Wednesday 21 November 2018

Penyakit Buah Pinggang Awal: Diet Yang Betul Mampu Pulih Penyakit!



Assalam dan salam sejahtera

Apakah itu penyakit buah pinggang?
Penyakit buah pinggang kronik (ckd) terjadi akibat daripada jangkitan, atau diabetes (diabetik nefropati) atau tekanan darah tinggi.

Lama kelamaan akan menjadi serius yang membawa kepada kegagalan buah pinggang tahap akhir (esrf).

Jika dapat dikesan awal dan dirawat awal, CKD mungkin MAMPU DIHENTIKAN (DIPULIH) atau DILAMBATKAN proses kemerosotannya.

Ckd terjadi apabila individu tersebut merembeskan albumin secara berlebihan di dalam air kencing (kebocoran protien) atau kencing dah berbuih atau pengurangan fungsi buah pinggang secara drastik.

Hal ini boleh membawa kepada komplikasi lain seperti tekanan darah tinggi, anemia serta masalah jantung  dan pembuluh darah.

Faktor-faktor risiko kemerosotan fungsi buah pinggang yang boleh diubah termasuklah:
1. Kawalan tekanan darah
2. Kawalan proteinuria atau albuminuria
3. Kawalan HbA1c (glukos dalam darah)
4. Berhenti merokok, tingkatkan aktiviti fizikal boleh baiki pengaliran darah keorgan dan mampu mengurangkan kemerosotan fungsi buah pinggang dalam ckd.


PENGUBAHSUAIAN DIET UNTUK MELAMBATKAN KEROSAKAN FUNGSI BUAH PINGGANG

Memastikan status nutrisi yang baik pada peringkat awal kegagalan buah pinggang adalah penting bagi mengurangkan kesan akibat daripada malnutrisi dan memperbaiki keadaan pesakit. Pengurusan nutrisi pesakit adalah termasuklah:
- protien
- kalori
- natrium
- fosfat
- kalium
- cecair

Baca lanjut di sini :
https://sunnahrichblog.blogspot.com/2017/05/panduan-pemakanan-untuk-pesakit-dialisis.html?m=1


Kesimpulan di sini :

Untuk pulih dan bebas daripada CKD tidak mustahil, anda hanya perlu lakukan komitmen yang mudah sahaja, iaitu mengubah DIET SEHARIAN anda. Pengubahan ini akhirnya akan membebaskan anda daripada pergantungan ubatan sintetik (kes terbaru ubat darah tinggi ditarik balik).

Lagi satu yang PALING PENTING adalah TINDAKAN AWAL anda untuk lakukan perubahan. Apabila dah ketahui ada TANDA TANDA AWAL kerosakan buah pinggang ataupun PRE DIABETES atau PRE HYPERTENSION , sila la merawat secepatnya. Ubah juga PEMAKANAN anda.

Pengambilan suplimen semuajadi yang tepat dan baik juga digalakkan.
.
=====

Saya akan paparkan kes kes yang berbeza di bawah ini.

Kes 1 : tak amalkan diet yg telah ditetapkan walaupun telah berjumpa dietition.


Daripada sessi consultation kami, dalam masa 2 minggu sahaja kreatenin naik. Pemakanan atau diet yang salah mengakibatkan kerosakan buah pinggang itu jadi lebih cepat.

Puncanya, pemakanan yg tidak betul akan mengakibatkan buah pinggang terbeban untuk menapis darah.

Apatah lagi jika tekanan darah dan gula tak stabil. Proses ini cepat berjalan.

Pengurusan nutrisi yang penting adalah seperti dinyatakan seperti di atas.

Kes ke 2 : amalkan diet yang betul dan supliment teh herba penyelidikan universiti tempatan, triple t by Dr Azlan

Beliau bertindak awal ketika pada tahap 3 ckd. Mengikut diet yang disarankan dan amalkan triple t sebagai minuman pagi.

Triple t bertindak seperti antioksida dalam badan menyingkirkan toksin. Apabila diet yang betul, buah pinggang tak terbeban untuk menapis, dan sekaligus memberi ruang pada antioksida daripada triple t ini bekerja membersihkan organ.

Organ yang semakin sakit dapat dipulihkan dan dapat berfungsi semula.

Bila dapat berfungsi semula, level kreatenin dapat diturunkan. Fungsi buah pinggang kembali meningkat.

Kesihatan badan makin baik. Dan boleh bebas daripada penyakit buah pinggang.

Bagaimana anda boleh dapatkan info lengkap diet dan supliment yg baik bagi proses melewatkan kerosakan buah pinggang ataupun meningkatkan kembali fungsi buah pinggang. Boleh terus berurusan dgn kami, kami mohon anda ikhlas bercerita tentang tahap kesihatan anda.

Hubungi, call, whatsapp : 0126325669 atau 0176690694


Terima kasih.

Ameen
Sunnahrich

Friday 16 November 2018

Tekanan Darah Tinggi & Buah Pinggang Anda



Apa itu tekanan darah?

 Ianya adalah daya yang dihasilkan semasa darah menolak pada dinding ateri. tekanan ini menggerakkan darah dari jantung ke organ-organ seperti otak, buah pinggang dan perut.

ada 2 kompenan :
1. tekanan sistolik-tekanan maksimum di dalam ateri semasa jantung mengepam dengan aktif
2. tekanan diatolik - tekanan minimum semasa jantung berehat diantara denyutan

Apa itu tekanan darah tinggi?

tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan di mana tekanan sistolik dan/atau diatolik yang tinggi secara konsisten atau berselang.

secara umumnya tekanan sistolik pada 140mmHg atau lebih atau tekanan diatolik pada 90mmHg atau lebih dianggap sebagai tekanan darah tinggi.

Bagaimana tekanan ini berlaku?

1. berlaku apabila daya tekanan darah menolak dinding ateri anda meningkat sehingga boleh menyebabkan kerosakan
2. cecair lebihan di dalam badan boleh menambah isipadu di dalam salur darah anda. ini menjadikan tekanan anda tinggi.
3. salur darah yang sempit dan tersumbat boleh menaikkan tekanan darah.

Apakah faktor-faktor risiko bagi tekanan darah tinggi?

1. merokok
2. berat badan berlebihan
3. lelaki berusia 45 tahun keatas
4. wanita berusia 55 tahun keatas
5. sejarah keluarga yang ada hipertensi
6. pengidap diabetes, pesakit buah pinggang atau jantung
7. pengambilan garam berlebihan , lemak tepu atau alkohol yang tinggi

Komplikasi :

1. kerosakan / kegagalan buah pinggang
2. kerosakan salur darah
3. penyakit jantung
4. strok

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI BOLEH MEMPENGARUHI BUAH PINGGANG ANDA?


  • Ianya adalah penyebab utama kegagalan buah pinggang.
  • tekanan darah tinggi boleh merosakan salur darah yang membawa darah keseluruhan badan. saluran yang kecil biasanya akan rosak dulu.
  • sekiranya saluran darah di dalam buah pinggang mengalami kerosakan, kebocoran protien daripada buah pinggang mungkin berlaku, manakala tekanan darah tinggi mungkin memburukkan lagi keadaan ini (membebankan buah pinggang).
  • Akibatnya, buah pinggang mungkin kehilangan fungsinya untuk menyingkirkan bahan buangan dan cecair berlebihan dari dalam darah.

Bagaimana nak kawal tekanan darah?

1. selalu buat pemeriksaan tekanan darah
2. mengambil ubatan yang disyorkan oleh doktor
3. mengekalkan berat badan ideal
4. mengamalkan makanan seimbang. mengurangkan makanan lemak tepu
5. hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu kecil
6. hadkan pengambilan minuman alkohol dan berkafien
7. bersenam 30minit setiap hari atau 3 kali seminggu
8. berhenti merokok



Kesimpulan :

penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang. Ujian pemeriksaan awal adalah penting terutama anda yang berada dalam zon risiko tinggi.

perkembangan kerosakan buah pinggang boleh dilambatkan atau dihentikan jika dapat dikesan lebih awal.




sumber : NKF

amenuddin
sunnahrich

Friday 9 November 2018

Kencing Berbuih Tanda Diabetes Nefropati



Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh paras gula / glukos yang tinggi daripada keadaan normal dalam darah. Ini disebabkan kegagalan pengeluaran insulin dalam darah.

Pada masa ini, terdapat lebih 1.2 juta orang di Malaysia yang menghadapi penyakit diabetes.


Lebih 90% daripada pesakit diabetes di Malaysia adalah diabetes jenis 2. Kedua-dua jenis diabetes ini boleh menyebabkan satu bentuk penyakit buah pinggang kronik yang dikenali sebagai diabetik nefropati. Lebih kurang 30-40% pesakit diabetes akhirnya akan mengalami keadaan ini.
Secara kebiasaanya, diabetik nefropati boleh dikesan di kalangan pesakit diabetes yang kronik (10 tahun atau lebih selepas permulaan penyakit).
Oleh yang demikian, pesakit biasanya berusia antara 50 dan 70 tahun. Tetapi tidak mustahil kini usia bawah 40 tahun pun dah mula hinggap penyakit ini. Ia adalah punca utama penyakit buah pinggang dan kegagalan buah pinggang peringkat akhir di Malaysia.
Walau bagaimanapun, untuk pesakit diabetes yang tidak mempunyai kehadiran protein dalam air kencing, mereka hanya mempunyai 1% peluang sahaja untuk mendapat diabetik nefropati selepas 20 hingga 25 tahun.

Gejala & Tanda
Diabetik nefropati biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. 
Tanda-tanda awal termasuklah :1. Pengesanan protein dalam air kencing (air kencing berbuih)
2. K
eperluan untuk membuang air kecil dengan kerap terutama pada waktu malam.

Jika tidak menerima rawatan pada peringkat ini, pesakit tersebut akan mengalami pengumpulan air dan bengkak-bengkak di anggota-anggota badan (terutama kaki), kurang selera makan, tahap tenaga yang kurang dan kesukaran bernafas.

Komplikasi
Pada waktu yang sama pesakit diabetik nefropati akan mengalami komplikasi diabetes yang lain seperti penglihatan yang kabur, luka-luka di kulit yang lambat sembuh, kebas-kebas dan kesejukan di anggota badan disebabkan oleh aliran darah yang lemah, angin ahmar, serangan jantung atau angina (bentuk serangan jantung yang ringan).

Faktor-Faktor Risiko
Berikut adalah faktor-faktor risiko untuk diabetik nefropati:
  • Sejarah keluarga yang positif untuk diabetes
  • Tempoh menghidapi diabetes yang panjang
  • Tekanan darah yang tinggi
  • Kawalan gula yang tidak normal
  • Obesiti
  • Merokok

Rawatan
Aspek-aspek penting dalam penjagaan kesihatan pesakit diabetik nefropati adalah :
  1. Kawalan paras gula yang baik dengan bacaan HbA1c <7%
  2. Kawalan tekanan darah di bawah  <130/80mmhg
  3. Mengurangkan garam dalam pemakanan dan pengambilan gula kurang daripada 5 gram sehari
  4. Merawat hiperlipidemia
  5. Senaman selama 20 minit sehari
  6. Mengehadkan pengambilan protein seperti yang disyorkan oleh doktor atau pakar pemakanan
  7. Bagi pesakit yang mempunyai protein dalam air kencing, pengambilan ubat-ubatan seperti ACEI atau ARB

Pencegahan
  • Belajar bagaimana untuk menggunakan kit ujian glukosa darah di rumah dan menggunakannya dengan kerap – ini akan membolehkan seseorang untuk mengukur paras glukosa darah dan mengawalnya dengan ubat-ubatan diabetes
  • Belajar cara penyuntikan insulin seperti dinasihatkan oleh doktor
  • Berhenti merokok
  • Ikut cara pemakanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor dan mengambil sebahagian kecil makanan pada selang waktu yang tetap
  • Bersenam secara kerap
  • Berjumpa doktor secara berkala untuk mendapatkan pemeriksaan paras glukosa darah dan ujian air kencing
  • Mata dan kaki perlu diperiksa secara berkala untuk tanda-tanda komplikasi diabetes
  • Jika berat badan berlebihan, turunkan berat badan – kehilangan berat badan boleh mengurangkan gula dalam darah

Pemeriksaan dan Ujian
Ciri utama diabetik nefropati adalah kehadiran protein yang berterusan dalam air kencing. Pengunaan ujian dipstik air kencing (urine dipstick) adalah ujian mudah dan cepat yang boleh mengesan penyakit buah pinggang walaupun dalam peringkat awal. Ujian positif selalunya bermakna seseorang pesakit sudah mempunyai sekurang-kurangnya sedikit kerosakan kepada buah pinggang. Kerosakan pada peringkat ini mungkin boleh disembuhkan sepenuhnya.
Ujian makmal yang lain yang dilakukan termasuk:
  • Profil buah pinggang (renal profile)
  • Profil tulang (bone profile)
  • Ujian pantas pengesanan air kencing (urine spot test dan urine albumin-creatinine ratio (UACR))
  • Kiraan kuantiti protein air kencing 24 jam dan penapisan kreatinin (creatinine clearance)
  • Tahap gula darah dan kolesterol
  • Tahap HbA1c
  • Tahap fosforus, kalsium dan hormon paratiroid
  • Ujian sel darah merah
  • Ujian ultra bunyi buah pinggang
  • Ujian sinar-x buah pinggang-saluran kencing


info : http://www.myhealth.gov.my/diabetik-nefropati/