Tuesday, 20 January 2015

Madu Untuk Demam?



Jika saya demam, bolehkah saya terus mengamalkan madu? Sedangkan bila saya demam, suhu badan naik dan badan jadi panas, dan kita semua tahu, madu juga memanaskan badan.

Jawapan : Ya, jika anda demam, anda masih terus boleh mengamalkan madu.

Kami telah bertanya pada doktor General Practitioner (GP) yang kami biasa jumpa, tentang anak kami yang demam, sama ada boleh atau tidak dia terus minum madu. Jawapan daripada doktor, jika memang sudah biasa mengamalkan madu, boleh teruskan. 

Lagipun madu ini adalah sejenis makanan, bukan ubat.

No comments:

Post a Comment