Friday, 5 December 2014

Merawat Luka Anak



Anak kecil sangat aktif, lompat sana sini...


Jika anak mengalami luka kecil yang tidak berbahaya, anda boleh merawat sendiri di rumah. Tetapi sekiranya luka yang dialami menyebabkan pendarahan teruk, segera bawa berjumpa doktor untuk rawatan lebih lanjut.


Apa perlu dilakukan?


Pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu. Bersihkan luka dengan cara meletakkan luka di bawah air yang mengalik atau mengelap kawasan di sekeliling luka dengan perlahan-lahan menggunakan pengelap antiseptik atau kapas yang direndam di dalam air hangat. Gunakan sekeping kapas yang bersih bagi setiap pengelapan. Jangan keluarkan sebarang benda yang terbenam dalam luka yang dialami oleh anak.

Sekiranya anak anda digigit oleh seekor haiwan, cuci luka gigitan dengan sempurna menggunakan sabun dan air.

Jika luka itu masih berdarah selepas lima minit, tekan sekeping pad, contohnya sehelai sapu tangan bersih, dengan kemas di atasnya selama beberapa minit.

Letakk sekeping plaster atau pembalut di atas luka untuk membantu melindungi luka dan memastikan luka bersih. Jangan letak sebarang salap antiseptik pada luka anak anda.

Pastikan luka itu ditutup dengan plaster berpelekat atau pembalut sehingga sembuh sepenuhnya. Ini dapat memastikan bahagian itu sentiasa embap dan membantu luka sembuh dengan lebih cepat. Tukar plaster atau pembalutnya setiap hari. Rendamkan plaster berpelekat di dalam air untuk mengeluarkannya dengan mudah.

--->>---<<--->>------<<-----

Anak selsema berhingus laju? Penyelesaian di sini >> www.khalifahmuda.com

No comments:

Post a Comment