Thursday, 14 January 2016

Penyakit Gout Dan Rawatan



Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".

Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asis urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipedemia Jenis IV, kencing manis dan darah tinggi.


Tanda penyakit Gout
  • Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi
  • Demam gred rendah
  • Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan
  • Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
  • Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.
  • Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Rawatan Gout 

adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. 


Rawatan serangan akut 

>> Rehatkan sendi semasa serangan gout. 

>> Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku. 

>> Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) 

>> Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor) Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.


Rawatan Jangka Panjang 

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik. 

Menjaga berat badan 

– kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan. 

Mengelakkan minuman keras. 

Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.


========================================


Kisah saya...

Saya punyai gout sejak usia 20-an lagi. Ada satu masa tahun 2012 saya terlantar 1 bulan akibat gout yang teruk.

Sehingga saya mendapat rawatan di Colombia Hospital, JB untuk dapatkan suntukan steroid dan pil steroid untuk susutkan bengkak gout.

Sejak itu, doktor advice untuk amalkan ubat aluprinol 4 biji sehari. itu pun sekadar cukup untuk turunkan kadar asid urik sehingga 0.48mmol sahaja. Jika lebih makan ubat ini, doktor beritahu akan rosakkan buah pinggang dengan lebih cepat.

Akibat asid urik terlalu tinggi, bukulali, ibu jari kaki telah naik bonjolan tophi (spt gambar diatas)

bermula bulan 5 , 2015 yang lepas, saya telah mencuba satu produk dari UIA yng mana saya sendiri berhubung dengan penyelidik nya sendiri.

Pada 1 bulan pertama, masih amalkan aluprinol, masuk bulan kedua saya dah berhenti ambil ubat aluprinol. 

Bulan ke tiga, saya dah mula mencuba makanan laut. Apa yang peliknya, bonjolan tophi semakin mengecut.

bulan 9 , 2015 ujian darah menunjukkan asid urik sekitar 0.45mmol tanpa ubat aluprinol.

dan terkini , ujuan darah bulan 12 , 2015 asid uruk saya 0.37 mmol , setelah amalkan triple t UIA ini selama 7 bulan.

Kini, gout saya terkawal dan dalam lingkungan normal tanpa ubat , hanya dengan teh herba saintifik dari UIA sahaja.

Untuk tahu lanjut, dan nak cuba istiqamah dengan triple t seperti saya sendiri, boleh hubungi saya , ameen 0176690694.




terima kasih.