Sunday, 26 April 2015

Sukatan Madu Untuk Anda




Berapakah sukatan jika saya ingin mengamalkannya setiap hari?

Sukatan yang saya cadangkan untuk diamalkan setiap hari ialah:

Untuk dewasa: 1 sudu besar dibancuh dengan kira-kira setengah cawan air suam.

Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas: 1 sudu teh dibancuh dengan sedikit air suam.

Untuk bayi sebelum berumur 1 tahun: beberapa titik madu dibancuh dengan sedikit air suam.
Dapatkan juga nasihat doktor untuk penggunaan bagi bayi setahun ke bawah.

Bagi sesetengah orang, mereka berasa panas selepas minum madu setiap hari. Apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan dosnya, tapi amalkan setiap hari.

Bagi penggunaan sebagai ubat atau penawar, ada dos-dos tertentu yang perlu di amalkan untuk kesan yang diharapkan.  Secara amnya, jika digunakan sebagai ubat atau penawar, perlu minum 3 kali sehari, dan dosnya mungkin 1 hingga 2 sudu besar setiap kali.


tip :

Bagaimana menggunakan madu ketika badan panas, bertujuan untuk sejukkan suhu badan?

>> tuang air kosong dalam satu gelas, kemudian masukkan madu asli 1 sudu, kacau hingga larut dan minum...in sya Allah dapat sejukkan badan. Jika nak lebih efektif, boleh dapatkan air zafaran keluaran kami untuk tujan sapu dan sejukkan badan.

Bagaimana menggunakan madu ketika cuaca sejuk, bertujuan panaskan badan?

>> Ambil 1 sudu madu dan masukkan dalam gelas, kemudian tuang air kosong dalam geas itu, kacau hingga larut dan minum....insya Allah dapat bantu panaskan badan

No comments:

Post a Comment