Suhu badan bayi saya tinggi. Adakah saya perlu risau?
Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:
- berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
- berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.
Mengapakah bayi saya sering demam?
Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:
- selesema;
- flu;
- krup;
- sakit tekak;
- jangkitan telinga;
- jangkitan salur kencing;
- masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
- virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
No comments:
Post a Comment