Monday, 1 May 2017

Gaya Mudah Untuk Turunkan Tahap Kreatenin



Posting saya sebelum ini merungkai kan maksud kreatenin. Perkongsian saya hari ini adalah, bagaimana nak 'maintain' , kekalkan dan juga mampu turunkan tahap kreatenin anda dalam darah.

Panduan ini hanya perkongsian saya, dan saya tekankan di sini adalah usaha kita semua untuk lebih sihat.

Saya akan bahagikan kepada 2 kumpulan utama :

1. PERUBAHAN GAYA HIDUP

a) Jaga kadar cecair dalam badan anda

  • Iaitu anda minum air yang mencukupi untuk keperluan badan anda. 7 8 gelas, 250ml setiap gelas.
  • Impak jika kekurangan air. Berlaku hidrasi dalam badan, ini boleh tingkatkan kreatenin serta kencing berbuih.
  • Manakala jika terlebih air dalam badan, boleh efek pada paru paru. Efek paru paru akan mempercepatkan kita bernafas dan tekanan di jantung akan naik. Tekanan naik, akan efek pada buah pinggang. Akhirnya, buah pinggang jadi kurang efektif dan menyebabkan kreatenin yang nak ditapis tak dapat tapis dgn baik.
b) Jaga aktiviti fizikal anda
  • Jika paras kreatenin anda tinggi, tukar aktiviti intensif anda kepada yang rendah, seperti berjalan. 
c) Tidur Yang Cukup
  •  Pastikan tidur anda cukup, 7 hingga 8 jam sehari.
  • Jika tak cukup, akan hasilkan kehidupan yang tertekan. Ini mengakibatkan tekanan pada buah pinggang. oleh itu, buah pinggang kurang efektif untuk menapis kreatenin.

2. JAGA POLA PEMAKANAN

a) Jaga Sodium
  • Sodium boleh tingkatkan tekanan darah, tinggi pengambilan anda, tekanan darah akan tinggi, sekaligus beri beban pada buah pinggang anda.
b) Jaga Protien
  • Kreatin terhasil daripada protien. Pastikan protien cukup2 untuk badan anda (0.7g protien utk 1kg berat badan)
  • Protien lebih, buatkan buah pinggang akan proses saki baki protien ini dengan lebih, ini mampu bebankan buah pinggang anda. Lama kelamaan kurang efektif.
c) Jaga Phosphate
  • Buah  pinggang rosak boleh akibatkan zat ini tidak boleh ditapis, ini akan efek pada tulang dan kalsium dalam badan.
d) Jaga Potassium
  • Tinggi potassium mengakibatkan tekanan darah naik. Akan juga efek pada buah pinggang anda.
e) Jaga suppliment kreatin
  • Kreatin boleh diambil. Ramai yang ambil khusus mereka yang ingin membina otot badan. Tetapi jika buah pinggang dah rosak, ambilan zat ini sangat mudaratkan. Ini mampu tingkatkan kreatenin dalam darah lebih cepat.

-

Daripada pengalaman saya, pengambilan suppliment herba ini juga boleh bantu untuk menurunkan kadar kreatenin dalam darah. TETAPI beserta pola pemakanan yang baik.

Selain itu juga, perubahan kesihatan seperti tidak mudah letih, tidak cepat mengantuk serta perubahan fizikal juga anda boleh nampak setelah amalkan 4 hingga 6 bulan suppliment herba ini.

untuk perkongsian saya seterusnya adalah, cerita-cerita serta pengalaman pengguna suppliment herba ini.


.

Terima kasih

En Amenuddin
ESRD since 2015

+ Untuk info lanjut suppliment herba ini boleh terus wasap admin 012 632 5669

No comments:

Post a Comment