Wednesday 30 December 2015

Mengapa Air Kencing Berbuih? Biasa ke? Serius Ke?



Air kencing terhasil daripada proses yang berlaku dalam ginjal. Air ditapis daripada darah dalam ginjal, dan kemudian dikumpulkan dalam takungan. Proses ini , proses menuras toksin berlebihan yang akan memudaratkan organ badan anda.

Jika tahap toksin yang tinggi, air kencing akan berubah warna dan fizikalnya. Antara contohnya, terdapat buih pada air kencing bila keluarkan urin pada mangkuk tandas.

Adakah NORMAL?

Kehadiran buih pada air kencing tak semestinya menandakan seseorang itu hadapi masalah kesihatan. Individu dibawah ini dikira normal apabila kencing berbuih.


1. WANITA HAMIL

2. Ketika Dehidrasi
- Masa ini air kencing menjadi pekat, dan lebih mudah berbuih.

3. Mengambil makanan/minuman berprotien tinggi
- Bagi tujuan membesarkan otot ataupun menaikkan berat badan, jika berhenti ambil, makan tiada lagi kencing berbuih.


Air Kencing Berbuih Tidak Normal

1. Individu yang mengalami masalah buah pinggang. Darah akan melalui buah pinggang, dan buah pinggang ini akan menuras segala toksin dan bahan buangan ini akan keluar melalui air kencing.

Tetapi individu ini, penapisan darah tidak berlaku sempurna, menyebabkan protien dalam darah dapat melepasi tapisan ini dan keluar melalui air kencing.

>> Oleh itu, jika anda bukan sedang HAMIL , bukan tengah DEHIDRASI ataupun bukan yang kerap ambil makanan/minuman berprotien tinggi, tetapi kencing anda masih berbuih....anda MENGHADAPI MASALAH BUAH PINGGANG.


Apa Perlu Dibuat?

Dapatkan ujian darah sepenuhnya termasuk ujian fungsi renal dan buatlah ujian air kencing. Dapatkan advice doktor atas ubat-ubatan yang akan dimakan kerana ada ubat yang dapat kurang kan protien dalam air kencing tetapi meningkatkan tahap kreatenin(protein) dalam darah. Semakin banyak protein bocor semakin sukar nak kita atasi dan semakin lama toksin dari normal akan jadi tak normal. Bila toksin tak normal diet ketat perlu dimulakan dan gagal mengikut diet akan mempercepatkan kerosakan buah pinggang kerana toksin akan terus meningkat dan cepat ke dialisis. Bertindaklah lebih awal

Dapatkan juga nasihat dari pakar pemakanan untuk dapatkan diet sesuai untuk diri anda.

Hal ini dapat mengelak daripada kerosakan yang lebih teruk pada buah pinggang anda dan sekaligus merendahkan risiko serta memanjangkan sedikit masa kerosakan buah pinggang anda.

Alternatif pilihan selain ubat adalah Triple T bydrazlan


Triple-T byDRAZLAN adalah teh herba 3 tindakan (Triple Action Tea) yang mampu ...


Mengembalikan Kesihatan Dalaman Badan
Mengatasi Masalah Kelesuan dan Keletihan
Menguatkan Badan


KESAN DAPAT DI RASAI

SEAWAL 14 HARI  

  



Triple-T telah melalui kajian saintifik R&D oleh pakar toksikologi dan terapi 

makanan  Dato' Prof. Dr. Norazlanshah lebih 7 tahun. Ia diuji secara saintifik dan tidak toksik kepada badan.

Triple-T juga kaya antioksidan & 100% herba semulajadi.

Triple-T sangat-sangat disarankan untuk mereka yang mempunyai masalah sering letih dan tidak  bertenaga.

Triple-T juga sesuai diamalkan sebagai minuman kesihatan harian.


Bagaimana ia berfungsi ?


Analisis pada kajian saintifik yang telah dijalankan, selanjutnya menunjukkan bahawa campuran herba pada Triple-T berupaya untuk menjana semula sel-sel yang cedera. Penemuan ini mencadangkan supaya campuran herba Triple-T dimasukkan ke dalam amalan minuman harian kerana potensinya dalam regenerasi sel baru yang lebih sihat.

Siapa yang boleh minum Triple-T ?


Produk ini juga disyorkan sebagai minuman harian untuk mereka yang ingin mengekalkan kesihatan badan secara umum. 



Bagaimana cara Triple-T diproses?


Triple-T byDRAZLAN adalah gabungan herba yang istimewa. Triple-T byDRAZLAN diproses dengan teliti dari peringkat penanaman herba. Setiap peringkat pemprosesan dipantau rapi supaya dapat mengekalkan khasiat-khasiat yang terkandung didalam gabungan herba formulasi Dato' Prof. Dr. Norazlanshah

Kajian ketoksikan yang dijalankan oleh Dato' Prof. Dr. Norazlanshah dan pasukannya menunjukkan bahawa sampel ini adalah tinggi dalam antioksidan, selamat dan tidak beracun untuk dimakan. 


SELAMAT UNTUK PESAKIT BUAH PINGGANG KERANA IANYA BEBAS DARI 4 POTASSIUM/KALIUM, FOSFAT, SODIUM(GARAM) DAN PROTEIN. SELAIN ITU IANYA DIFORMULASI OLEH DR AZLAN SENDIRI DAN PASUKANNYA BUKAN KETIGA. DR AZLAN JUGA ADALAH 

Dato'ProfDrAzlan 
Pengasas Produk Penyelidikan ByDrAzlan 
Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Malaysia
Tenaga Pengajar Latihan Pengendali Makanan KKM




Pakar Buah Pinggang ini memberitahu salah satu tanda urine/kencing berbuih adalah tanda awal 
buah pinggang mula rosak


                                    

Alhamdulillah respon pengguna selepas pengambilan Triple T:
  
Dari perlu ambil ubat untuk kencing kini ubat diberhentikan



Urine tidak lagi berbuih akibat bocor protein 






harga hq utk sekotak 28 uncang, Rm140....
promo hq bulan ni ambil 2 kotak Rm280...tak masuk pos



tp ini offer personal dari saya sendiri sebagai stokis...


Anda buat payment sehingga LUSA ni, sy beri special promo dan REBET LAGI RM80.00


Ambil 2 kotak Triple T (ada 56 uncang tea herba) dengan harga Rm200.00 sahaja!! .. 
boleh guna hingga 2 bulan, ramai pelanggan saya ambil offer ni 'on the spot' sebab lebih jimat...


Dengan syarat :
>> Beli secara online dan saya akan pos terus ke anda, kos pos saya tanggung 100% walaupun hari ini kos pos naik 100% 
>> Beli terus dari saya, SELF COLLECT di Universiti Malaya, Bangsar South, Kg Kerinchi, Hill Park, RTM.

tak ada yuran keahlian , ini retail, bkn produk MLM, 

Saya minat OFFER ini....


Picture



Sila Isi Wassap Tempahan Tawaran Ini
(mungkin lepas ini anda tak jumpa lagi website ini)

(saya akan SMS/Whatsapp Anda Dalam 24 jam)











Monday 14 December 2015

Hipertensi dan Kesannya Kepada Penyakit Buah Pinggang


Tekanan darah tinggi (hipertensi) adalaah salah satu punca penyebab penyakit buah pinggang kronik. Penyakit buah pinggang juga adalah punca utama hipertensi sekunder. Oleh itu, tekanan darah tinggi boleh menjadi punca atau komplikasi kegagalan buah pinggang.

Buah pinggang mempunyai peranan penting dalam pengawalan tekanan darah. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, bahan buangan akan terkumpul dalam darah dan menyebabkan pesakit tidak sihat.

Penyakit buah pinggang kronik boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang perlu menerima rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal boleh mencegah atau melambatkan komplikasi penyakit buah pinggang kronik.

Bagaimana hipertensi dan penyakit buah pinggang dikaitkan?
Kedua – duanya berkaitan dalam dua cara:
  • Hipertensi merupakan salah satu punca utama penyakit buah pinggang. Saluran darah di dalam badan kita boleh dirosakkan oleh tekanan darah tinggi secara perlahan-lahan. Ini akan mengurangkan bekalan darah ke organ-organ penting seperti buah pinggang.
Seterusnya ini akan akan merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang. Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan daripada darah. Akibatnya, cecair yang berlebihan di dalam badan terkumpul dan menyebabkan tekanan darah meningkat lagi.
  • Hipertensi juga boleh menjadi satu komplikasi penyakit buah pinggang. Buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengekalkan tekanan darah dalam julat sihat. Buah pinggang yang rosak akan kehilangan kemampuan membantu mengawal tekanan darah. Hasilnya, kenaikan tekanan darah akan berlaku. Oleh yang demikian, hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk.
Siapakah yang berisiko mendapat penyakit kegagalan fungsi buah pinggang disebabkan oleh tekanan darah tinggi?
Semua orang mempunyai risiko mendapat penyakit kegagalan buah pinggang yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Berikut adalah faktor-faktor risiko tinggi yang diketahui :
  • Pesakit yang menghidap kencing manis.
  • Kerap makan ubat tahan sakit atau ubat-ubatan tambahan (supplement) yang tidak diketahui.
  • Pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari.
  • Pesakit yang mempunyai sejarah keluarga penyakit buah pinggang yang ketara.

Apakah tanda - tanda dan gejala penyakit buah pinggang kronik?
Gejala penyakit buah pinggang bergantung kepada tahap dan peringkat penyakit itu. Pada peringkat awal penyakit buah pinggang, pesakit biasanya tidak mempunyai apa-apa gejala. Oleh itu, pesakit tersebut mungkin tidak sedar bahawa mereka telah berpenyakit. Pada peringkat akhir, gejala berikut mungkin berlaku :
  • 1. Sentiasa rasa letih
  • 2. Bengkak kaki, terutamanya pada waktu malam / berdiri yang berpanjangan
  • 3. Rasa loya / muntah berterusan
  • 4. Tekanan darah tidak terkawal
  • 5. Jumlah air kencing berkurangan

  • Bagaimana mengesahkan penyakit buah pinggang kronik pada pesakit darah tinggi?
    Ujian-ujian berikut perlu dilakukan oleh doktor yang merawat untuk mengesahkan penyakit buah pinggang kronik :
    • 1. Ujian darah untuk menilai fungsi buah pinggang (creatinine)
    Creatinine adalah produk sisa daripada sel-sel otot di badan kita. Buah pinggang yang sihat boleh mengeluarkan creatinine daripada darah dan menyingkirannya melalui air kencing. Apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik,creatinine akan tersimpan dalam darah.
    Creatinine digunakan untuk mengira GFR (glomerular filtration rate). GFR adalah penilaian fungsi buah pinggang menapis bahan buangan daripada darah. Jika GFR adalah terlalu rendah, ia mungkin bermakna buah pinggang tidak mampu membuang sisa dan cecair berlebihan daripada darah.

  • 2. Ujian air kencing untuk protein dan sel darah merah
  • Proteinuria berterusan atau / dan kehadiran sel-sel darah merah di dalam air kencing adalah tanda kerosakan buah pinggang.
    Kemungkinan penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk apabila tahap protein dalam air kencing meningkat.

Bagaimana untuk mencegah kerosakan buah pinggang daripada tekanan darah tinggi?
Pengawalan tekanan darah adalah penting untuk mencegah dan melambatkan proses kerosakan buah pinggang. Ubat-ubatan dan gaya hidup yang sihat boleh membantu dalam pengawalan tekanan darah.
Pilihan gaya hidup sihat termasuk tidak merokok, pemakanan yang sihat, bersukan, mengekalkan berat badan yang unggul, mengelakkan ubat-ubatan tertentu dan mengawal “stress”.
Daripada segi rawatan perubatan, kawalan tekanan darah dan proteinuria merupakan faktor-faktor penting untuk memperlahankan kerosakan buah pinggang. Oleh itu, ubat-ubatan anti hipertensi yang boleh mengurangkan proteinuria diberi keutamaan.