Sunday, 7 May 2017

Stress : 9 Cara Menghilangkan Stress Dalam Islam




Stress adalah tekanan. Tekanan adalah fitrah manusia. Dalam kehidupan ini, kita tak terlepas dengan ujian. Malah Allah akan turunkan ujian setaraf dengan diri anda, dan anda sebenarnya mampu untuk atasinya.


Saya akan berkongsi dengan anda 9 cara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan stress. Saya kongsikan berdasarkan apa yang disaran oleh Islam.



1. Perbetulkan niat


  • Ikhlaskan niat anda dalam membuat sesuatu. Ikhlas kerana Allah. Fahami, Allah yang menentukan, sementara kita hanya merancang dan berusaha.

2. Solat
  • Melalui solat, mampu dekatkan diri pada Pencipta. Solat buatkan kita lebih tenang dan damai. Solat mampu keluarkan diri daripada bebanan permasalahan. Yang penting adalah kekhusyukan.

3. Berzikir
  • Zikir ertinya memperingati Allah. Zikir dengan tenang dan pernafasan yang betul, mampu beri ketenangan pada diri.

4. Berdoa
  • Cara untuk berkomunikasi dengan Maha Esa. Bila dah 'bercerita' pada Dia, beban masalah anda mungkin terlepas. Dan berserah pada Allah supaya ditunjukkan jalan penyelesaian yang baik.

5. Tawakkal
  • Bantu anda lebih bersikap positif. Ertinya, bersyukur atas apa yang Allah serahkan pada anda. Musibah ataupun cubaan akan dihadapi lebih bersabar.

6. Jaga Siratulrahim
  • Menjalinkan perhubungan yang baik sesama insan, makhluk. Ini dapat hindari perselisihan yang boleh datangkan stress.

7. Sentiasa Bersangka Baik
  • Bersangka baik dapat hindari daripada masalah kecil dari besar. kita percaya Allah penentu segalanya. Malah, percaya makhluk tidak mampu lakukan apa-apa tanpa REDHA Allah.

8. Taubat
  • Bertikad untuk tidak melakukan lagi perkara yang sama.

9. Sentiasa Memohan Maaf
  • Sentiasa mengucapkan maaf dan meminta maaf pada setiap kesilapan kita, walaupun kecil.

Saya telah senaraikan 9 tindakan yang boleh anda 'follow' untuk hindari STRESS lebih teruk.

Semoga bermanafaat



Terima kasih


En Ameen
ESRD since 2015


No comments:

Post a Comment