Tuesday, 24 March 2015
Anda Mengandung? 5 Langkah Terbaik Perlu Lakukan....
1. Membuat Pemeriksaan Kandungan dengan Doktor
Sebaik sahaja mengesan anda sedang mengandung, pergilah ke klinik swasta atau kerajaan terdekat untuk membuka buku rekod. Pemeriksaan oleh seorang doktor dapat memberi jaminan 90% anak kita sihat sepanjang membesar.
Antara perkara yang perlu kita ketahui apabila bertemu doktor :
■ pemeriksaan kandungan seterusnya
■ pemakanan yang sihat
■ gaya hidup yang sihat
■ ultrasound ( klinik swasta memberi peluang kepada kita untuk cetak gambar anak, tidak begitu mahal tetapi sangat bernilai, pada peringkat awal, tidak kelihatan rupa bayi, tunggu sehingga nampak janin baru request untuk ultrasound dicetak)
■ ujian air kencing bagi mengesan sama ada air kencing kotor atau mengandungi kandungan gula yang tinggi
■ penambahan berat badan ideal dan perubahan bentuk badan
2. Bentuk Gaya Pemakanan yang Sihat
Pastikan apa yang dimakan ketika mengandung sihat tidak terlalu sedikit atau terlalu banyak ( bagi mengelakkan anda mempunyai masalah turun berat nanti selepas bersalin )
Antara makanan yang boleh ada ambil dan amalkan semasa mengandung :
■ lebihkan sayur dan buah buahan
■ makan 5 kali sehari dalam kuantiti yang kecil
■ makan banyak karbohidrat ( nasi, pasta, roti wholegrain)
■ lebihkan fiber
■ pastikan makan cukup protin ( ikan, daging, telur, kacang)
■ makan ikan 2 kali dalam seminggu. Ikan kaya dengan protin, mineral, vitamin D dan omega 3. Omega 3 penting untuk perkembangan saraf janin. Contoh ikan yang tinggi omega 3 ni adalah ikan salmon. Cuba elakkan ikan laut dalam seperti ikan mackerel kerana kandungan merkuri yang tinggi tidak baik untuk tumbersaran janin.
3. Kekalkan Kebersihan Makanan
Ketika mengandung, kena anggap yang anda sedang makan untuk baby dalam perut.
Elakkan makan makanan yang tidak dimasak dengan betul ataupun mentah.
Elakkan daripada menjamu makanan berikut :
■ elakkan susu yang tidak dipasteur
■ elakkan makan telur separuh masak, jika mengidam, cari telur tanpa bakteria. Saya pernah jumpa di dalam peti ais di mydin.
■ elakkan makanan basi dan tercemar
■ pastikan semua makanan dimasak terlebih dahulu
4. Bersenam
Walau anda sedang mengandung dan perlu berehat, tak bermaksud terus malas bersenam. Jangan lupa selitkan dalam jadual untuk lebihkan senaman sesuai untuk mengandung seperti berjalan, yoga, pilates dan berenang.
5. Makan Suplemen / Makanan tambahan
Bagi memastikan mengandung dengan sihat, anda mesti memastikan badan dan bayi cukup nutrisi dan berterusan sehinggalah anda menyusu. Vitamin vitamin yang amat diperlukan ketika mengandung adalah vitamin A, D,E dan K yang dapat membantu masalah komplikasi ketika bersalin. Fikirlah untuk mengambil suplemen kaya dalam omega 3 bagi membantu perkembangan sihat otak janin anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment