Wednesday, 10 May 2017

Mengatasi Stress Khusus Untuk Para Suami Isteri



Stress dalam rumahtangga itu adalah biasa. Kadang-kadang terkesan hingga ke tempat kerja. Ada pula sebaliknya, terkesan dari tempat kerja.

Di sini, kami ingin berkongsi beberapa tip untuk kita semua praktikkan. Moga bermanafaat pada kita semua. Saya pun bukan terlalu sempurna untuk menasihati anda, tapi sedikit sebanyak tip ini boleh membantu anda.

1. Pola hidup sihat

  • Pola hidup ini merangkumi, pemakanan, sifat kerohanian dan juga jasmani. Apa yang kita makan, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan dan juga aktiviti fizikal yang sering atau kerap kita lakukan.
  • Makan la dari makanan yang sihat dan yang penting HALAL.
  • Jaga hubungan dengan Tuhan, memohon hanya pada dia, dan menganggap dia la segala penentu hidup kita.
  • Lakukan senaman untuk kesihatan badan dan minda.

2. Bermesra dengan keluarga/pasangan
  • Kuatkan hubungan kekeluargaan. Sering berbual, berjalan-jalan, bercuti.
  • Ambil peduli apa yang mereka katakan, mereka perlu perhatian.
  • Kita beri perhatian , mereka akan beri perhatian pada kita

3. Bertukar fikiran
  • Jadikan PERBINCANGAN satu perkara penting dalam rumah.
  • Jadikan pasangan tempat luahkan perasaan.

4. Meditasi
  • Ianya berkaitan dengan cara kita melakukan pernafasan. Boleh juga amalkan untuk meenurunkan stress dalam diri anda.

5. Homor
  • Sesekali buatkan pasangan anda ketawa, gembira. Ini mungkin boleh turunkan stress.

6. Jauhi perasaan marah
  • Kawal perasaan marah.
  • Bezakan antara tempat kerja dan rumah. Perlu ada personaliti berbeza antara 2 tempat ini.
  • Jangan bawa masalah rumah keluar, dan jangan bawa masalah tempat kerja di rumah.

7. Atur jadual
  • Rancang kehidupan anda dengan baik. Untuk elakkan risiko-risiko yang tak diingini.

8. Menjadi diri sendiri
  • Jangan terlalu nak ikut orang lain, menjadi orang lain.
  • diri kita adalah terbaik untuk kita.
  • Hidup ini hanya Tuhan yang tentukan diri kita, dan cari la yang terbaik untuk diri kita, tanpa langgar Agama dan undang-undang.

Moga tip ini menjadikan hidup anda bebas daripada stress. Oh ya, stress akan meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah ni bila tak terkawal akan memberi kesan buruk pada buah pinggang anda.

Bila dah sakit ni, kemungkinan STRESS lebih besar! jadi untuk elakkannya berisiko, anda boleh bermula sekarang.

Jam baca artikel ini : " Hubungkait tekanan darah & buah pinggang "



terima kasih
En Ameen

No comments:

Post a Comment