Friday, 12 May 2017
9 Tips Tidur Yang Sihat
Kesukaran untuk tidur sebenarnya dihadapi oleh sesiapa sahaja dalam hidup mereka. Perkara ini biasanya disebabkan oleh pelbagai faktor seperti STRESS atau terlalu banyak mengambil kafien sebelum tidur.
Bagi membantu masalah ini berlaku, adalah amat baik jika terapkan amalan tidur yang sihat :
1. Cuba tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama pada setiap pagi.
2. Cuba untuk tidak tidur yang lama/panjang pada waktu siang, ini mengakibatkan juga sukar untuk mengantuk pada malam hari.
3. Hindari kafien, nikotin dan juga alkohol disiang hari. Kafien dan nikotin yang menyukarkan untuk tidur, manakala alkohol menyebabkan kerap terjaga pada waktu tidur, ini membantutkan kualiti tidur anda.
4. Bersenam lah secara teratur dan berjadual. Jangan bersenam sebelum tidur, Lebih baik 3 - 4 jam sebelum tidur.
5. Jangan ambil apa-apa makanan sebelum tidur.
6. Wujudkan ruang tidur yang nyaman, pencahayaan yang redup, suasana tenang, tidak panas dan tidak sejuk.
7. Lakuankan aktiviti/ritual sebelum tidur seperti baca buku, mandi dan berzikir/berdoa.
8. Jangan guna tempat tidur untuk kegiatan lain kecuali untuk tidur.
9. Jika tidur akan resah sesuatu hal, kerja tak siap, boleh buat to do list sebelum tidur agar kerja-kerja yang nak diselesaikan dapat diselesaikan, supaya tidak kerisauan semasa tidur.
Ini 9 amalan yang anda boleh lakukan untuk hindari diri daripada masalah sukar tidur.
Ok, tip untuk yang STRESS boleh baca di sini >> Cara Hilang STRESS <<
Terima kasih
En Ameen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment