Wednesday 31 May 2017

Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Dialisis





Buah pinggang adalah salah satu daripada organ yang penting di dalam tubuh kita. Buah Pinggang mempunyai berbagai fungsi, salah satu fungsinya ialah untuk mengeluarkan bahan buangan dihasilkan oleh tubuh kita daripada makanan yang kita makan. Sesetengah makanan menghasilkan lebih banyak bahan buangan berbanding dengan makanan yang lain.

Walaupun haemodialisis direka untuk menggantikan fungsi buah pinggang, tetapi terdapat juga makanan yang perlu dikawal.

Walaubagaimanapun, adalah penting bagi pesakit untuk makan dengan sempurna dan betul untuk mencapai serta mengekalkan berat badan yang sesuai dan untuk menjamin kesihatan yang baik.

Objektif penjagaan makanan bagi pesakit dialisis adalah :

-mengelakkan pengumpulan bahan buangan beracun yang berlebihan
-mencapai/mengekalkan berat badan yang sesuai
-mencapai/mengekalkan paras haemoglobin(HB) yang normal
-mengawal tekanan darah
-menghindarkan denyutan jantung yang tidak teratur
-mengelakkan penyakit tulang
-mengelakkan pengumpulan air



BERIKUT ADALAH PANDUAN YANG BERGUNA UNTUK ANDA MEMILIH MAKANAN SECARA BIJAK

a) Protein

Kuantiti protein yang diperlukan oleh badan bergantung kepada :

# Saiz badan
# Umur
# Status kesihatan

Pesakit dialisis dinasihatkan supaya melebihkan protein agar dapat : 
# menggantikan protein yang hilang semasa rawatan dialisis 
# badan sihat 
# memastikan tiada kesusutan otot badan 
# membantu melawan jangkitan kuman

* Ingat, makan ubat pengikat fosforus semasa waktu makan!!

Berhati-hati kerana pengambilan protein yang berlebihan akan meningkatkan tahap phosphate dalam darah.

Sumber Makanan 
1) Protein Haiwan
¤ contoh: Telur, ikan, daging & ayam
(buangkan kulit dan lemak)

2) Protein Tumbuhan 
¤ contoh : Dhal, kekacang, tofu & tempeh

Pesakit dialisis digalakkan supaya pilih protein sumber haiwan kerana kuantiti kandungan protein adalah lebih tinggi berbanding sumber protein tumbuhan.



2) Fosforus (phosphate)

Sejenis mineral yang didapati di dalam badan kita dan sesetengah makanan. Tahap fosforus yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan :

# masalah tulang dan jantung
# penyakit tulang rapuh
# tisu badan menjadi keras ( jantung, arteri, sendi, kulit atau peparu)
# kulit gatal

kawal Tahap Fosforus :

1) Pengikat fosforus

- makan ubat kalsium karbonat semasa makan ( ubat ini berfungsi sebagai span dan ia menyerap fosforus daripada makanan di dalam perut dan terus disingkirkan melalui najis )

2) Dialisis

- Dialisis hanya dapat singkirkan sebahagian kandungan fosforus dari darah

3) Diet

Elak Makanan Tinggi Fosforus

¤ kuning telur
¤ susu & hasil tenusu (keju)
¤ dhal, kacang merah, kacang kuda dll
¤ cendawan
¤ ikan bilis
¤ udang kering
¤ kaki ayam/ tulang
¤ kerang, tiram, lala, ketam
¤ oat, roti gandum, biskut tinggi serat
¤ kola & minuman koko
¤ coklat & kek coklat



3) Potassium

¤ Tahap potassium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan :

# muntah
# lemah
# degupan jantung abnormal
# jantung gagal berfungsi

Elak makanan tinggi potassium seperti :

a) Sayur- sayuran

- Bayam, paku pakis, jering, petai, ubi kentang, kailan, cekur manis, tomato

b) Buah-buahan

- pisang, oren, nangka,ciku, langsat,durian, tembikai madu, plum, anggur, santan kelapa, air kelapa


Pilih makanan rendah potassium

a) Sayur-sayuran

- Lobak putih, kangkung, bendi, kubis, taugeh, timun

b) Buah- buahan

- Epal, Betik, tembikai, manggis, jambu batu, pir, laici, mangga, rambutan, kedondongan

* Jika pesakit tidak menjalani rawatan dialisis, ini akan menyebabkan peningkatan potassium dan ini menyebabkan jantung pesakit berhenti berdegup.



4) Sodium ( Garam )

Tahap sodium yang tinggi menyebabkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan dan ini boleh :

# meningkatkan tekanan darah
# pembengkakkan pada bahagian kaki, tangan dan muka
# rasa kurang selesa semasa rawatan dialisis

Tip kurangkan garam dengan cara bijak :

1) Elakkan tabiat menambah garam, kicap, sos cili atau sos tomato semasa makan.
2) Tambahkan rasa dengan penggunaan herba dan rempah ratus seperti lada hitam, jintan dll
3) Hadkan pengambilan makanan yang diproses seperti sosej, keropok, makanan tin, mee segera dll.
4) Pesan makanan disediakan kurang garam, tanpa garam atau tanpa MSG. Minta sos disediakan secara berasingan.

kandungan sodium dalam makanan

a) Tinggi Sodium

- kiub perisa, MSG, sos (kicap, tiram,tomato) ,asam jawa, serbuk penaik, belacan, budu, taucu, telur masin, ikan masin, sayur masin,sotong kering, udang kering, ikan bilis, jeruk buah-buahan, mee segera, makanan dalam tin, keropok ikan, dll.

b) Rendah Sodium

- Jus lemon, cuka, madu, bawang, serai, lada hitam, jintan, keropok & biskut tanpa garam, buah-buahan segar yang rendah sodium, makanan segar & tidak diproses (daging, ayam, ikan )

* Awas!! Garam dalam makanan



5) Air

Walaupun rawatan dialisis dapat menyingkirkan air dari badan, namun ia tidak dapat menyingkirkan air sebaik seperti buah pinggang yang sihat.

Komplikasi air berlebihan :

¤ Bengkak pada bahagian badan (kaki, tangan, muka dan sekeliling bahagian muka)
¤ Tekanan darah tinggi
¤ Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba (sering berlaku semasa hemodialisis)
¤ Kesukaran untuk bernafas disebabkan pengumpulan air di dalam peparu
¤ Masalah jantung termasuk jantung berdebar, lemah jantung dan jantung bengkak

Berapa banyak air yang boleh diminum??

# Minum 500ml sehari termasuk jumlah isipadu air kencing dikeluarkan hari sebelumnya.

Tip- tip kawal pengambilan air :

# Elak makanan tinggi kandungan garam dan makanan pedas

# Berhati-hati terhadap makanan di mana kandungan airnya tersembunyi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sup, kuah kari, ais krim, puding, jeli dll

# Guna cawan atau gelas bersaiz sederhana apabila minum

# Cuba hisap ketulan ais dalam mulut.Boleh bekukan air dari kuantiti air yang dibenarkan

* satu ketulan ais mengandungi 10 ml air

# Elak rasa dahaga dengan amalkan tabiat memberus gigi atau menggunakan pencuci mulut.

# Jika pesakit menghidap kencing manis pastikan paras gula dalam darah terkawal.Ini kerana kandungan gula yang tinggi akan meningkatkan rasa dahaga.


Baiklah...ini yang perlu seorang pesakit dialisis kawal. Seperti yang telah disebut di atas, objektifnya adalah untuk mengekalkan kesihatan lebih baik.


Sekian Terima kasih.


:. sumber : http://galgurl87.blogspot.my/2013/08/panduan-makanan-untuk-pesakit-dialisis_9.html


Anda boleh komen Di bawah terus menggunakan FB anda!
.



Friday 26 May 2017

5 cara terbaik untuk jimat belanja!






Keadaan sekarang membuatkan kita perlu perbelanjaan yang bijak. Barang keperluan dan barang kehendak perlu dititikberatkan sebelum mengeluarkan wang kita untuk memilikinya.

Sebelum bertindak salah menyalahkan kerajaan, majikan, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Tak siapa dapat ubah, kecuali ianya bermula daripada diri kita sendiri.

ok, kat sini saya nak share la tip untuk anda dapat jimatkan duit perbelanjaan bulanan anda!


1. Pelan makanan harian anda
- Tumpuan pada perbelanjaan makanan. iaitu makan sarapan, tengahari dan malam.
- Jika anda rancang apa yang nak makan, anda dapat jimat wang, dapat tahu nilai kalori yang diambil dan yang bestnya anda dapat uruskan kesihatan anda dengan baik!
- jika perlu bawa bekal, bawa lah bekal!
- Masak makanan dari rumah sangat bersih dan sihat!


2. Simpan dan rekodkan perbelanjaan
- Dengan rekod perbelanjaan, anda akan dapati di mana kebocoran duit perbelanjaan anda itu.
- mudah untuk rancang supaya tak terbelanjan perkara, makanan yang tak perlu seperti snek.
- Bila dah tahu, mudah untuk tampal kebocoran ini, dan dengan itu, lebihan duit yang ada itu, bolehlah disimpan untuk masa depan.


3. Jangan Lihat JENAMA lihatlah fungsinya
- Kita terlalu taksuf dengan satu jenama, tetapi tahukah ada yang tak ada jenama pun, tapi fungsinya sama je dengan produk yang berjenama.
- contohnya, tisu dapur, ada yang berjenama dalam rm12 tetapi tak berjenama dalam rm7 sahaja dah dapat. Fungsinya sama sahaja. kat sini dah jimat rm5!
- Start la untuk cari produk yang ada fungsi yang sama tetapi lebih murah!


4. Latih nafsu daripada berbelanja!
- Latih diri daripada membeli barangan tak bermanafaat dan suka-suka.
- Abaikan ego anda, abaikan kata kawan-kawan yang menghasut anda.
- Anda sendiri tentukan masa depan anda sendiri.


5. Elak berbelanja barang tak perlu
- anda boleh uruskan perbelanjaan dengan :
a) kurang kan makan diluar setiap minggu
b) Lepak2 dikafe2 mahal
c) menonton wanyang setiap minggu
d) urus pelan mobil, internet, dsb


Ini mungkin beberapa perkara yang boleh anda ambil sebagai menguruskan perbelanjaan anda. Walaupun sedikit, tapi saya berharap ianya dapat menberi kesan yang baik terhadap kewangan anda!

Monday 22 May 2017

Gaya Hidup Mampu Mengawal Tekanan Darah Anda!




Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung. Ia secara senyap boleh merosakkan tubuh manusia sebelum mereka menunjukkan apa-apa gejala. Jika dibiarkan tidak terkawal, anda mungkin boleh mendapat pelbagai komplikasi kesihatan, pengurangan kualiti hidup atau bahkan kecacatan.

8 Faktor Yang Menyebabkan Tekanan Darah Tinggi
  1. Faktor usia
  2. Faktor jantina/jenis kelamin
  3. Berat badan
  4. Kecenderungan masin
  5. Minum alkohol
  6. Kadar tekanan/stress
  7. Kemalasan diri
  8. Ambilan ubatan tertentu


Perubahan Gaya Hidup


Garis panduan semasa mencadangkan bahawa anda harus:
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit / hari untuk kebanyakan hari seminggu
  • Mengekalkan berat badan yang normal dan didalam lingkungan BMI yang bersesuaian (Indeks Jisim Badan)
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Hadkan pengambilan alkohol kepada tidak lebih daripada 1 atau 2 minuman sehari
  • Kurangkan pengambilan lemak tepu
  • Berhenti merokok
  • Mengurangkan tekanan
  • Tidur yang cukup dan sempurna
Gaya hidup memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah. Jika ia berjaya mengurangkan tekanan darah, ini boleh mengelakkan atau melewatkan keperluan untuk pengambilan ubat-ubatan.




Wednesday 17 May 2017

Diabetis dan Penyakit Buah Pinggang Kronik






Mereka yang mempunyai diabetes adalah berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang. Kencing manis yang tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Ini membahayakan saluran darah di seluruh badan, termasuk saluran darah kecil di glomeruli. Keadaan ini akan merosakkan keupayaan buah pinggang untuk menapis dengan sempurna.



Statistik Penyebab Utama Kerosakan Buah Pinggang




• Pada tahun 2011, 56% daripada pesakit baru mengidap kencing manis sebagai penyakit buah pinggang. Hipertensi adalah penyakit buah pinggang utama dalam 6% daripada pesakit baru.
Rajah di atas : Penyakit buah pinggang utama untuk pesakit dialisis baru 2002-2011



Pada mulanya, apabila rosak, glomeruli akan mula bocor. Sejumlah kecil protein akan hilang melalui air kencing dan bukannya tinggal di dalam darah. Ini dipanggil mikroalbuminuria, peringkat awal penyakit buah pinggang. Rawatan di peringkat ini mungkin dapat menghentikan penyakit ini dari menjadi lebih buruk.


Jika tidak dirawat, selama bertahun-tahun, makroalbuminuria akan menjadi lebih teruk. Ini berlaku apabila sejumlah besar protein yang hilang melalui air kencing. Apabila  didiagnosis makroalbuminuria ianya boleh bermakna bahawa anda kemungkinan akan mengalami kegagalan buah pinggang (peringkat akhir penyakit renal atau ESRD).



Kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang kehilangan keupayaan melakukan penapisan dan akibatnya bahan-bahan buangan akan terkumpul di dalam darah. Terdapat hanya dua pilihan untuk merawat kegagalan buah pinggang:


  • Pemindahan buah pinggang.
  • Dialisis. Dialisis adalah rawatan yang menapis bahan buangan. Terdapat dua jenis dialisis yang utama. Hemodialisis menggunakan mesin yang berfungsi seperti buah pinggang tiruan. Dialisis peritoneal menggunakan lapisan abdomen anda sebagai penapis. Bergantung kepada jenis dialisis, sama ada anda akan memerlukan rawatan setiap hari atau beberapa kali seminggu.


Penyakit “senyap”


Selalunya, penyakit buah pinggang datang tanpa sebarang tanda-tanda amaran. Pastikan anda hadir ke semua pemeriksaan yang berkaitan dengan diabetes anda. Doktor akan memeriksa air kencing untuk protein dan mengukur tekanan darah anda.
Jika anda mempunyai gejala-gejala, anda sudah boleh mempunyai kerosakan buah pinggang yang serius. Gejala-gejala juga berbeza di antara manusia. Sesetengahnya mungkin termasuk:
  • Pengumpulan cecair
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Badan lemah


Cara Lain Diabetis Membahayakan Buah Pinggang Anda




Kerosakan saraf sering berlaku pada penghidap diabetes. Saraf anda berfungsi untuk memberitahu otak anda apabila pundi kencing anda penuh. Apabila saraf rosak, mungkin terdapat kelewatan dalam menghantar mesej ini ke otak anda. Pundi kencing yang penuh boleh meletakkan tekanan ke atas buah pinggang dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dari semasa ke semasa.


Jangkitan salur kencing. Menahan air kencing dalam pundi kencing anda terlalu lama boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh merebak dari pundi kencing ke buah pinggang.


Tekanan darah tinggi. Ramai individu yang mengidap diabetes juga mempunyai tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi juga merosakkan saluran darah di dalam cara yang sama seperti gula darah tinggi. Tekanan satu dua tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi boleh mempercepatkan kemudaratan kepada sistem penapisan buah pinggang.


Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Anda



Mengawal kandungan gula di dalam darah anda merupakan langkah paling penting untuk mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Tip pencegahan lain termasuk:

  • Makan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, protein tanpa lemak dan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu, lemak trans natrium, dan makanan yang ditambah gula.

  • Bersenam untuk 30 hingga 60 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu. Berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum anda memulakan atau meningkatkan tahap aktiviti anda.
  • Mengambil semua ubat-ubatan seperti yang diarahkan, terutama mereka yang sedang dalam rawatan kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol.
  • Pastikan tekanan darah anda sentiasa dipantau.
  • Jangan minum alkohol atau merokok. Jika anda lakukan, berhenti dengan segera.

=================



Ya...seperti saya beritahu tadi :

- Buah pinggang bermasalah > akibatkan paras kreatenin tinggi > tanda yang jelas : URIN BERBUIH >> pengakhiran (jika tak diurus dengan baik) akan DIALISIS


Ok, ini salah satu respon individu yang telah alami masalah kegagalan buah pinggang. Lihat apa kata pengalaman beliau sendiri :



Bagaimana sel2 penapis2 buah pinggang akan mati dan komplikasi dialisis. cegah dari awal dan elakkan


                                    Pakar Buah Pinggang Dr Rafidah 9Mei 2017

- DIALISIS adalah solusi TERAKHIR. Banyak cara boleh anda uruskan penyakit anda. Pengurusan penyakit ini tak semestinya makan ubat sahaja. Tetapi boleh diuruskan secara semulajadi dengan amalan diet yang betul serta pengurusan kehidupan yang baik. Baca disini.



Ramai yang saya rekmen untuk amalkan produk herba ini, TRIPLE T by Dr Azlan. Produk lulus KKM, tidak membahayakan kesihatan, malah boleh diamalkan seharian oleh pesakit kronik dan pesakit masalah buah pinggang tahap 1 hingga 5 dan yang telah dialisis.



Malah, ada pengguna produk ini yang telah dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga gula dalam darah. Ini perkongsian pengalaman mereka kepada kami.








Anda boleh kawal dengan diet yang baik. tetapi tidak jadi masalah untuk amalkan TRIPLE T ini sebagai 'booster' bagi mempercepatkan lagi proses pembaikan itu.

Triple T yang tinggi antioksida membantu :
a) Menyingkirkan toksin, radikal bebas dalam tubuh badan yang telah memberi kesan negatif pada organ badan (membuatkan organ ini kurang berfungsi)
b) Bila toksin ini dah bebas/berkurangan, fungsi organ itu kembali efektif.
c) Dapat membantu organ/sel daripada terus mati kerana toksin ini telah dikeluar/dicuci.


Ingat kesihatan yang BAIK tidak TERNILAI apabila anda dah mula sakit.


Oleh yang demikian, saya serius ingin membantu anda untuk lebih sihat dengan diet pemakanan yang baik dan betul. Sekaligus, TRIPLE T ini sebagai minuman herba yang anda boleh tukar gantikan dengan minuman pagi anda.


Sempena bulan Ramadhan ini,  kami ingin berikan promosi besar-besaran FREE SEKOTAK (bernilai RM140) untuk anda.

Jika minat nak tahu lanjut serta sessi consult, boleh terus hubungi sales team kami :

> Puan Annum 012 632 5669
>> En amen 017 669 0694

@ yang ada wasap, boleh terus wasap beliau :




terima kasih


en ameen
ESRD since 2015



Friday 12 May 2017

9 Tips Tidur Yang Sihat



Kesukaran untuk tidur sebenarnya dihadapi oleh sesiapa sahaja dalam hidup mereka. Perkara ini biasanya disebabkan oleh pelbagai faktor seperti STRESS atau terlalu banyak mengambil kafien sebelum tidur.

Bagi membantu masalah ini berlaku, adalah amat baik jika terapkan amalan tidur yang sihat :

1. Cuba tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama pada setiap pagi.

2. Cuba untuk tidak tidur yang lama/panjang pada waktu siang, ini mengakibatkan juga sukar untuk mengantuk pada malam hari.

3. Hindari kafien, nikotin dan juga alkohol disiang hari. Kafien dan nikotin yang menyukarkan untuk tidur, manakala alkohol menyebabkan kerap terjaga pada waktu tidur, ini membantutkan kualiti tidur anda.

4. Bersenam lah secara teratur dan berjadual. Jangan bersenam sebelum tidur, Lebih baik 3 - 4 jam sebelum tidur.

5. Jangan ambil apa-apa makanan sebelum tidur.

6. Wujudkan ruang tidur yang nyaman, pencahayaan yang redup, suasana tenang, tidak panas dan tidak sejuk.

7. Lakuankan aktiviti/ritual sebelum tidur seperti baca buku, mandi dan berzikir/berdoa.

8. Jangan guna tempat tidur untuk kegiatan lain kecuali untuk tidur.

9. Jika tidur akan resah sesuatu hal, kerja tak siap, boleh buat to do list sebelum tidur agar kerja-kerja yang nak diselesaikan dapat diselesaikan, supaya tidak kerisauan semasa tidur.

Ini 9 amalan yang anda boleh lakukan untuk hindari diri daripada masalah sukar tidur.

Ok, tip untuk yang STRESS boleh baca di sini >> Cara Hilang STRESS <<



Terima kasih
En Ameen

Wednesday 10 May 2017

Mengatasi Stress Khusus Untuk Para Suami Isteri



Stress dalam rumahtangga itu adalah biasa. Kadang-kadang terkesan hingga ke tempat kerja. Ada pula sebaliknya, terkesan dari tempat kerja.

Di sini, kami ingin berkongsi beberapa tip untuk kita semua praktikkan. Moga bermanafaat pada kita semua. Saya pun bukan terlalu sempurna untuk menasihati anda, tapi sedikit sebanyak tip ini boleh membantu anda.

1. Pola hidup sihat

  • Pola hidup ini merangkumi, pemakanan, sifat kerohanian dan juga jasmani. Apa yang kita makan, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan dan juga aktiviti fizikal yang sering atau kerap kita lakukan.
  • Makan la dari makanan yang sihat dan yang penting HALAL.
  • Jaga hubungan dengan Tuhan, memohon hanya pada dia, dan menganggap dia la segala penentu hidup kita.
  • Lakukan senaman untuk kesihatan badan dan minda.

2. Bermesra dengan keluarga/pasangan
  • Kuatkan hubungan kekeluargaan. Sering berbual, berjalan-jalan, bercuti.
  • Ambil peduli apa yang mereka katakan, mereka perlu perhatian.
  • Kita beri perhatian , mereka akan beri perhatian pada kita

3. Bertukar fikiran
  • Jadikan PERBINCANGAN satu perkara penting dalam rumah.
  • Jadikan pasangan tempat luahkan perasaan.

4. Meditasi
  • Ianya berkaitan dengan cara kita melakukan pernafasan. Boleh juga amalkan untuk meenurunkan stress dalam diri anda.

5. Homor
  • Sesekali buatkan pasangan anda ketawa, gembira. Ini mungkin boleh turunkan stress.

6. Jauhi perasaan marah
  • Kawal perasaan marah.
  • Bezakan antara tempat kerja dan rumah. Perlu ada personaliti berbeza antara 2 tempat ini.
  • Jangan bawa masalah rumah keluar, dan jangan bawa masalah tempat kerja di rumah.

7. Atur jadual
  • Rancang kehidupan anda dengan baik. Untuk elakkan risiko-risiko yang tak diingini.

8. Menjadi diri sendiri
  • Jangan terlalu nak ikut orang lain, menjadi orang lain.
  • diri kita adalah terbaik untuk kita.
  • Hidup ini hanya Tuhan yang tentukan diri kita, dan cari la yang terbaik untuk diri kita, tanpa langgar Agama dan undang-undang.

Moga tip ini menjadikan hidup anda bebas daripada stress. Oh ya, stress akan meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah ni bila tak terkawal akan memberi kesan buruk pada buah pinggang anda.

Bila dah sakit ni, kemungkinan STRESS lebih besar! jadi untuk elakkannya berisiko, anda boleh bermula sekarang.

Jam baca artikel ini : " Hubungkait tekanan darah & buah pinggang "



terima kasih
En Ameen

Sunday 7 May 2017

Stress : 9 Cara Menghilangkan Stress Dalam Islam




Stress adalah tekanan. Tekanan adalah fitrah manusia. Dalam kehidupan ini, kita tak terlepas dengan ujian. Malah Allah akan turunkan ujian setaraf dengan diri anda, dan anda sebenarnya mampu untuk atasinya.


Saya akan berkongsi dengan anda 9 cara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan stress. Saya kongsikan berdasarkan apa yang disaran oleh Islam.



1. Perbetulkan niat


  • Ikhlaskan niat anda dalam membuat sesuatu. Ikhlas kerana Allah. Fahami, Allah yang menentukan, sementara kita hanya merancang dan berusaha.

2. Solat
  • Melalui solat, mampu dekatkan diri pada Pencipta. Solat buatkan kita lebih tenang dan damai. Solat mampu keluarkan diri daripada bebanan permasalahan. Yang penting adalah kekhusyukan.

3. Berzikir
  • Zikir ertinya memperingati Allah. Zikir dengan tenang dan pernafasan yang betul, mampu beri ketenangan pada diri.

4. Berdoa
  • Cara untuk berkomunikasi dengan Maha Esa. Bila dah 'bercerita' pada Dia, beban masalah anda mungkin terlepas. Dan berserah pada Allah supaya ditunjukkan jalan penyelesaian yang baik.

5. Tawakkal
  • Bantu anda lebih bersikap positif. Ertinya, bersyukur atas apa yang Allah serahkan pada anda. Musibah ataupun cubaan akan dihadapi lebih bersabar.

6. Jaga Siratulrahim
  • Menjalinkan perhubungan yang baik sesama insan, makhluk. Ini dapat hindari perselisihan yang boleh datangkan stress.

7. Sentiasa Bersangka Baik
  • Bersangka baik dapat hindari daripada masalah kecil dari besar. kita percaya Allah penentu segalanya. Malah, percaya makhluk tidak mampu lakukan apa-apa tanpa REDHA Allah.

8. Taubat
  • Bertikad untuk tidak melakukan lagi perkara yang sama.

9. Sentiasa Memohan Maaf
  • Sentiasa mengucapkan maaf dan meminta maaf pada setiap kesilapan kita, walaupun kecil.

Saya telah senaraikan 9 tindakan yang boleh anda 'follow' untuk hindari STRESS lebih teruk.

Semoga bermanafaat



Terima kasih


En Ameen
ESRD since 2015


Wednesday 3 May 2017

Kaitan Kreatenin Dengan Air Kencing?



perubahan pada air kencing adalah tanda-tanda penting penentuan kesihatan dalam badan anda. Ianya penentu sistem perkumuhan anda dalan kondisi terbaik atau sebaliknya. Sistem perkumuhan manusia ini adalah BUAH PINGGANG.


Masalah buah pinggang perlu diambil serius kerana buah pinggang merupakan organ penting dalam badan yang berfungsi bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh dalam badan. Bahan kumuhan ini termasuklah kreatenin dan urea. Buah pinggang juga berfungsi sebagai pengawal tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.


Masalah buah pinggang ini boleh dikatakan penyakit SENYAP. Ini kerana pada awal masalah ini tiada tanda mahupun gejala yang berlaku. Melainkan jika anda membuat ujian darah, ujian imbasan ultrasound, ujian saringan atau ujian air kencing. Ataupun, berdasarkan maklumat daripada mereka sendiri yang telah laluinya.


Oleh itu, adalah amat penting bagi anda untuk laksanakan pemeriksaan kesihatan. Paling kurang setahun sekali. Ini kerana apabila anda tahu tahap kesihatan diri anda, mudah untuk anda menguruskannya.


Menurut kajian, kegagalan buah pinggang yang UTAMA adalah daripada masalah kencing manis. Daripada statistik dari pusat dialisis di Malaysia mendapati lebih dari 50 peratus pesakit yang menghidap kencing manis akan menghidap masalah buah pinggang. Tetapi, jangan risau, jika kencing manis anda terkawal, risiko kerosakan buah pinggang lebih teruk dapat dikawal ataupun direndahkan.


Mereka yang mengalami masalah buah pinggang sebenarnya memiliki paras urea dan creatinine yang tinggi dalam darah dan rendah dalam air kencing. Kedua ini merupakan bahan toksin dalam badan yang terhasil daripada aktiviti badan dan pemakanan anda.


Bagaimana nak kawal kreatenin ini? boleh baca di sini.


Jadi apa kaitan kreatenin dengan air kencing?? iaitu, daripada ujian urin yang akan anda buat, paras kreatenin dalam air kencing anda sama ada RENDAH atau TINGGI.


RENDAH menunjukkan pengeluaran kreatenin dalam badan sangat rendah, BERKEMUNGKINAN BESAR kreatenin tidak dapat dikeluarkan dari dalam darah.


Dan apabila ditambah lagi dengan kehadiran PROTIEN dalan urin, lagi teruk. Ini menyebabkan urin berbuih. Air kencing berbuih dengan banyak dan lambat hilang akibat kandungan protein yang tinggi.


=

Ok, ini salah satu respon individu yang telah alami masalah kegagalan buah pinggang. Lihat apa kata pengalaman beliau sendiri :



Ya...seperti saya beritahu tadi :

- Buah pinggang bermasalah > akibatkan paras kreatenin tinggi > tanda yang jelas : URIN BERBUIH >> pengakhiran (jika tak diurus dengan baik) akan DIALISIS

- DIALISIS adalah solusi TERAKHIR. Banyak cara boleh anda uruskan penyakit anda. Pengurusan penyakit ini tak semestinya makan ubat sahaja. Tetapi boleh diuruskan secara semulajadi dengan amalan diet yang betul serta pengurusan kehidupan yang baik. Baca disini.

Ramai yang saya rekmen untuk amalkan produk herba ini, TRIPLE T by Dr Azlan. Produk lulus KKM, tidak membahayakan kesihatan, malah boleh diamalkan seharian oleh pesakit kronik dan pesakit masalah buah pinggang tahap 1 hingga 5 dan yang telah dialisis.



Malah, ada pengguna produk ini yang telah dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga gula dalam darah. Ini perkongsian pengalaman mereka kepada kami.








Anda boleh kawal dengan diet yang baik. tetapi tidak jadi masalah untuk amalkan TRIPLE T ini sebagai 'booster' bagi mempercepatkan lagi proses pembaikan itu.


Ingat kesihatan yang BAIK tidak TERNILAI apabila anda dah mula sakit.


Oleh yang demikian, saya serius ingin membantu anda untuk lebih sihat dengan diet pemakanan yang baik dan betul. Sekaligus, TRIPLE T ini sebagai minuman herba yang anda boleh tukar gantikan dengan minuman pagi anda.


Sempena bulan Ramadhan tak lama lagi, kami ingin berikan promosi besar-besaran FREE SEKOTAK untuk anda.

Jika minat, boleh terus hubungi sales team kami :

> Puan Annum 012 632 5669

@ yang ada wasap, boleh terus wasap beliau : www.wasap.my/60126325669/offer_TT_free1kotak 



terima kasih


en ameen
ESRD since 2015

Monday 1 May 2017

Gaya Mudah Untuk Turunkan Tahap Kreatenin



Posting saya sebelum ini merungkai kan maksud kreatenin. Perkongsian saya hari ini adalah, bagaimana nak 'maintain' , kekalkan dan juga mampu turunkan tahap kreatenin anda dalam darah.

Panduan ini hanya perkongsian saya, dan saya tekankan di sini adalah usaha kita semua untuk lebih sihat.

Saya akan bahagikan kepada 2 kumpulan utama :

1. PERUBAHAN GAYA HIDUP

a) Jaga kadar cecair dalam badan anda

  • Iaitu anda minum air yang mencukupi untuk keperluan badan anda. 7 8 gelas, 250ml setiap gelas.
  • Impak jika kekurangan air. Berlaku hidrasi dalam badan, ini boleh tingkatkan kreatenin serta kencing berbuih.
  • Manakala jika terlebih air dalam badan, boleh efek pada paru paru. Efek paru paru akan mempercepatkan kita bernafas dan tekanan di jantung akan naik. Tekanan naik, akan efek pada buah pinggang. Akhirnya, buah pinggang jadi kurang efektif dan menyebabkan kreatenin yang nak ditapis tak dapat tapis dgn baik.
b) Jaga aktiviti fizikal anda
  • Jika paras kreatenin anda tinggi, tukar aktiviti intensif anda kepada yang rendah, seperti berjalan. 
c) Tidur Yang Cukup
  •  Pastikan tidur anda cukup, 7 hingga 8 jam sehari.
  • Jika tak cukup, akan hasilkan kehidupan yang tertekan. Ini mengakibatkan tekanan pada buah pinggang. oleh itu, buah pinggang kurang efektif untuk menapis kreatenin.

2. JAGA POLA PEMAKANAN

a) Jaga Sodium
  • Sodium boleh tingkatkan tekanan darah, tinggi pengambilan anda, tekanan darah akan tinggi, sekaligus beri beban pada buah pinggang anda.
b) Jaga Protien
  • Kreatin terhasil daripada protien. Pastikan protien cukup2 untuk badan anda (0.7g protien utk 1kg berat badan)
  • Protien lebih, buatkan buah pinggang akan proses saki baki protien ini dengan lebih, ini mampu bebankan buah pinggang anda. Lama kelamaan kurang efektif.
c) Jaga Phosphate
  • Buah  pinggang rosak boleh akibatkan zat ini tidak boleh ditapis, ini akan efek pada tulang dan kalsium dalam badan.
d) Jaga Potassium
  • Tinggi potassium mengakibatkan tekanan darah naik. Akan juga efek pada buah pinggang anda.
e) Jaga suppliment kreatin
  • Kreatin boleh diambil. Ramai yang ambil khusus mereka yang ingin membina otot badan. Tetapi jika buah pinggang dah rosak, ambilan zat ini sangat mudaratkan. Ini mampu tingkatkan kreatenin dalam darah lebih cepat.

-

Daripada pengalaman saya, pengambilan suppliment herba ini juga boleh bantu untuk menurunkan kadar kreatenin dalam darah. TETAPI beserta pola pemakanan yang baik.

Selain itu juga, perubahan kesihatan seperti tidak mudah letih, tidak cepat mengantuk serta perubahan fizikal juga anda boleh nampak setelah amalkan 4 hingga 6 bulan suppliment herba ini.

untuk perkongsian saya seterusnya adalah, cerita-cerita serta pengalaman pengguna suppliment herba ini.


.

Terima kasih

En Amenuddin
ESRD since 2015

+ Untuk info lanjut suppliment herba ini boleh terus wasap admin 012 632 5669