Wednesday 15 May 2019

Pesakit buah pinggang dan makanan sunnah





SEORANG sahabat bertanya saya, adakah beliau patut membelikan makanan Sunnah sama ada dalam bentuk yang asli ataupun jus yang diproses untuk bondanya yang sakit buah pinggang? Ibunya sudah berumur lebih 60 tahun menghidapi kencing manis dan darah tinggi. Terbaharu, doktor mengesahkan buah pinggang bondanya terdapat batu karang dan fungsi buah pinggang telah rosak tahap 5. Doktor mengesyorkan rawatan dialisis, tetapi bondanya menolak kerana ramai saudara mara menyuruh berubat secara alternatif dahulu melalui pemakanan sunnah. (Foto di atas sekadar hiasan.)

Isu ini perlu diperincikan dengan cermat supaya orang tidak menuduh saya anti-pemakanan Sunnah sekali gus menjadi liberal kerana lebih percaya kepada ilmu perubatan!

Ustaz Ahmad Tarmizi Taha, Pensyarah UniSZA pernah mengulas isu pemakanan Sunnah ini. Tulis beliau, kaedah penyediaan makanan (bagi pesakit) hendaklah dirujuk kepada pakar pemakanan terlebih dahulu:
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Maka tanyalah golongan jika kamu tidak mengetahui."
(al-Nahl: 43)
Ibnu Majah meriwayatkan:
عَنْ جَدِّهِ صُهَيْبٍ قَالَ
قَدِمْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ يَدَيْهِ خُبْزٌ وَتَمْرٌ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ادْنُ فَكُلْ فَأَخَذْتُ آكُلُ مِنْ التَّمْرِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَأْكُلُ تَمْرًا وَبِكَ رَمَدٌ قَالَ فَقُلْتُ إِنِّي أَمْضُغُ مِنْ نَاحِيَةٍ أُخْرَى فَتَبَسَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
"Daripada datuknya Suhaib katanya aku pernah datang menemui Nabi S.A.W dan di hadapan Baginda S.A.W terdapat roti dan tamar. Lalu Baginda S.A.W bersabda sila duduk dekat makanan tersebut dan makanlah. Maka aku pun mengambil makanan tersebut dan memakan kurma. Nabi S.A.W bersabda engkau memakan tamar sedangkan engkau sakit mata? Lalu aku menjawab aku menguyah untuk mata yang satu lagi (mata yang tidak sakit). Maka tersenyumlah Nabi S.A.W."
(Riwayat Ibnu Majah)
Pengarang Kitab al-Fath al-Rabbani menyatakan kemungkinan Nabi S.A.W berkata begitu dengan tujuan bergurau dan boleh jadi juga Baginda bermaksud mereka yang mengalami sakit mata tidak elok memakan kurma.

Hadis ini secara tidak langsung menerangkan mereka yang mengalami penyakit tertentu tidak sesuai memakan makanan tertentu.

Oleh itu, mereka yang membuat makanan Sunnah hendaklah merujuk kepada pakar pemakanan atau perubatan terlebih dahulu supaya makanan yang diedarkan benar-benar berkhasiat dan tidak mendatangkan mudarat kepada tubuh (sebelum diberikan kepada pesakit).

Hatta, pernah Rasulullah S.A.W menyuruh Sahabat menggunakan ramuan atas nasihat doktor yang mahir pada zaman tersebut untuk berubat. Sebagaimana Hadis yang bermaksud:
“Dari Sahabat Sa’ad mengisahkan, pada suatu hari aku menderita sakit, kemudian Rasulullah S.A.W menjengukku, beliau meletakkan tangannya di tengah dadaku, sampai-sampai jantungku merasakan sejuknya tangan beliau. Kemudian beliau bersabda, ‘Sesungguhnya engkau menderita penyakit jantung. Temuilah al-Harits bin Kaladah dari Bani Tsaqif, kerana sesungguhnya dia adalah seorang tabib (doktor). Dan hendaknya dia (al-Harits bin Kaladah) mengambil tujuh buah kurma ‘ajwah, kemudian ditumbuk beserta biji-bijinya, kemudian meminumkanmu dengannya.”
(HR. Abu Daud, no. 3875. al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad Hadis ini dha’if)

Baik, buah tamar sememangnya mempunyai khasiat tertentu seperti gula ringkas dan kandungan garam mineral yang tinggi seperti kalsium, potassium, magnesium dan lain-lain lagi. Ianya boleh dimakan oleh individu yang sihat. Namun bagi pesakit kencing manis, buah pinggang perlu berhati-hati. Ini kerana kandungan gula ringkasnya boleh menyebabkan paras gula dalam darah akan meningkat.

Tambah lagi jika pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang yang memerlukan cuci darah melalui dialisis, makanan seperti buah tamar, habbatussauda adalah tidak sesuai kerana kandungan potassium yang tinggi. Kehadiran potassium yang berlebihan ini akan memudaratkan sistem badan.

Potassium itu garam yang penting untuk tubuh. Ianya perlu dalam julat yang tertentu. Regulasi dan perkumuhan potassium akan dilakukan oleh buah pinggang. Justeru, dengan memakan makanan yang tinggi kandungan potassium, ianya tidak dikumuh dengan sempurna oleh buah pinggang, akhirnya kandungan potassium (dalam darah) akan meningkat melebihi paras yang dibenarkan. Jika terlalu tinggi, rentak jantung akan tidak menentu sehingga boleh membawa pengsan dan maut.

Pesakit buah pinggang juga perlu menjaga kaedah pemakanan lain seperti kawalan air, protein dan karbohidrat. Pendek kata, bertanyalah kepada ahli yang mahir bab ini, bukannya memetik perkataan Sunnah, semua boleh dimakan atau terpengaruh dengan jurujual yang tiada langsung asas perubatan. – HARAKAHDAILY 4/7/2018

DR SUHAZELI ABDULLAH


sumber :https://www.harakahdaily.net/index.php/gaya-hidup/7193-pesakit-buah-pinggang-dan-makanan-sunnah

Wednesday 19 December 2018

Ambil tahu tahap kesihatan anda



Buah pinggang makcik masih OK !
-----------------------------

Ok ?! Betul ke OK tuh ,⁉️

Kesedaran ketahui permasalah buah pinggang samgat rendah di Malaysia ni sebab tu Malaysia juara asia pesakit dialisis.

Doc fofular sibuk kecam supplement (termasuk yang melalui kelulusan KKM dan genuinne) sehinggakan education untuk ketahui tahap sakit buah pinggang pun tak tau. Betul sokong sangat kecam yang takda KKM,yang tak sepatutnya tapi seimbangkan dengan mereka yang kerap buat checkup faham keadaan terkini status buah pinggang mereka

Kesian makcik ni result july 2017 sakit buah pinggang dah tahap 3 katanya doc kata semua OK‼️ This is very SHIT ! Sekarang dah Dec 2018 ya dari july2017 tu tau ke apa tak leh makan? Kalo tau takpe result tu mungkin stabil tapi kalo tak tau😪

Tolonglah rakyat malaysia nak tau buah pinggang masih ok tengoklah bacaan CREATENIN tu. Takkan dah tahap akhir doc baru nak bgtau puan sakit buah pinggang ya? Omaigaddddd!! Makcik ni ada batu karang dan tekanan darah tinggi. Kalo tengok result tekanan darahnya memang tinggi dan info semua ya tekanan darah tak terkawal akan kecutkan buah pinggang

Walau bagaimanapun RRRRRamaiiiii yang tak sedar protein bocor😔. Bermula dengan bocor protein kencing berbuih baru buah pinggang rosak. Tapi bagi saya protein bocor tu dah petanda awal kena jaga supaya createnin sentiasa di paras normal

Bukan sibuk cuba jus itu jus ini nak hilangkan kencing berbuih tapi kena tau bacaan2 ni semua

1.createnin
2.urea
3.protein
4.haemoglobin

Nak tau result ni kena buat ujian darah keseluruhan badan yang ada semua result organ..buah pinggang,jantung,hati

Maaf ter EMO pulak petang2 ni

Ini adalah tahap tahap kerosakan buah pinggang



P/s; teringat saya kisah seorg pegawai kerajaan yang buat checkup setiap 3bulan,doc yg merawat tak bagitau pun...akhirnya kena dialisis tak sempat nak buat tapak,kena cucuk di leher..balik rumah kena kuman dan terbukak..membuak2 darah keluar. Kisah ni terkesan sgt di hati saya 😔


Saturday 15 December 2018

Hal Ini Penyebab Hampir Dialisis. Berapa Besar Risiko Anda?



Tanda2 yang dialami di bawah adalah tanda nak hampir kena dialisis....check diri segera!

1. Kaki kiri dan kanan dari betis dah bengkak air ini kerana air dah memenuhi kaki. Susah nak keluar sbb dah kurang kencing.
2. Mula sesak nafas kerana air dalam peparu dah penuh.
3. Akibat sesak nafas, susah nak tidor lena, baring ataupun nak berjalan.
4. Cepat lesu, letih dan pening pening
5. Langsung tak ada selera makan, dan bau lauk terutamanya ikan goreng akan buat muntah...iaitu muntah air.


Jika ini tanda2 yang dialami oleh tuan puan, ibu bapa tuan puan, bukan lagi nak ambil suplimen utk cegah, malah kami galakkan terus ke hospital utk pemeriksaan penuh.

Buat ujian darah dgn segera. Perhatikan pada result ; renal function. Result createnin, urea, egfr, phosphate.

Kes mcm ini, CONFIRM akan kena DIALISIS SEGERA.

Anak2 tolong la...ya tolong la pantau kesihatan ibubapa anda, sekali sekala teman mereka pergi checkup dan ambil peduli result kesihatan mereka. Bukan dgn mengecam produk2 kesihatan ttp hal kesihatan ibu bapa tak tahu atau tak peduli.....
.


Ikhlas
En ameen

Monday 10 December 2018

5 Panduan Penting Jika Mahu Amalkan Suplimen Herba

saya akan berkongsi panduan yang boleh tuan puan ambil untuk mengamalkan suplimen daripada HERBA.





Saya ringkaskan daripada cetusan Dr Zubaidi dalam facebook beliau.

5 panduan penting :

1. Pastikan suplimen/produk herba itu tidak lebih daripada 3 bahan herba. Ini kerana berkemungkinan penggunaan penstabil bahan dan bahan pengawet yang tinggi untuk stabilkan rasa produk tersebut.

2. Pastikan tuan puan sebagai pengguna nanti mestilah ambil tindakan berikut ; iaitu mengubah cara pemakanan dan lifestyle yang lebih baik. Utamakan pemakanan seimbang MENGIKUT TAHAP KESIHATAN TUAN PUAN. Kami juga sarankan tuan puan untuk lakukan aktiviti fizikal setiap hari.

3. Pengambilan herba ini tak perlu la dalam dos/kuantiti yang tinggi ataupun berlebih lebihan. Ianya bukan sebagai makanan utama tuan puan. sekadar yang mencukupi. Ambil 1 x sehari ataupuun selang 2 hari dah memadai.

4. Pastikan produk itu didaftarkan KKM.

5. Pastikan produk tersebut dikilangkan atau melalui prosedur pengilangan yang baik (GMP) , bukan produk belakang rumah ataupun produksi home made


Ini lah panduan yang penting untuk tuan puan ketahui. Moga dapat manafaat dan sebarkan pada kawwan kawan yang lain.

Ubat tidak dapat membaiki penyakit, tetapi diet yang baik dan suplimen yang betul dapat bantu untuk perbaiki kesihatan tuan puan.

=====
produk triple t adalah suplimen herba tempatan yang di formulasi oleh Dr Azlan. Ianya adalah produk kajian universiti tempatan yang dapat bantu tuan puan menjaga kesihatan. Boleh diamalkan termasuk oleh pesakit kronik.

Maklumat lanjut, hubungi pn anum 012 632 5669



Sunday 9 December 2018

Perjuangan Belum Selesai

Perjuangan yg tak sampai 😔
____________________

Baru2 ini saya ada terima kisah2 mereka yang dah sakit buah pinggang tahap tinggi berjuang untuk kesihatan mereka

Biasalah kebanyakan mereka ambil tindakan lewat.

❗Untuk pengetahuan semua, tak semestinya bengkak air di kaki tanda yang kita boleh lihat dah mula masalah buah pinggang ya

Setengahnya sampai kena dialisis pun kaki cantik/lawa maksud normal rupanya air sikit demi sikit tersimpan di perut/salur darah dan muka

❗Bila air tersimpan di perut/dada kita akan rasa nak sedawa/berangin dan mula lah rasa kena gastrik padahal dah lama kencing berbuih rasa ada gastrik. Pergi klinik,doktor pun bagi ubat gastrik

Perlu diingatkan ya ada setengah ubat gastrik kesan sampingan naikkan createnin seperti ubat ranitidine

Setiap ubat jika diamalkan terlalu lama akan menyebabkan masalah buah pinggang seperti ubat metformin(ubat popular)..saya pun dapat info dari pakar. Ubat ni akan beri kesan bila tidak dapat stabilkan gula akibat pesakit tidak kawal makan.. gula jadi tak terkawal sebab fungsinya stabilkan gula tapi jika gula tak terkawal ia akan jadi toksik pd badan

Peringatan mesra juga mereka yang sudah berada di tahap 4-5juga kesihatan sangat fragile(maksud mudah kena jangkitan) seperti kena serangan virus. Perjuangan nak sihat tu akan menjadi sia2 bila diserang virus(seperti demam/batuk/selsema) kerana pada tahap ini virus akan serang organ lemah iaitu buah pinggang..createnin akan naik mendadak dan buah pinggang makin rosak.

 Ini kerana antibodi dah sangat rendah, fungsi nak menapis buah pinggang akan terus merosot. Ada yang berpendapat dialisis pada masa ni lebih baik kerana dialisis dapat jalankan fungsi buah pinggang sekitar 30% padahal mereka di tahap 4/5 hanya ada bawah 25% sahaja(mesin dialisis ciptaan manusia maka segala zat baik dalam badan semua akan dibuang 😔) tulang jd lemah,lama2 reput mudah patah)

Sebelum terlambat atau semakin kronik ubah cara pemakanan, elakkan organ badan kerja keras especially buah pinggang. Cukupkan nutrisi badan makan seimbang dan berkhasiat bukan fast food&makanan proses

Perut berangin? Cuba makan halia..lebih alami

Amalkan triple t sangat membantu. Jom lihat gambar ni 👇🏻




#ubatpunlalubuahpinggang
#ubatsintetik
#setiapubatjugaadakesansampingan

Wednesday 21 November 2018

Penyakit Buah Pinggang Awal: Diet Yang Betul Mampu Pulih Penyakit!



Assalam dan salam sejahtera

Apakah itu penyakit buah pinggang?
Penyakit buah pinggang kronik (ckd) terjadi akibat daripada jangkitan, atau diabetes (diabetik nefropati) atau tekanan darah tinggi.

Lama kelamaan akan menjadi serius yang membawa kepada kegagalan buah pinggang tahap akhir (esrf).

Jika dapat dikesan awal dan dirawat awal, CKD mungkin MAMPU DIHENTIKAN (DIPULIH) atau DILAMBATKAN proses kemerosotannya.

Ckd terjadi apabila individu tersebut merembeskan albumin secara berlebihan di dalam air kencing (kebocoran protien) atau kencing dah berbuih atau pengurangan fungsi buah pinggang secara drastik.

Hal ini boleh membawa kepada komplikasi lain seperti tekanan darah tinggi, anemia serta masalah jantung  dan pembuluh darah.

Faktor-faktor risiko kemerosotan fungsi buah pinggang yang boleh diubah termasuklah:
1. Kawalan tekanan darah
2. Kawalan proteinuria atau albuminuria
3. Kawalan HbA1c (glukos dalam darah)
4. Berhenti merokok, tingkatkan aktiviti fizikal boleh baiki pengaliran darah keorgan dan mampu mengurangkan kemerosotan fungsi buah pinggang dalam ckd.


PENGUBAHSUAIAN DIET UNTUK MELAMBATKAN KEROSAKAN FUNGSI BUAH PINGGANG

Memastikan status nutrisi yang baik pada peringkat awal kegagalan buah pinggang adalah penting bagi mengurangkan kesan akibat daripada malnutrisi dan memperbaiki keadaan pesakit. Pengurusan nutrisi pesakit adalah termasuklah:
- protien
- kalori
- natrium
- fosfat
- kalium
- cecair

Baca lanjut di sini :
https://sunnahrichblog.blogspot.com/2017/05/panduan-pemakanan-untuk-pesakit-dialisis.html?m=1


Kesimpulan di sini :

Untuk pulih dan bebas daripada CKD tidak mustahil, anda hanya perlu lakukan komitmen yang mudah sahaja, iaitu mengubah DIET SEHARIAN anda. Pengubahan ini akhirnya akan membebaskan anda daripada pergantungan ubatan sintetik (kes terbaru ubat darah tinggi ditarik balik).

Lagi satu yang PALING PENTING adalah TINDAKAN AWAL anda untuk lakukan perubahan. Apabila dah ketahui ada TANDA TANDA AWAL kerosakan buah pinggang ataupun PRE DIABETES atau PRE HYPERTENSION , sila la merawat secepatnya. Ubah juga PEMAKANAN anda.

Pengambilan suplimen semuajadi yang tepat dan baik juga digalakkan.
.
=====

Saya akan paparkan kes kes yang berbeza di bawah ini.

Kes 1 : tak amalkan diet yg telah ditetapkan walaupun telah berjumpa dietition.


Daripada sessi consultation kami, dalam masa 2 minggu sahaja kreatenin naik. Pemakanan atau diet yang salah mengakibatkan kerosakan buah pinggang itu jadi lebih cepat.

Puncanya, pemakanan yg tidak betul akan mengakibatkan buah pinggang terbeban untuk menapis darah.

Apatah lagi jika tekanan darah dan gula tak stabil. Proses ini cepat berjalan.

Pengurusan nutrisi yang penting adalah seperti dinyatakan seperti di atas.

Kes ke 2 : amalkan diet yang betul dan supliment teh herba penyelidikan universiti tempatan, triple t by Dr Azlan

Beliau bertindak awal ketika pada tahap 3 ckd. Mengikut diet yang disarankan dan amalkan triple t sebagai minuman pagi.

Triple t bertindak seperti antioksida dalam badan menyingkirkan toksin. Apabila diet yang betul, buah pinggang tak terbeban untuk menapis, dan sekaligus memberi ruang pada antioksida daripada triple t ini bekerja membersihkan organ.

Organ yang semakin sakit dapat dipulihkan dan dapat berfungsi semula.

Bila dapat berfungsi semula, level kreatenin dapat diturunkan. Fungsi buah pinggang kembali meningkat.

Kesihatan badan makin baik. Dan boleh bebas daripada penyakit buah pinggang.

Bagaimana anda boleh dapatkan info lengkap diet dan supliment yg baik bagi proses melewatkan kerosakan buah pinggang ataupun meningkatkan kembali fungsi buah pinggang. Boleh terus berurusan dgn kami, kami mohon anda ikhlas bercerita tentang tahap kesihatan anda.

Hubungi, call, whatsapp : 0126325669 atau 0176690694


Terima kasih.

Ameen
Sunnahrich

Friday 16 November 2018

Tekanan Darah Tinggi & Buah Pinggang Anda



Apa itu tekanan darah?

 Ianya adalah daya yang dihasilkan semasa darah menolak pada dinding ateri. tekanan ini menggerakkan darah dari jantung ke organ-organ seperti otak, buah pinggang dan perut.

ada 2 kompenan :
1. tekanan sistolik-tekanan maksimum di dalam ateri semasa jantung mengepam dengan aktif
2. tekanan diatolik - tekanan minimum semasa jantung berehat diantara denyutan

Apa itu tekanan darah tinggi?

tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan di mana tekanan sistolik dan/atau diatolik yang tinggi secara konsisten atau berselang.

secara umumnya tekanan sistolik pada 140mmHg atau lebih atau tekanan diatolik pada 90mmHg atau lebih dianggap sebagai tekanan darah tinggi.

Bagaimana tekanan ini berlaku?

1. berlaku apabila daya tekanan darah menolak dinding ateri anda meningkat sehingga boleh menyebabkan kerosakan
2. cecair lebihan di dalam badan boleh menambah isipadu di dalam salur darah anda. ini menjadikan tekanan anda tinggi.
3. salur darah yang sempit dan tersumbat boleh menaikkan tekanan darah.

Apakah faktor-faktor risiko bagi tekanan darah tinggi?

1. merokok
2. berat badan berlebihan
3. lelaki berusia 45 tahun keatas
4. wanita berusia 55 tahun keatas
5. sejarah keluarga yang ada hipertensi
6. pengidap diabetes, pesakit buah pinggang atau jantung
7. pengambilan garam berlebihan , lemak tepu atau alkohol yang tinggi

Komplikasi :

1. kerosakan / kegagalan buah pinggang
2. kerosakan salur darah
3. penyakit jantung
4. strok

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI BOLEH MEMPENGARUHI BUAH PINGGANG ANDA?


  • Ianya adalah penyebab utama kegagalan buah pinggang.
  • tekanan darah tinggi boleh merosakan salur darah yang membawa darah keseluruhan badan. saluran yang kecil biasanya akan rosak dulu.
  • sekiranya saluran darah di dalam buah pinggang mengalami kerosakan, kebocoran protien daripada buah pinggang mungkin berlaku, manakala tekanan darah tinggi mungkin memburukkan lagi keadaan ini (membebankan buah pinggang).
  • Akibatnya, buah pinggang mungkin kehilangan fungsinya untuk menyingkirkan bahan buangan dan cecair berlebihan dari dalam darah.

Bagaimana nak kawal tekanan darah?

1. selalu buat pemeriksaan tekanan darah
2. mengambil ubatan yang disyorkan oleh doktor
3. mengekalkan berat badan ideal
4. mengamalkan makanan seimbang. mengurangkan makanan lemak tepu
5. hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu kecil
6. hadkan pengambilan minuman alkohol dan berkafien
7. bersenam 30minit setiap hari atau 3 kali seminggu
8. berhenti merokok



Kesimpulan :

penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang. Ujian pemeriksaan awal adalah penting terutama anda yang berada dalam zon risiko tinggi.

perkembangan kerosakan buah pinggang boleh dilambatkan atau dihentikan jika dapat dikesan lebih awal.




sumber : NKF

amenuddin
sunnahrich