Friday 16 November 2018

Tekanan Darah Tinggi & Buah Pinggang Anda



Apa itu tekanan darah?

 Ianya adalah daya yang dihasilkan semasa darah menolak pada dinding ateri. tekanan ini menggerakkan darah dari jantung ke organ-organ seperti otak, buah pinggang dan perut.

ada 2 kompenan :
1. tekanan sistolik-tekanan maksimum di dalam ateri semasa jantung mengepam dengan aktif
2. tekanan diatolik - tekanan minimum semasa jantung berehat diantara denyutan

Apa itu tekanan darah tinggi?

tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan di mana tekanan sistolik dan/atau diatolik yang tinggi secara konsisten atau berselang.

secara umumnya tekanan sistolik pada 140mmHg atau lebih atau tekanan diatolik pada 90mmHg atau lebih dianggap sebagai tekanan darah tinggi.

Bagaimana tekanan ini berlaku?

1. berlaku apabila daya tekanan darah menolak dinding ateri anda meningkat sehingga boleh menyebabkan kerosakan
2. cecair lebihan di dalam badan boleh menambah isipadu di dalam salur darah anda. ini menjadikan tekanan anda tinggi.
3. salur darah yang sempit dan tersumbat boleh menaikkan tekanan darah.

Apakah faktor-faktor risiko bagi tekanan darah tinggi?

1. merokok
2. berat badan berlebihan
3. lelaki berusia 45 tahun keatas
4. wanita berusia 55 tahun keatas
5. sejarah keluarga yang ada hipertensi
6. pengidap diabetes, pesakit buah pinggang atau jantung
7. pengambilan garam berlebihan , lemak tepu atau alkohol yang tinggi

Komplikasi :

1. kerosakan / kegagalan buah pinggang
2. kerosakan salur darah
3. penyakit jantung
4. strok

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI BOLEH MEMPENGARUHI BUAH PINGGANG ANDA?


  • Ianya adalah penyebab utama kegagalan buah pinggang.
  • tekanan darah tinggi boleh merosakan salur darah yang membawa darah keseluruhan badan. saluran yang kecil biasanya akan rosak dulu.
  • sekiranya saluran darah di dalam buah pinggang mengalami kerosakan, kebocoran protien daripada buah pinggang mungkin berlaku, manakala tekanan darah tinggi mungkin memburukkan lagi keadaan ini (membebankan buah pinggang).
  • Akibatnya, buah pinggang mungkin kehilangan fungsinya untuk menyingkirkan bahan buangan dan cecair berlebihan dari dalam darah.

Bagaimana nak kawal tekanan darah?

1. selalu buat pemeriksaan tekanan darah
2. mengambil ubatan yang disyorkan oleh doktor
3. mengekalkan berat badan ideal
4. mengamalkan makanan seimbang. mengurangkan makanan lemak tepu
5. hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu kecil
6. hadkan pengambilan minuman alkohol dan berkafien
7. bersenam 30minit setiap hari atau 3 kali seminggu
8. berhenti merokok



Kesimpulan :

penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang. Ujian pemeriksaan awal adalah penting terutama anda yang berada dalam zon risiko tinggi.

perkembangan kerosakan buah pinggang boleh dilambatkan atau dihentikan jika dapat dikesan lebih awal.




sumber : NKF

amenuddin
sunnahrich

No comments:

Post a Comment