Wednesday, 31 May 2017

Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Dialisis





Buah pinggang adalah salah satu daripada organ yang penting di dalam tubuh kita. Buah Pinggang mempunyai berbagai fungsi, salah satu fungsinya ialah untuk mengeluarkan bahan buangan dihasilkan oleh tubuh kita daripada makanan yang kita makan. Sesetengah makanan menghasilkan lebih banyak bahan buangan berbanding dengan makanan yang lain.

Walaupun haemodialisis direka untuk menggantikan fungsi buah pinggang, tetapi terdapat juga makanan yang perlu dikawal.

Walaubagaimanapun, adalah penting bagi pesakit untuk makan dengan sempurna dan betul untuk mencapai serta mengekalkan berat badan yang sesuai dan untuk menjamin kesihatan yang baik.

Objektif penjagaan makanan bagi pesakit dialisis adalah :

-mengelakkan pengumpulan bahan buangan beracun yang berlebihan
-mencapai/mengekalkan berat badan yang sesuai
-mencapai/mengekalkan paras haemoglobin(HB) yang normal
-mengawal tekanan darah
-menghindarkan denyutan jantung yang tidak teratur
-mengelakkan penyakit tulang
-mengelakkan pengumpulan air



BERIKUT ADALAH PANDUAN YANG BERGUNA UNTUK ANDA MEMILIH MAKANAN SECARA BIJAK

a) Protein

Kuantiti protein yang diperlukan oleh badan bergantung kepada :

# Saiz badan
# Umur
# Status kesihatan

Pesakit dialisis dinasihatkan supaya melebihkan protein agar dapat : 
# menggantikan protein yang hilang semasa rawatan dialisis 
# badan sihat 
# memastikan tiada kesusutan otot badan 
# membantu melawan jangkitan kuman

* Ingat, makan ubat pengikat fosforus semasa waktu makan!!

Berhati-hati kerana pengambilan protein yang berlebihan akan meningkatkan tahap phosphate dalam darah.

Sumber Makanan 
1) Protein Haiwan
¤ contoh: Telur, ikan, daging & ayam
(buangkan kulit dan lemak)

2) Protein Tumbuhan 
¤ contoh : Dhal, kekacang, tofu & tempeh

Pesakit dialisis digalakkan supaya pilih protein sumber haiwan kerana kuantiti kandungan protein adalah lebih tinggi berbanding sumber protein tumbuhan.



2) Fosforus (phosphate)

Sejenis mineral yang didapati di dalam badan kita dan sesetengah makanan. Tahap fosforus yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan :

# masalah tulang dan jantung
# penyakit tulang rapuh
# tisu badan menjadi keras ( jantung, arteri, sendi, kulit atau peparu)
# kulit gatal

kawal Tahap Fosforus :

1) Pengikat fosforus

- makan ubat kalsium karbonat semasa makan ( ubat ini berfungsi sebagai span dan ia menyerap fosforus daripada makanan di dalam perut dan terus disingkirkan melalui najis )

2) Dialisis

- Dialisis hanya dapat singkirkan sebahagian kandungan fosforus dari darah

3) Diet

Elak Makanan Tinggi Fosforus

¤ kuning telur
¤ susu & hasil tenusu (keju)
¤ dhal, kacang merah, kacang kuda dll
¤ cendawan
¤ ikan bilis
¤ udang kering
¤ kaki ayam/ tulang
¤ kerang, tiram, lala, ketam
¤ oat, roti gandum, biskut tinggi serat
¤ kola & minuman koko
¤ coklat & kek coklat



3) Potassium

¤ Tahap potassium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan :

# muntah
# lemah
# degupan jantung abnormal
# jantung gagal berfungsi

Elak makanan tinggi potassium seperti :

a) Sayur- sayuran

- Bayam, paku pakis, jering, petai, ubi kentang, kailan, cekur manis, tomato

b) Buah-buahan

- pisang, oren, nangka,ciku, langsat,durian, tembikai madu, plum, anggur, santan kelapa, air kelapa


Pilih makanan rendah potassium

a) Sayur-sayuran

- Lobak putih, kangkung, bendi, kubis, taugeh, timun

b) Buah- buahan

- Epal, Betik, tembikai, manggis, jambu batu, pir, laici, mangga, rambutan, kedondongan

* Jika pesakit tidak menjalani rawatan dialisis, ini akan menyebabkan peningkatan potassium dan ini menyebabkan jantung pesakit berhenti berdegup.



4) Sodium ( Garam )

Tahap sodium yang tinggi menyebabkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan dan ini boleh :

# meningkatkan tekanan darah
# pembengkakkan pada bahagian kaki, tangan dan muka
# rasa kurang selesa semasa rawatan dialisis

Tip kurangkan garam dengan cara bijak :

1) Elakkan tabiat menambah garam, kicap, sos cili atau sos tomato semasa makan.
2) Tambahkan rasa dengan penggunaan herba dan rempah ratus seperti lada hitam, jintan dll
3) Hadkan pengambilan makanan yang diproses seperti sosej, keropok, makanan tin, mee segera dll.
4) Pesan makanan disediakan kurang garam, tanpa garam atau tanpa MSG. Minta sos disediakan secara berasingan.

kandungan sodium dalam makanan

a) Tinggi Sodium

- kiub perisa, MSG, sos (kicap, tiram,tomato) ,asam jawa, serbuk penaik, belacan, budu, taucu, telur masin, ikan masin, sayur masin,sotong kering, udang kering, ikan bilis, jeruk buah-buahan, mee segera, makanan dalam tin, keropok ikan, dll.

b) Rendah Sodium

- Jus lemon, cuka, madu, bawang, serai, lada hitam, jintan, keropok & biskut tanpa garam, buah-buahan segar yang rendah sodium, makanan segar & tidak diproses (daging, ayam, ikan )

* Awas!! Garam dalam makanan



5) Air

Walaupun rawatan dialisis dapat menyingkirkan air dari badan, namun ia tidak dapat menyingkirkan air sebaik seperti buah pinggang yang sihat.

Komplikasi air berlebihan :

¤ Bengkak pada bahagian badan (kaki, tangan, muka dan sekeliling bahagian muka)
¤ Tekanan darah tinggi
¤ Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba (sering berlaku semasa hemodialisis)
¤ Kesukaran untuk bernafas disebabkan pengumpulan air di dalam peparu
¤ Masalah jantung termasuk jantung berdebar, lemah jantung dan jantung bengkak

Berapa banyak air yang boleh diminum??

# Minum 500ml sehari termasuk jumlah isipadu air kencing dikeluarkan hari sebelumnya.

Tip- tip kawal pengambilan air :

# Elak makanan tinggi kandungan garam dan makanan pedas

# Berhati-hati terhadap makanan di mana kandungan airnya tersembunyi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sup, kuah kari, ais krim, puding, jeli dll

# Guna cawan atau gelas bersaiz sederhana apabila minum

# Cuba hisap ketulan ais dalam mulut.Boleh bekukan air dari kuantiti air yang dibenarkan

* satu ketulan ais mengandungi 10 ml air

# Elak rasa dahaga dengan amalkan tabiat memberus gigi atau menggunakan pencuci mulut.

# Jika pesakit menghidap kencing manis pastikan paras gula dalam darah terkawal.Ini kerana kandungan gula yang tinggi akan meningkatkan rasa dahaga.


Baiklah...ini yang perlu seorang pesakit dialisis kawal. Seperti yang telah disebut di atas, objektifnya adalah untuk mengekalkan kesihatan lebih baik.


Sekian Terima kasih.


:. sumber : http://galgurl87.blogspot.my/2013/08/panduan-makanan-untuk-pesakit-dialisis_9.html


Anda boleh komen Di bawah terus menggunakan FB anda!
.



No comments:

Post a Comment