Sunday 17 May 2015

5 Tip Agar Anak Suka Makan Sayur




5 Tip Agar Anak Suka Makan Sayur

Cara mudah untuk memujuk anak kecil sukan makan sayur adalah dengan selalu menawarkan berbagai macam sayuran kepada mereka, terutamanya ketika usia belum genap 1 tahun lagi.

Semakin sering diberi sayur, semakin mereka menyukai sayuran. Sayuran sebaiknya diberi pada usia anak bermula 6 bulan hingga 12 bulan. Jika beri pada anak usia 1 tahun keatas, merek sudah tahu bagaimana nak menolak.

Bagaimana jika anak anda sudah berusia 1 tahun lebih? adakah mereka akan menolak sayur dalam makanan mereka? ikuti 5 tip yang saya ingin terapkan pada anda;

1. Hubungkan langsung anak anda ke sumber sayuran.

Mengajak anak kecil berkebun, menanam sayuran di keliling rumah secara tak langsung menarik minat anak kecil untuk lebih kenali sayuran.

Selain itu juga, kenalkan juga anak kecil sayuran semasa berbelanja di pasaraya.

2. Buatkan sayuran mudah terlihat

Tampilkan sayuran dalam pinggan makan anak anda dengan kreatif dan menarik. Menaikkan selera mereka untuk makan.

Biarkan juga mereka melayan sajian sayur tersebut.

3. Libatkan anak dalam proses memasak/menyediakan makanan

Anda boleh ajar atau bagi mereka terlibat dalam proses menyediakan makanan mereka.

4. Cipta resepi sayuran yang kreatif.

resepi ini mestilah yang dapat menonjolkan sayuran bukan menyembunyikan sayuran daripada makanan lain.

5. Cipta snek daripada sayuran.



=========================================
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment