, sihat dan bertingkah laku positif.





===============================

Untuk pemakanan tambahan, saya syorkan ibu bapa mengamalkan madu arab asli serta minyak habbtussawda, selain sebagai pemangkin alkali untuk diri anak sekaligus memberi tenaga serta membantu fizikal, mental dan kerohanian anak anda.

Sila whatsapp/SMS/wechat saya untuk info lanjut, Tn Ameen 017 669 0694

Tuesday 26 May 2015

Bolehkah Bayi Minum Air Kosong ?



Selain daripada susu (baik susu badan ataupun susu formula), bayi dari umur 0-6 bulan tidak memerlukan makanan atau minuman tambahan. Ini kerana semua zat dan nutrisi bagi bayi seusia di atas adalah mencukupi sekiranya susu diberikan dengan betul. Maksud betul itu, bagi bayi yang diberikan susu formula,setiap bancuhan susu itu mestilah mengikut sukatan yang telah dinyatakan dalam tin atau kotak susu berkenaan. Sebenarnya banyak kes-kes telah dirujuk ke hospital di mana bayi mengalami kekeringan atau dehidrasi disebabkan kesilapan penjaga/ibubapa dalam penyediaan susu. Dalam kes-kes yang teruk, bayi boleh mengalami sawan dan koma disebabkan gangguan dalam sistem badan bayi di mana bayi mendapat kekurangan zat dan garam galian (elektrolit) seperti Sodium/Potassium/Gula.

Walaupun begitu, sekiranya ibu berkenaan bercadang untuk memberikan susu ibu sepenuhnya, masalah di atas tidak akan berlaku. Dan atas sebab di ataslah, jika boleh, kami mencadangkan semua ibu-ibu memberi susu badan kepada bayi sejajar dengan ajaran Islam.
“ Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan (Surah Al-Baqarah ayat 233)”

Ada beberapa keburukan pemberian air kosong ini, antaranya adalah:
a) Bayi yang diberikan air kosong akan menyebabkan perut bayi penuh dan tiada selera untuk minum susu lagi. Oleh kerana air kosong tiada nilai kalori yang tinggi seperti susu, bayi akan terbantut pembesaran ataupun tiada peningkatan berat badan.
b) Bayi juga akan kerap tidur dan waktu optima penyusuan bayi dengan ibunya akan berkurangan dan ini akan penyebabkan pengeluaran susu badan ibu akan kurang dan ibu terpaksa memberikan susu formula kepada bayi untuk mengantikan susu badan yang semakin kering atau berkurangan.
c) ’oral water intoxication’ adalah satu penyakit di mana badan mengalami kekurangan garam disebabkan bayi minum terlalu banyak air kosong. Ini akan mencairkan darah dan dalam masa yang sama juga akan mengurangkan paras garam ke paras yang kritikal dan menyebabkan bayi mengalami sawan, koma, kecederaan otak dan jika tidak dikesan awal akan menyebabkan kematian.
Walaubagaimanapun, adalah dibenarkan bagi bayi berusia lebih daripada 6 bulan untuk diberikan air kosong sekadarnya (bukan berlebih-lebihan) dalam sudu ataupun cawan kecil untuk membersihkan kesan susu di lidah bayi tersebut.

Sunday 17 May 2015

5 Tip Agar Anak Suka Makan Sayur




5 Tip Agar Anak Suka Makan Sayur

Cara mudah untuk memujuk anak kecil sukan makan sayur adalah dengan selalu menawarkan berbagai macam sayuran kepada mereka, terutamanya ketika usia belum genap 1 tahun lagi.

Semakin sering diberi sayur, semakin mereka menyukai sayuran. Sayuran sebaiknya diberi pada usia anak bermula 6 bulan hingga 12 bulan. Jika beri pada anak usia 1 tahun keatas, merek sudah tahu bagaimana nak menolak.

Bagaimana jika anak anda sudah berusia 1 tahun lebih? adakah mereka akan menolak sayur dalam makanan mereka? ikuti 5 tip yang saya ingin terapkan pada anda;

1. Hubungkan langsung anak anda ke sumber sayuran.

Mengajak anak kecil berkebun, menanam sayuran di keliling rumah secara tak langsung menarik minat anak kecil untuk lebih kenali sayuran.

Selain itu juga, kenalkan juga anak kecil sayuran semasa berbelanja di pasaraya.

2. Buatkan sayuran mudah terlihat

Tampilkan sayuran dalam pinggan makan anak anda dengan kreatif dan menarik. Menaikkan selera mereka untuk makan.

Biarkan juga mereka melayan sajian sayur tersebut.

3. Libatkan anak dalam proses memasak/menyediakan makanan

Anda boleh ajar atau bagi mereka terlibat dalam proses menyediakan makanan mereka.

4. Cipta resepi sayuran yang kreatif.

resepi ini mestilah yang dapat menonjolkan sayuran bukan menyembunyikan sayuran daripada makanan lain.

5. Cipta snek daripada sayuran.



=========================================
Selamat mencuba!

Wednesday 13 May 2015

Wajib Baca : Kesan Sampingan Paracetamol



Paracetamol adalah ubat yang paling banyak digunakan sehari-hari. Ubat ini berfungsi sebagai pereda dan menurunkan panas. 


Setelah berpuluh tahun digunakan, ubat ini terbukti sangat efektif. Tetapi jika minum dalam dos yang berlebihan, paracetamol dapat mendatangkan kematian.


Paracetamol boleh didapati dalam pelbagai ubat, sama ada bentuk tunggal (paracetamol itu sendiri) ataupun dalam berkombinasi seperti ubat selsema batuk.


Pemberian paracetamol yang tidak terkawal akan mengakibatkan kerosakan hati, dan berkemungkinan akan mengakibatkan transplat hati agar boleh hidup lebih lama.


Bagi anak-anak kecil, paracetamol dapat meningkatkan risiko terkena asma. Kajian menunjukkan , daripada 205,000 anak pada usia tahun pertama yang menggunakan paracetamol, risiko terkena asma pada usia 6 & 7 tahun setinggi 46% berbanding mereka yang tidak ambil paracetamol.

Penggunaan paracetamol satu kali sebulan atau lebih dengan dos tinggi juga meningkatkan risiko asma sebanyak tiga kali. Sebenarnya, penggunaan paracetamol sepatutnya diberi satu kali setahun atau lebih tetapi kurang dari satu kali sebulan.


Selain itu juga, penggunaan paracetamol dapat mengurangkan kadar antioksida dalam badan. Antioksida ini penting untuk mengawal radikal bebas dalam badan dari terus rosak.


Selain itu juga, risiko lain adalah, peningkatan kepada keadaan bersin berterusan, nafas berbunyi dan akan mengalami sakit kerongkong.


Oleh itu, WHO hanya rekmen paracetamol diambil untuk anak-anak yang mengalami demam tinggi (38.5 darjah celcius keatas sahaja)


********************************

Amalkan anak-anak anda dengan set sunnah kami, produk semulajadi serta ada jaminan pulangan wang. Sila wassap 017 669 0694 untuk maklumat lanjut


******************

Sunday 10 May 2015

Makanan Yang Menguatkan Tulang Selain Susu



Makanan/minuman Untuk menguatkan Tulang Selain Susu..

1. Keju
Keju Sumber KalsiumKeju merupakan makanan yang berbahan dasar susu, Keju memiliki hampir semua kandungan nutrisi pada susu seperti, protein, vitamin, mineral, kalsium, fosfor, lemak dan kolesterol. Namun ingat susu juga akan menyebabkan ganguan kesIhatan jika digunakan secara berlebihan.

2. Yoghurt
Yoghurt sumber kalsiumYoghurt atau yogurt, adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Yoghurt dapat dibuat dari susu apa saja, termasuk susu kacang kedelai. Namun kebanyakan yogurt sendiri dibuat dari susu lembu. Yogurt juga merupakan makanan tinggi kalsium, kerana berbahan dasar susu yang sudah pasti memiliki sebagian besar kandungan gizi susu.

3. Sayuran Hijau
Sayuran Hijau sumber kalsium. Siapa sangka ternyata dalam sayuran pun terdapat kandungan kalsium yang tinggi dan dapat kita manfaatkan untuk memenuhi keperluan kalsium. Sayuran yang mengandung kalsium tinggi ialah seperti brokoli dan bayam.

4. Kacang Kedelai
Kacang Kedelai Sumber Kalsium. Tahukah anda, kacang kedelai juga mengandungi kalsium yang cukup tinggi, jika satu cawan kacang kedelai direbus tanpa dicampur garam, maka akan menghasilkan 261 mg kalsium. Selain itu, ada juga olahan dari kacang kedelai yang juga bermanfaat, iaitu susu kedelai.

5. Ikan Salmon
Ikan salmon kaya akan lemak sihat juga protein, selain itu 3 auns salmon yang sudah dimasak dengan memiliki tulang belakang ternyata juga mengandung kandungan kalsium yang tinggi yaitu 181 mg kalsium.



Thursday 7 May 2015

10 Tip Persediaan Anak Demam





tips persediaan/penjagaan anak demam :

1- Sediakan "first aid kit" di rumah dengan keperluan2 seperti termometer, basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak)

2- Sukat suhu badan anak anda.

3- Biasakan dengan memberi anak anda supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya).

4- Pastikan anak anda minum air masak secukupnya . Kalau dia tak boleh minum. Berikan jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak.

5- Berikan anak2 ubat yang diberikan doktor/Nutriferon semasa mereka demam.

6- Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah 38 degree C).

7- Pastikan selalu menyukat suhu badan anak anda.

7- JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.

8- Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan tuhan.

9- Elakkan dari bersedih di depan anak. Berikan mereka semangat dan kata-kata manis untuk mereka cepat sembuh.

10- banyakkan berdoa.

=================================

Jika beri ubat demam, hanya untuk merawat demam...akhirnya akan kerap berulang...

Yang terbaik adalah tingkatkan imun sistem anak anda, dapatkan produk sunnah untuk tingkatkan imun sistem anak anda, kami beri jaminan pulangan wang...

Berminat, sila sms kan kod ini :

MA  ke  012 632 5669

Tuesday 5 May 2015

Tip keibubapaan : Perihal Demam bayi



Suhu badan bayi saya tinggi. Adakah saya perlu risau?



Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. 
Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:
  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.

Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.



Mengapakah bayi saya sering demam?



Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:

  • selesema;
  • flu;
  • krup;
  • sakit tekak;
  • jangkitan telinga;
  • jangkitan salur kencing;
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
  • virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.


Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.




Soalan Pelangan : Anak Masih Batuk, Macamana Nak Buat yer?




Salam semua, saya dapat beberapa soalan dari Email saya, dan saya akan kongsikan di sini :


Soalan:
" Anak saya berusia 3 bulan, dan telah batuk selama 2 minggu, pelbagai ubat klinik dah bagi, tapi masih ada juga batuk, bagaimasa saya nak selesaikan masalah anak saya ini? "

Jawapan saya adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri;

Saya sentiasa bagi anak saya madu, dapatkan madu yang asli, bewarna cerah (bukan yang gelap) kerana yang gelap itu mungkin tak distrilkan lagi. Saya amalkan anak saya madu dengan cara yang paling mudah iaitu, campurkan madu sukatan setengah sudu teh dalam susu mereka. Gunakan sudu plastik

Semasa masukkan madu itu, selawat dan niat lah untuk melegakan batuk dan kahak anak anda. Selain itu, saya juga kerap sapukan minyak habbtus sawda waktu malam sebelum tido dan lepas mandi, ini bertujuan untuk menghalang daripada serangan selsema, kerana selsema ini lah penyebab batuk yang berterusan. Hingus dari hidung, baby tak boleh buang, jadi ianya akan terus masuk ke dalam tekak dan paru-paru.....

-admin : annum-

p/s : kami akan share pada anda soalan-soalan yang sering ditanya oleh fan kat sini kepada anda. Jika ada soalan, boleh email kat kami : sunnahrich@gmail.com

Promosi Mei masih berjalan lagi.Kepada anda yang nak rebut peluang harga runtuh sebelum Isninn ini, boleh sms kan kod promo kami ini : CMA ke 017 669 0694

Anda dapat :
Harga rm80 (kalau tak rm85)