Pernahkah anda melihat kaki anda, saudara, kawan rapat anda mengalami kaki bengkak seperti ini?
Ini adalah antara gambar yang saya dapat tunjukkan pada pesakit yang menghidapi masalah buah pinggang. Bengkak ini biasanya melibatkan kedua-dua belah kaki. Bengkak ini juga tidak sakit, malah pesakit juga mampu untuk berjalan seperti biasa.
Apabila ditekan, ia akan melekuk kedalam. Ini berlainan dengan kebanyakan sangkaan orang yang menyangka pesakit buah pinggang akan mengadu sakit pinggang dan juga lenguh-lenguh yang biasanya disebabkan oleh otot-otot belakang yang penat.
Ini kisah saya selepas hari raya 2017. Semasa admin di pusat dialisis, 2 pesakit dialisis di pusat admin telah meniggal dunia. Maka 3 orang lagi telah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.
Sesak nafas akibat air telah penuhi badan dan telah masuk dalam paru-paru.
Apabila air masuk dalam paru-paru, maka sukarlah untuk bernafas. Pesakit akan tercungap-cungap untuk bernafas. Komplikasi ini sangat bahaya, boleh pengsan dan yang kritikal, boleh meninggal dunia.
Oleh itu, jika telah mendapat petanda seperti ini, bengkak kaki, bengkak angota badan, pergila buat checkup menyeluruh, supaya memudahkan anda mengurus kesihatan anda dan ahli keluarga lain tahu kondisi anda.
Jangan terus menjadi doktor sendiri dengan GOOGLE sendiri dan baca. Dapatkan tindakan, nasihat daripada pakar seperti doktor.
Ada beberapa tip untuk anda kurangkan bengkak air :
1. Hadkan minum harian anda. Minum berjadual.
2. Awas kepada pengambilan garam yang tinggi kerana boleh menyebabkan rasa haus.
3. Had kan pengambilan buah-buahan kerana ianya mengandungi air juga.
4. Awas pada pengambilan kafein.
5. Minum lah selepas makan, bukan makan bersulam dengan minum air.
Ambilan air sangat berbeza dengan ambilan makanan. Jika dah dapati buah pinggang dah mulai rosak, sukar untuk proses pembuangan air dalam darah kerana proses buah pinggang tidak efektif.
Makanan yang diambil, biasanya akan dibuang terus menjadi najis, melalui usus besar dan kecil. Tetapi juga awas pada air tersembunyi dalam makanan pejal anda!
Ok. Sekian sahaja info yang saya nak kongsi pada anda. Moga menjadi panduan untuk anda semua!
Terima kasih
En Ameen
ESRD 2015
===
Triple T juga bantu untuk mengeluarkan air berlebihan dalam badan. Pengalaman penulis yang hingga kini masih buang air kecil walaupun ESRD. Masih mampu minum air lebih untuk badan.
Boleh hubungi En Ameen 017 669 0694 berkongsi pengalaman amalkan Triple T.
No comments:
Post a Comment