Friday 27 March 2015



Assalam

Tips hari ini...

Siapa di antara anda sukakan minuman barli? Sama ada barli ais ataupun barli suam? Sekarang musim panas dijangka berlarutan sehingga 18 bulan ini boleh menjadi punca kebanyakan antara kita boleh jatuh sakit. Kekurangan cecair dalam badan boleh mengakibatkan tubuh lesu, demam, suhu badan naik mendadak, mata merah dan batuk kering.

Kami percaya ramai yang memesan air sejuk tatkala panas membahang di luar. Sebenarnya, memilih air sejuk tidak membantu menyejukkan badan anda sebaliknya akan membuatkan anda bertambah dahaga dua kali ganda. Sudah tentu minum air sejuk lebih menyegarkan tetapi dalam masa singkat, air sejuk akan membekukan lemak dan menyukarkan pencernaan.

Meminum air sejuk adalah tidak sebaik minum air suam dari segi menghidrat badan. Jika difikirkan logik, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan. Dengan suhu cuaca mencecah sehingga 36 darjah celsius ini, kami menyarankan anda memilih minuman yang boleh menyejukkan tubuh badan biar pun di hidang dalam keadaan suam atau panas iaitu barli.

Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam darah, mengurang risiko kencing manis dan mencegah kanser. Biar pun biji barli atau minuman barli lebih murah dan mudah diperolehi, tetapi ia cukup kaya dengan zat besi, serat,vitamin B1 dan B3, magnesium dan fosforus.

P/s: ambil madu setiap pagi juga membantu anda rasa segar dan umpama guard yang jaga kesihatan. Minum air lebih supaya madu dapat dimanfaatkan seluruh badan

Wednesday 25 March 2015

3 Faedah Menabung Dari Sekarang



Assalam...

Minggu terakhir sebelum Malaysia memperkenalkan GST kepada rakyatnya....Jadi sebagai rakyat yang prihatin, kita kena terima.

Sabagai alternatif untuk anda, aktiviti galakkan menabung bagi anak-anak kita wajib disemai dari sekarang.

Saya ingin berkongsi 3 faedah menabung untuk anak-anak anda.



1. Meningkatkan pendapatan

Apabila menabung dan menyimpan di bank atau saham secara berterusan, kita memperolehi pulangan dalam bentuk faedah serta dividen yang berganda.

Dalam keadaan tidak sedar kita berjaya menjadikan alternatif menabung sebagai jalan untuk meningkatkan pendapatan.


2. Meningkatkan kualiti hidup

Dalam masa panjang, menabung dapat membantu kita menikmati kehidupan lebih berkualiti apabila mampu memiliki manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang.


3. Membiayai pendidikan

Menabung mampu membantu kita membiayai kos pendidikan anak-anak supaya mereka memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sempurna.

Bagi yang masih belum berumah tangga, anda boleh mulakan menabung mulai sekarang untuk masa depan keluarga yang akan anda bina kelak.


Bagaimana nak didik menabung?

Pengalaman saya sendiri....

saya sediakan 1 tabung khas, dan tulis pada tabung itu " CABARAN OREN ", iaitu setiap duit RM20 bewarna oren yang terima, nak tak nak kena masuk kan dalam tabung tersebut.

Walaupun saya dapat 5 keping RM20 saya WAJIB masukkan dalam tabung tersebut.

ok....bagaimana nak didik anak-anak pula?

saya akan berikan anak-anak saya RM4 setiap hari untuk belanja sekolah. Guna cara yang sama, sediakan tabung KHAS " CABARAN 50sen " setiap duit 50sen sekeping, yang diperolehi, mereka kena masukkan di dalam tabung tersebut.

Begini la cara saya didik diri dan anak-anak menabung....

Anda boleh cuba sendiri ya!



terima kasih.

Ameen

Tuesday 24 March 2015

Anda Mengandung? 5 Langkah Terbaik Perlu Lakukan....



1. Membuat Pemeriksaan Kandungan dengan Doktor

Sebaik sahaja mengesan anda sedang mengandung, pergilah ke klinik swasta atau kerajaan terdekat untuk membuka buku rekod. Pemeriksaan oleh seorang doktor dapat memberi jaminan 90% anak kita sihat sepanjang membesar.

Antara perkara yang perlu kita ketahui apabila bertemu doktor : 

■ pemeriksaan kandungan seterusnya
■ pemakanan yang sihat
■ gaya hidup yang sihat
■ ultrasound ( klinik swasta memberi peluang kepada kita untuk cetak gambar anak, tidak begitu mahal tetapi sangat bernilai, pada peringkat awal, tidak kelihatan rupa bayi, tunggu sehingga nampak janin baru request untuk ultrasound dicetak)
■ ujian air kencing bagi mengesan sama ada air kencing kotor atau mengandungi kandungan gula yang tinggi
■ penambahan berat badan ideal dan perubahan bentuk badan



2. Bentuk Gaya Pemakanan yang Sihat

Pastikan apa yang dimakan ketika mengandung sihat tidak terlalu sedikit atau terlalu banyak ( bagi mengelakkan anda mempunyai masalah turun berat nanti selepas bersalin )

Antara makanan yang boleh ada ambil dan amalkan semasa mengandung :

■ lebihkan sayur dan buah buahan 
■ makan 5 kali sehari dalam kuantiti yang kecil
■ makan banyak karbohidrat ( nasi, pasta, roti wholegrain)
■ lebihkan fiber
■ pastikan makan cukup protin ( ikan, daging, telur, kacang) 
■ makan ikan 2 kali dalam seminggu. Ikan kaya dengan protin, mineral, vitamin D dan omega 3. Omega 3 penting untuk perkembangan saraf janin. Contoh ikan yang tinggi omega 3 ni adalah ikan salmon. Cuba elakkan ikan laut dalam seperti ikan mackerel kerana kandungan merkuri yang tinggi tidak baik untuk tumbersaran janin.



3. Kekalkan Kebersihan Makanan

Ketika mengandung, kena anggap yang anda sedang makan untuk baby dalam perut.

Elakkan makan makanan yang tidak dimasak dengan betul ataupun mentah.

Elakkan daripada menjamu makanan berikut :

■ elakkan susu yang tidak dipasteur
■ elakkan makan telur separuh masak, jika mengidam, cari telur tanpa bakteria. Saya pernah jumpa di dalam peti ais di mydin. 
■ elakkan makanan basi dan tercemar
■ pastikan semua makanan dimasak terlebih dahulu



4. Bersenam 

Walau anda sedang mengandung dan perlu berehat, tak bermaksud terus malas bersenam. Jangan lupa selitkan dalam jadual untuk lebihkan senaman sesuai untuk mengandung seperti berjalan, yoga, pilates dan berenang.




5. Makan Suplemen / Makanan tambahan

Bagi memastikan mengandung dengan sihat, anda mesti memastikan badan dan bayi cukup nutrisi dan berterusan sehinggalah anda menyusu. Vitamin vitamin yang amat diperlukan ketika mengandung adalah vitamin A, D,E dan K yang dapat membantu masalah komplikasi ketika bersalin. Fikirlah untuk mengambil suplemen kaya dalam omega 3 bagi membantu perkembangan sihat otak janin anda.