Monday 22 May 2017

Gaya Hidup Mampu Mengawal Tekanan Darah Anda!




Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung. Ia secara senyap boleh merosakkan tubuh manusia sebelum mereka menunjukkan apa-apa gejala. Jika dibiarkan tidak terkawal, anda mungkin boleh mendapat pelbagai komplikasi kesihatan, pengurangan kualiti hidup atau bahkan kecacatan.

8 Faktor Yang Menyebabkan Tekanan Darah Tinggi
  1. Faktor usia
  2. Faktor jantina/jenis kelamin
  3. Berat badan
  4. Kecenderungan masin
  5. Minum alkohol
  6. Kadar tekanan/stress
  7. Kemalasan diri
  8. Ambilan ubatan tertentu


Perubahan Gaya Hidup


Garis panduan semasa mencadangkan bahawa anda harus:
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit / hari untuk kebanyakan hari seminggu
  • Mengekalkan berat badan yang normal dan didalam lingkungan BMI yang bersesuaian (Indeks Jisim Badan)
  • Mengurangkan pengambilan garam
  • Hadkan pengambilan alkohol kepada tidak lebih daripada 1 atau 2 minuman sehari
  • Kurangkan pengambilan lemak tepu
  • Berhenti merokok
  • Mengurangkan tekanan
  • Tidur yang cukup dan sempurna
Gaya hidup memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah. Jika ia berjaya mengurangkan tekanan darah, ini boleh mengelakkan atau melewatkan keperluan untuk pengambilan ubat-ubatan.




No comments:

Post a Comment