Friday, 15 September 2017
Pengaruh Rokok Terhadap Tidur Anda
Anda seorang perokok? atau pernah merokok? Anda sebenarnya telah merosakkan pola tidur anda sendiri.
Tidur itu membantu anda lebih sihat, tetapi akibat cara hidup yang salah, anda telah merosakkan badan anda untuk mendapat rehat yang cukup.
6 pengaruh rokok terhadap tidur anda :
1. Ritma tidur anda terganggu / Kerap terkejut malam
2. Gangguan serta kesulitan untuk bernafas semasa tidur. Ini mengakibatkan berdengkur
3. Kerap bangun malam
4. Sukar tidur kerana nikotin berlebihan. Kajian menyatakan 1 batang rokok merugikan 2 minit masa tidur anda.
5. Mengakibatkan Insomnia
6. Mengakibatkan stress
Mulai sekarang, kurang kan merokok sikit demi sikit dan berhenti terus. Bila berhenti anda boleh lihat perbezaan kualiti tidur anda.
Wednesday, 13 September 2017
Penyebab Darah Tinggi Di usia Muda
Selamat pagi
Usia muda. Biasanya bertenaga, tetapi keadaan sekarang sudah berbeza. Ramai yang muda kini menghidap penyakit senyap ini, darah tinggi.
Saya akan berkongsi 8 penyebab utama tekanan darah tinggi dikalangan belia ataupun orang muda di negara ini :
1. Sering memakan makanan berlemak.
2. Sering minum alkohol
3. Sering merokok
4. Faktor keturunan
5. Kurangnya bersenam
6. Sering makan makanan tinggi garam/potassium.
7. masalah berat badan
8. Tekanan tempat kerja ataupun rumah @ kewangan
Bagaimana nak atasinya? Saya juga berkongsi pada anda...
1. Diet hipertensi - elakkan ambil makanan lebih garam dan kawal garam dalam masakan
2. Lakukan senaman @ aktiviti fizikal
3. Hindari penyebab darah tinggi
Mahukan suppliment yang terbaik mengawal serta mencegah darah tinggi?
Amalkan Triple T by Dr Azlan . Info lanjut terus berhubung dengan admin 0176690694 en amen
Wednesday, 6 September 2017
Apakah Ciri Utama Pemakanan Seimbang?
Apakah dia diet yang benar-benar sesuai untuk anda?
Untuk pastikan anda terima pemakanan yang sesuai malah bantu untuk menguruskan badan anda, yang penting pastikan diet seimbang itu benar-benar berkesan dan selamat.
Diet seimbang mampu bantu anda untuk singkirkan lemak di sekitar :
1. pipi
2. leher
3. lengan
4. perut
5. dada
6. punggung
7. peha
8. betis
9. jantung
10. buah pinggang
Ok, ini ciri-ciri utama pemakanan seimbang :
1. makanan halal
2. tanpa pengawet dan pewarna tiruan
3. mudah diikuti
4. tanpa rasa sakit
5. tanpa rasa lapar
6. cara pemakanan yang bantu tingkatkan tenaga
7. pemakanan yang bantu elakkan risiko penyakit kronik.
Anda boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang diet seimbang.
Kami bantu anda share ikut pengalaman kami sendiri dan ikut tahap kesihatan anda dan tahap fizikal anda.
Sunday, 3 September 2017
Kesan Serius Masalah Pemakanan
Pengambilan makanan berlebihan ataupun berkurangan boleh mengakibatkan masalah kesihatan dikalangan anak anda.
Masalah ini merangkumi masalah nutrisi seperti protien, karbohidrat, lemat dan vitamin.
1. Kekurangan makanan
Ambilan makanan yang kekurangan zat dan nutrien membantutkan perkembangan berat badan dan kognitif anak anda. Kanak kanak yang sering kekurangan zat ini adalah kekurangan vitamin, iron, mineral dan vitamin A.
Kanak-kanak yang kekurangan zat akan kerap sakit dan lemah sistem imun untuk melawan jangkitan.
2. Pemakanan berlebihan
Masalah ini timbuk apabila kanak-kanak yang suka ambil makanan yang tinggi kalori tetapi jarang bersenam.
Kanak-kanak yang biasanya mempunyai berat badan yang berlebihan, mudah menjadi obes apabila sudah remaja ataupun dewasa.
Obesiti ini lah berpunca masalah sakit jantung dan penyakit kronik yang lain seperti diabetes, darah tinggi dan kanser.
Berat badan berlebihan juga membawa kepada imej yang negatif pada kanak-kanak dan ianya boleh menurunkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.
Kesimpulannya, persediaan pemakanan harus lah seimbang seperti dalam piramid makanan. ini membolehkan anak anda mencuba pelbagai jenis kumpulan makanan.
Kurangkan ambilan lemak, garam dan gula.
terima kasih
BRO AMEEN
Saturday, 2 September 2017
Rahsia Urus Berat Badan Efektif
oleh : Bro Ameen
Tahu kah anda bahawa pengurusan badan yang salah menjadi faktor utama kenapa projek kelangsingan badan anda GAGAL.
Ramai yang suka menurun kan berat badan dengan menyekat makan, tidak makan kalori tinggi, ataupun tidak makan.
Kefahaman kepada diet seimbang dan makanan tinggi nutrien yang diperlukan oleh badan ada lah faktor utama menguruskan badan.
FAKTA perlu diketahui :
1. Punca kegemukan adalah pengambilan makanan yang tinggi kalori
2. Punca penyakit dalam badan adalah akibat darippada pemakanan harian anda.
3. Diet tak seimbang punca nutrien tak dapat dalam badan anda.
diet tak seimbang ---> kalori tinggi -----> masalah kegemukan
diet tak seimbang ----> makanan tak ada nutrisi ----> baadan lemah/penyakit serang
tapi....
Diet seimbang ----> kalori cukup ----> badan langsing
Diet seimbang ----> nutrien cukup -----> SIHAT/ cergas / boleh lawan penyakit
SENAMAN
1. Boleh ke kurus hanya dengan bersenam tanpa diet yang baik?
BOLEH YA! tapi...hanya kurus/langsing tetapi....badan jadi lemah dan lesu.
Kesimpulan di sini adalah...
aktiviti fizikal boleh meningkatkan penurunan berat badan anda. Manakala makanan seimbang memberi tenaga, nutrien untuk tubuh badan yang baik, yang diperlukan semasa aktiviti fizikal/bersenam mahupun selepas aktiviti fizikal/bersenam agar kecergasan anda konsisten.
Bagi orang yang obes, gemuk cara yang paling berkesan untuk diikuti adalah ambilan diet, makanan seimbang serta melakukan senaman atau aktiviti fizikal secara konsisten dan berterusan.
1. Boleh ke kurus hanya dengan bersenam tanpa diet yang baik?
BOLEH YA! tapi...hanya kurus/langsing tetapi....badan jadi lemah dan lesu.
Kesimpulan di sini adalah...
aktiviti fizikal boleh meningkatkan penurunan berat badan anda. Manakala makanan seimbang memberi tenaga, nutrien untuk tubuh badan yang baik, yang diperlukan semasa aktiviti fizikal/bersenam mahupun selepas aktiviti fizikal/bersenam agar kecergasan anda konsisten.
Bagi orang yang obes, gemuk cara yang paling berkesan untuk diikuti adalah ambilan diet, makanan seimbang serta melakukan senaman atau aktiviti fizikal secara konsisten dan berterusan.
sumber : http://lemondanlimau.blogspot.my/2017/08/rahsia-urus-berat-badan-efektif.html
Subscribe to:
Posts (Atom)