Wednesday 30 December 2015

Mengapa Air Kencing Berbuih? Biasa ke? Serius Ke?



Air kencing terhasil daripada proses yang berlaku dalam ginjal. Air ditapis daripada darah dalam ginjal, dan kemudian dikumpulkan dalam takungan. Proses ini , proses menuras toksin berlebihan yang akan memudaratkan organ badan anda.

Jika tahap toksin yang tinggi, air kencing akan berubah warna dan fizikalnya. Antara contohnya, terdapat buih pada air kencing bila keluarkan urin pada mangkuk tandas.

Adakah NORMAL?

Kehadiran buih pada air kencing tak semestinya menandakan seseorang itu hadapi masalah kesihatan. Individu dibawah ini dikira normal apabila kencing berbuih.


1. WANITA HAMIL

2. Ketika Dehidrasi
- Masa ini air kencing menjadi pekat, dan lebih mudah berbuih.

3. Mengambil makanan/minuman berprotien tinggi
- Bagi tujuan membesarkan otot ataupun menaikkan berat badan, jika berhenti ambil, makan tiada lagi kencing berbuih.


Air Kencing Berbuih Tidak Normal

1. Individu yang mengalami masalah buah pinggang. Darah akan melalui buah pinggang, dan buah pinggang ini akan menuras segala toksin dan bahan buangan ini akan keluar melalui air kencing.

Tetapi individu ini, penapisan darah tidak berlaku sempurna, menyebabkan protien dalam darah dapat melepasi tapisan ini dan keluar melalui air kencing.

>> Oleh itu, jika anda bukan sedang HAMIL , bukan tengah DEHIDRASI ataupun bukan yang kerap ambil makanan/minuman berprotien tinggi, tetapi kencing anda masih berbuih....anda MENGHADAPI MASALAH BUAH PINGGANG.


Apa Perlu Dibuat?

Dapatkan ujian darah sepenuhnya termasuk ujian fungsi renal dan buatlah ujian air kencing. Dapatkan advice doktor atas ubat-ubatan yang akan dimakan kerana ada ubat yang dapat kurang kan protien dalam air kencing tetapi meningkatkan tahap kreatenin(protein) dalam darah. Semakin banyak protein bocor semakin sukar nak kita atasi dan semakin lama toksin dari normal akan jadi tak normal. Bila toksin tak normal diet ketat perlu dimulakan dan gagal mengikut diet akan mempercepatkan kerosakan buah pinggang kerana toksin akan terus meningkat dan cepat ke dialisis. Bertindaklah lebih awal

Dapatkan juga nasihat dari pakar pemakanan untuk dapatkan diet sesuai untuk diri anda.

Hal ini dapat mengelak daripada kerosakan yang lebih teruk pada buah pinggang anda dan sekaligus merendahkan risiko serta memanjangkan sedikit masa kerosakan buah pinggang anda.

Alternatif pilihan selain ubat adalah Triple T bydrazlan


Triple-T byDRAZLAN adalah teh herba 3 tindakan (Triple Action Tea) yang mampu ...


Mengembalikan Kesihatan Dalaman Badan
Mengatasi Masalah Kelesuan dan Keletihan
Menguatkan Badan


KESAN DAPAT DI RASAI

SEAWAL 14 HARI  

  



Triple-T telah melalui kajian saintifik R&D oleh pakar toksikologi dan terapi 

makanan  Dato' Prof. Dr. Norazlanshah lebih 7 tahun. Ia diuji secara saintifik dan tidak toksik kepada badan.

Triple-T juga kaya antioksidan & 100% herba semulajadi.

Triple-T sangat-sangat disarankan untuk mereka yang mempunyai masalah sering letih dan tidak  bertenaga.

Triple-T juga sesuai diamalkan sebagai minuman kesihatan harian.


Bagaimana ia berfungsi ?


Analisis pada kajian saintifik yang telah dijalankan, selanjutnya menunjukkan bahawa campuran herba pada Triple-T berupaya untuk menjana semula sel-sel yang cedera. Penemuan ini mencadangkan supaya campuran herba Triple-T dimasukkan ke dalam amalan minuman harian kerana potensinya dalam regenerasi sel baru yang lebih sihat.

Siapa yang boleh minum Triple-T ?


Produk ini juga disyorkan sebagai minuman harian untuk mereka yang ingin mengekalkan kesihatan badan secara umum. 



Bagaimana cara Triple-T diproses?


Triple-T byDRAZLAN adalah gabungan herba yang istimewa. Triple-T byDRAZLAN diproses dengan teliti dari peringkat penanaman herba. Setiap peringkat pemprosesan dipantau rapi supaya dapat mengekalkan khasiat-khasiat yang terkandung didalam gabungan herba formulasi Dato' Prof. Dr. Norazlanshah

Kajian ketoksikan yang dijalankan oleh Dato' Prof. Dr. Norazlanshah dan pasukannya menunjukkan bahawa sampel ini adalah tinggi dalam antioksidan, selamat dan tidak beracun untuk dimakan. 


SELAMAT UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG KERANA IANYA BEBAS DARI 4 POTASSIUM/KALIUM, FOSFAT, SODIUM(GARAM) DAN PROTEIN. SELAIN ITU IANYA DIFORMULASI OLEH DR AZLAN SENDIRI DAN PASUKANNYA BUKAN KETIGA. DR AZLAN JUGA ADALAH 

Dato'ProfDrAzlan 
Pengasas Produk Penyelidikan ByDrAzlan 
Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Malaysia
Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan KKM




Pakar Buah Pinggang ini memberitahu salah satu tanda urine/kencing berbuih adalah tanda awal 
buah pinggang mula rosak


                                    

Alhamdulillah respon pengguna selepas pengambilan Triple T:
  
Dari perlu ambil ubat untuk kencing kini ubat diberhentikan



Urine tidak lagi berbuih akibat bocor protein 






harga hq utk sekotak 28 uncang, Rm140....
promo hq bulan ni ambil 2 kotak Rm280...tak masuk pos



tp ini offer personal dari saya sendiri sebagai stokis...


Anda buat payment sehingga LUSA ni, sy beri special promo dan REBET LAGI RM80.00


Ambil 2 kotak Triple T (ada 56 uncang tea herba) dengan harga Rm200.00 sahaja!! .. 
boleh guna hingga 2 bulan, ramai pelanggan saya ambil offer ni 'on the spot' sebab lebih jimat...


Dengan syarat :
>> Beli secara online dan saya akan pos terus ke anda, kos pos saya tanggung 100% walaupun hari ini kos pos naik 100% 
>> Beli terus dari saya, SELF COLLECT di Universiti Malaya, Bangsar South, Kg Kerinchi, Hill Park, RTM.

tak ada yuran keahlian , ini retail, bkn produk MLM, 

Saya minat OFFER ini....


Picture



Sila Isi Wassap Tempahan Tawaran Ini
(mungkin lepas ini anda tak jumpa lagi website ini)

(saya akan SMS/Whatsapp Anda Dalam 24 jam)











Monday 14 December 2015

Hipertensi dan Kesannya Kepada Penyakit Buah Pinggang


Tekanan darah tinggi (hipertensi) adalaah salah satu punca penyebab penyakit buah pinggang kronik. Penyakit buah pinggang juga adalah punca utama hipertensi sekunder. Oleh itu, tekanan darah tinggi boleh menjadi punca atau komplikasi kegagalan buah pinggang.

Buah pinggang mempunyai peranan penting dalam pengawalan tekanan darah. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, bahan buangan akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan pesakit tidak sihat.

Penyakit buah pinggang kronik boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang perlu menerima rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal boleh mencegah atau melambatkan komplikasi penyakit buah pinggang kronik.

Bagaimana hipertensi dan penyakit buah pinggang dikaitkan?
Kedua – duanya berkaitan dalam dua cara:
  • Hipertensi merupakan salah satu punca utama penyakit buah pinggang. Saluran darah di dalam badan kita boleh dirosakkan oleh tekanan darah tinggi secara perlahan-lahan. Ini akan mengurangkan bekalan darah ke organ-organ penting seperti buah pinggang.
Seterusnya ini akan akan merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang. Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan daripada darah. Akibatnya, cecair yang berlebihan di dalam badan terkumpul dan menyebabkan tekanan darah meningkat lagi.
  • Hipertensi juga boleh menjadi satu komplikasi penyakit buah pinggang. Buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengekalkan tekanan darah dalam julat sihat. Buah pinggang yang rosak akan kehilangan kemampuan membantu mengawal tekanan darah. Hasilnya, kenaikan tekanan darah akan berlaku. Oleh yang demikian, hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk.
Siapakah yang berisiko mendapat penyakit kegagalan fungsi buah pinggang disebabkan oleh tekanan darah tinggi?
Semua orang mempunyai risiko mendapat penyakit kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Berikut adalah faktor-faktor risiko tinggi yang diketahui :
  • Pesakit yang menghidap kencing manis.
  • Kerap makan ubat tahan sakit atau ubat-ubatan tambahan (supplement) yang tidak diketahui.
  • Pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari.
  • Pesakit yang mempunyai sejarah keluarga penyakit buah pinggang yang ketara.

Apakah tanda - tanda dan gejala penyakit buah pinggang kronik?
Gejala penyakit buah pinggang bergantung kepada tahap dan peringkat penyakit itu. Pada peringkat awal penyakit buah pinggang, pesakit biasanya tidak mempunyai apa-apa gejala. Oleh itu, pesakit tersebut mungkin tidak sedar bahawa mereka telah berpenyakit. Pada peringkat akhir, gejala berikut mungkin berlaku :
  • 1. Sentiasa rasa letih
  • 2. Bengkak kaki, terutamanya pada waktu malam / berdiri yang berpanjangan
  • 3. Rasa loya / muntah berterusan
  • 4. Tekanan darah tidak terkawal
  • 5. Jumlah air kencing berkurangan

  • Bagaimana mengesahkan penyakit buah pinggang kronik pada pesakit darah tinggi?
    Ujian-ujian berikut perlu dilakukan oleh doktor yang merawat untuk mengesahkan penyakit buah pinggang kronik :
    • 1. Ujian darah untuk menilai fungsi buah pinggang (creatinine)
    Creatinine adalah produk sisa daripada sel-sel otot di badan kita. Buah pinggang yang sihat boleh mengeluarkan creatinine daripada darah dan menyingkirannya melalui air kencing. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik,creatinine akan tersimpan dalam darah.
    Creatinine digunakan untuk mengira GFR (glomerular filtration rate). GFR adalah penilaian fungsi buah pinggang menapis bahan buangan daripada darah. Jika GFR adalah terlalu rendah, ia mungkin bermakna buah pinggang tidak mampu membuang sisa dan cecair berlebihan daripada darah.

  • 2. Ujian air kencing untuk protein dan sel darah merah
  • Proteinuria berterusan atau / dan kehadiran sel-sel darah merah di dalam air kencing adalah tanda kerosakan buah pinggang.
    Kemungkinan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk apabila tahap protein dalam air kencing meningkat.

Bagaimana untuk mencegah kerosakan buah pinggang daripada tekanan darah tinggi?
Pengawalan tekanan darah adalah penting untuk mencegah dan melambatkan proses kerosakan buah pinggang. Ubat-ubatan dan gaya hidup yang sihat boleh membantu dalam pengawalan tekanan darah.
Pilihan gaya hidup sihat termasuk tidak merokok, pemakanan yang sihat, bersukan, mengekalkan berat badan yang unggul, mengelakkan ubat-ubatan tertentu dan mengawal “stress”.
Daripada segi rawatan perubatan, kawalan tekanan darah dan proteinuria merupakan faktor-faktor penting untuk memperlahankan kerosakan buah pinggang. Oleh itu, ubat-ubatan anti hipertensi yang boleh mengurangkan proteinuria diberi keutamaan.



Friday 3 July 2015

Bagaimana Diabetis Merosakkan Buah Pinggang Anda?

Assalam dan salam sejahtera...

Saya hanya ingin ingatkan pada anda semua yang saya kasihi, dan lebih-lebih lagi diri saya sendiri, bahawa kesihatan adalah salah satu harta dalam hidup ini yang sangat penting yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t, maka janganlah kita sia-siakan...malah jangan kita terus menzalimi diri sendiri tuk selama-lamanya...Ayuh lakukan saja...




Buah pinggang anda bertindak seperti penapis yang anda gunakan di dapur. Ia akan menapis bahan buangan dan menyimpan bahan-bahan yang berguna di dalam badan anda.

Apabila organ penting ini tidak berfungsi dengan baik, akan wujud kesan kesihatan yang serius. Kencing manis dan kegagalan buah pinggang adalah dua perkara yang saling berkaitan. Kenyataannya, diabetes adalah punca utama penyakit buah pinggang kronik. 

Nefropati diabetes pula (penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh kencing manis) akan berlaku dalam satu daripada setiap tiga orang yang mengidap diabetes.

Umumnya mereka yang sihat mempunyai dua buah pinggang. Buah pinggang menapis keluar bahan buangan. Buah pinggang anda juga berfungsi menghasilkan sel darah merah, mengawal tekanan darah dan membantu keseimbangan cecair dan mineral di dalam badan.


Darah mengalir melalui buah pinggang, melalui berjuta-juta penapis kecil yang dipanggil glomeruli. Bahan buangan akan ditapis keluar dan bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda, seperti protein, akan terpelihara.




Diabetis dan Penyakit Buah Pinggang
Mereka yang mempunyai diabetes adalah berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang. Kencing manis yang tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Ini membahayakan saluran darah di seluruh badan, termasuk saluran darah kecil di glomeruli. Keadaan ini akan merosakkan keupayaan buah pinggang untuk menapis dengan sempurna.
Pada mulanya, apabila rosak, glomeruli akan mula bocor. Sejumlah kecil protein akan hilang melalui air kencing dan bukannya tinggal di dalam darah. Ini dipanggil mikroalbuminuria, peringkat awal penyakit buah pinggang. Rawatan di peringkat ini mungkin dapat menghentikan penyakit ini dari menjadi lebih buruk.
Jika tidak dirawat, selama bertahun-tahun, makroalbuminuria akan menjadi lebih teruk. Ini berlaku apabila sejumlah besar protein yang hilang melalui air kencing. Apabila  didiagnosis makroalbuminuria ianya boleh bermakna bahawa anda kemungkinan akan mengalami kegagalan buah pinggang (peringkat akhir penyakit renal atau ESRD).
Kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang kehilangan keupayaan melakukan penapisan dan akibatnya bahan-bahan buangan akan terkumpul di dalam darah. Terdapat hanya dua pilihan untuk merawat kegagalan buah pinggang:

  • Pemindahan buah pinggang.
  • Dialisis. Dialisis adalah rawatan yang menapis bahan buangan. Terdapat dua jenis dialisis yang utama. Hemodialisis menggunakan mesin yang berfungsi seperti buah pinggang tiruan. Dialisis peritoneal menggunakan lapisan abdomen anda sebagai penapis. Bergantung kepada jenis dialisis, sama ada anda akan memerlukan rawatan setiap hari atau beberapa kali seminggu.

Cara Lain Diabetis Membahayakan Buah Pinggang Anda

Kerosakan saraf sering berlaku pada penghidap diabetes. Saraf anda berfungsi untuk memberitahu otak anda apabila pundi kencing anda penuh. Apabila saraf rosak, mungkin terdapat kelewatan dalam menghantar mesej ini ke otak anda. Pundi kencing yang penuh boleh meletakkan tekanan ke atas buah pinggang dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dari semasa ke semasa.

Jangkitan salur kencing. Menahan air kencing dalam pundi kencing anda terlalu lama boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh merebak dari pundi kencing ke buah pinggang.

Tekanan darah tinggi. Ramai individu yang mengidap diabetes juga mempunyai tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi juga merosakkan saluran darah di dalam cara yang sama seperti gula darah tinggi. Tekanan satu dua tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi boleh mempercepatkan kemudaratan kepada sistem penapisan buah pinggang.


Penyakit “senyap”
Selalunya, penyakit buah pinggang datang tanpa sebarang tanda-tanda amaran. Pastikan anda hadir ke semua pemeriksaan yang berkaitan dengan diabetes anda. Doktor akan memeriksa air kencing untuk protein dan mengukur tekanan darah anda.
Jika anda mempunyai gejala-gejala, anda sudah boleh mempunyai kerosakan buah pinggang yang serius. Gejala-gejala juga berbeza di antara manusia. Sesetengahnya mungkin termasuk:
  • Pengumpulan cecair
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Badan lemah


Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Anda

Mengawal kandungan gula di dalam darah anda merupakan langkah paling penting untuk mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Tip pencegahan lain termasuk:

  • Makan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, protein tanpa lemak dan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu, lemak trans natrium, dan makanan yang ditambah gula.
  • Bersenam untuk 30 hingga 60 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu. Berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum anda memulakan atau meningkatkan tahap aktiviti anda.
  • Mengambil semua ubat-ubatan seperti yang diarahkan, terutama mereka yang sedang dalam rawatan kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol.
  • Pastikan tekanan darah anda sentiasa dipantau.
  • Jangan minum alkohol atau merokok. Jika anda lakukan, berhenti dengan segera.


Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.

Tuesday 23 June 2015

Faktor Risiko Mendapat Penyakit Buah Pinggang





Siapakah yang berisiko tinggi mendapat penyakit ginjal? Apakah faktor-faktor risiko?
  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi
  • Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal
  • Jika kencing anda mengandungi darah dan protien
  • Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi
  • Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti - Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
  • Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba
  • Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga
  • Jika anda pengidap sakit jantung

Bagaimana saya boleh mencegah kegagalan ginjal?
Perkembangan kegagalan ginjal peringkat akhir dapat dilewatkan dengan cara pengesanan awal, pengawalan tekanan darah tinggi yang ketat, mengawal paras gula dan mengawal kandungan protein dalam air kencing.
Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ginjal digalakkan membuat saringan ujian air kencing dan ujian darah. Mereka yang berisiko tinggi ialah:
  • Pengidap kencing manis (Diabetes mellitus)
  • Darah tinggi (Hypertension)
  • Penyakit ginjal batu karang (renal stones)
  • Sejarah penyakit ginjal dalam keluarga
  • Pesakit yang mempunyai satu ginjal sahaja yang berfungsi
  • Mengamalkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan
===================================



Tetapi kini dah ada penawar terbaru, kajian oleh Doktor penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa, telah menemui kombinasi herba Malaysia yang pertama, yang mampu membaiki sel serta organ buah pinggang.

Untuk maklumat lanjut serta penerangan lebih jelas, boleh hubungi agen berdaftar, En Amen 017-6690694

Thursday 18 June 2015

Info Kesihatan : Bagaimana saya tahu buah pinggang saya tidak berfungsi dengan baik?



Gejala penyakit buah pinggang boleh berbeza dari seorang ke seorang. Malah, ada orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin tidak berasa sakit, atau mereka tidak boleh sedar tentang perubahan yang berlaku. Selalunya, sesetengah orang mungkin mula berasa kurang sihat, sehingga fungsi buah pinggang mereka telah merosot dengan ketara. Itulah sebabnya penyakit buah pinggang kadang-kadang dipanggil penyakit "senyap".
Walaubagaimanapun, anda boleh melihat beberapa tanda seperti yang telah disenaraikan di bawah:

Kejang Otot

Ini kadang-kadang boleh dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.

Gatal-gatal

Bahan buangan di dalam darah boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.

Rasa Tidak Sihat

Oleh kerana terdapat bahan-bahan toksik yang berlebihan dalam darah, anda boleh berasa tidak sihat. Anda boleh merasa mengantuk, keliru dan loya.

Sesak Nafas

Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah, maka kandungan oksigen tidak mencukupi di dalam badan anda. Juga, jika cecair terkumpul di dalam paru-paru anda, anda akan berasa sesak nafas.

Perubahan Dalam Pengeluaran Air Kencing

Anda mungkin perasan bahawa air kencing adalah berbuih, darah dalam air kencing, air kencing berlebihan atau kurang daripada biasa, atau kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.

Rasa yang Teruk di Dalam Mulut Anda

Sisa yang membina di dalam badan anda boleh menyumbang kepada rasa yang teruk di dalam mulut anda, kehilangan selera makan dan loya.

Rasa Letih dan Kelihatan Pucat

Buah pinggang anda tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Ini boleh menyebabkan anda sentiasa berasa letih dan kurang bertenaga.

Bengkak di Tangan, Kaki dan Kawasan di Sekitar Mata Anda

Buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan, yang kemudiannya terperangkap dalam badan.
====

Ini beberapa artikel yang boleh anda baca untuk ketahui SIAPA yang BERISIKO untuk mendapat penyakit buah pinggang.

>>

Diabetis dan Penyakit Buah Pinggang Kronik



.
sumber : http://www.freedomtolive.com.my/kidneys-whathappen-howdo.html#.VYLV3eZy_0R

Saturday 13 June 2015

Ibu Mengandung : Boleh Ke Makan Makanan Laut?



Soalan :

Sekarang hamil 2 bulan. Ini adalah kehamilan ke-2. Saya kini lebih gemar makan sotong setiap hari, adakah kesan sampingan jika saya mengambil makanan laut?


Jawapan :

Pengambilan makanan laut adalah sumber protien, vitamin dan mineral yang baik. Tidak ada masalah jika puan ingin makan sotong atau apa-apa makanan laut.

Tetapi makanan ini hendaklah dimasak sepenuhnya bagi mengelakkan jangkitan kuman atau keracunan makanan.


Saturday 30 May 2015

12 Perkara Mempengaruhi Tingkah Laku Anak Anda




Setiap hari, kanak-kanak terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah, pelbagai situasi dan pengaruh luaran sebelum tiba di sekolah.

Semua ini akan menjejaskan tingkah laku mereka dan kita perlu berwaspada.

Ini adalah 12 perkara yang akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak :

1. Kurang sarapan yang berkhasiat.
- Kanak-kanak lapar selalunya sukar memberi perhatian sepenuhnya ataupun berkelakuan baik.

2. Pemakanan yang tidak sihat.
- Makanan ringan serta makanan proses membawa kesan negatif terhadap daya tumpuan dan tingkah laku anak.

3. Perselisihan antara ibu bapa.

4. Adik beradik yang lebih tua mempunyai masalah tingkah laku.

5. Kelahiran bayi baru.
- Keadaan ini dapat menimbulkan perasaan cemburu.

6. Pagi yang kelam kabut.
- Ibu bapa bangun lewat.

7. Kurang tidur.
- Tidur lewat, bangun awal.

8. TV dan DVD.
- Program ganas menggalakkan tingkah laku ganas.

9. Ubat.
- Setengah ubat dipreskripsi dapat mengubah tingkah laku ganas/kasar.

10. Kemahiran keibubpaan yang lemah.
- Tingkahlaku di rumah mungkin tidak dikendalikan dengan berkesan atau dengan cara yang sesuai.

11. Kurangnya sifat positif untuk dicontohi.
- Sekiranya seisi kuluarga di rumah berkelakuan buruk, maka bagaimanakah kelakuan yang baik dapat dipelajari?

12. Persaingan adik beradik.

Ini adalah 12 perkaran yang mempengaruhi tingkah laku anak anda.

Dengan mengetahuinya, sebagai ibu bapa, anda boleh elakkan daripada berlaku. Jangan biarkan anak anda memberontak. Ibu bapa juga mainkan peranan penting dalam membetuk anak-anak yang baik, sihat dan bertingkah laku positif.





===============================

Untuk pemakanan tambahan, saya syorkan ibu bapa mengamalkan madu arab asli serta minyak habbtussawda, selain sebagai pemangkin alkali untuk diri anak sekaligus memberi tenaga serta membantu fizikal, mental dan kerohanian anak anda.

Sila whatsapp/SMS/wechat saya untuk info lanjut, Tn Ameen 017 669 0694