Wednesday, 1 November 2017
Sel Darah Merah
Hemoglobin
Adalah protien kompleks yang terdiri dari protien, globin dan pigmen yang mengandungi zat besi.
Fungsinya ;
1. bertugas membawa oksigen yang kaya dengan zat besi dalam sel darah merah.
2. Menentukan golongan darah
3. Menjaga kekebalan sistem badan manusia
4. Membantu pelebaran pembuluh darah
5. Pengatur suhu tubuh
6. Mengangkat karbon dioksida
Cara meningkat kan sel darah merah :
1. Makan makanan yang kaya zat besi
- kekacang
- bayam
- kuning telur
- daging merah
2. Makan makanan seperti kerang, coklat, hati
3. Makanan tinggi Folate
- iaitu vitamin B9 , ianya membantu produksi sel darah merah
4. Makan makanan tinggi vitamin A
- membantu perkembangan sel yang menjadi sel darah merah di dalam sum sum tulang
5. Makanan juga vitamin C
- Vitamin C membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap zat beli lebih banyak, dengan ini meningkatkan lagi produktiviti sel darah merah.
6. Lakukan senaman setiap hari - bantu jantung untuk lebih aktif dan tingkatkan oksigen dalam badan
7. Tinggalkan merokok - ganggu aliran darah merah
8. Tinggalkan alkohol - alkohol ini menyebabkan darah menjadi lambat mengalir, dan mengurangi sel darah merah.
9. Dapatkan pemindahan darah - jika perlu
Jika dapati darah merah anda kurang, boleh la gunakan tip tip di atas. Tetapi pastikan kesihtan anda baik dan bebas masalah buah pinggang.
Terima kasih
en ameen
Thursday, 19 October 2017
Dah Dialisis Tapi Kenapa Kreatenin Tak Turun Normal?
Ramai yang bertanya kepada kami, kenapa kreatenin akan kekal tinggi walaupun sudah dialisis bertahun lamanya? Sepatutnya dah 'cuci darah' , patut level kreatenin boleh turun terus tahap 1 ataupun jadi normal?
Tuan puan yagn baik hati sekelian, saya akan terangkan secara ringkas wujudnya kreatenin ini.
Kreatenin wujud hasil daripada sisa protien yang tidak digunakan oleh tubuh badan. Ianya akan salur keluar ke dalam air kencing setelah ditapis oleh buah pinggang.
Biasanya, individu normal di bawah 100mmol sahaja.
Tetapi, jika anda seorang yang kuat bersenam dan ambil makanan tambahan protien, kreatenin anda mungkin tinggi. Tetapi tak perlu risau kerana ianya bersifat sementara.
Tetapi bagi yang ada masalah buah pinggang, lebihan kreatenin ini tidak dapat dikeluarkan dan ianya terkumpul dalam darah mereka.
Ini mengakibatkan komplikasi yang tinggi terhadap fungsi buah pinggang.
Bagi individu yang sudah dialisis pula, kreatenin level mereka akan sama ataupun kurang sedikit sahaja kerana, pola pemakanan atau diet pesakit dialisis memerlukan ambilan protien 2 kali ganda daripada keperluan harian mereka (selepas dialisis) , manakala hari tiada dialisis, ikut sukatan protien sebesar tapak tangan sahaja.
Ini bertujuan untuk menggantikan nutrien dalam badan selepas dialisis.
Mereka ini dah la buah pinggang tidak dapat menapis kreatenin lagi, masuk lagi protien yang banyak, dan mereka tidak digalakan bersenam dengan intensif , oleh itu, sisa kreatenin terus terkumpul dalam darah.
Dan ini lah yang menyebabkan kreatenin dalam darah tetap tinggi.
Bagaimana nak atasinya?
1. Ambil protien daripada daging putih dan cukup cukup sahaja.
2. Bersenam ringan untuk bantu otot bergerak dan membakar protien itu.
Kesimpulannya, walaupun sudah dialisis, tahap kreatenin akan masih tinggi. Tetapi dengan pengurusan pemakanan yang baik dan pengurusan kehidupan yang baik, anda boleh nampak lebih sihat daripada sebelumnya.
Pengambilan suppliment herba seperti TRIPLE T BY DR AZLAN boleh menbantu kesihatan anda. Lebih bertenaga dan mampu untuk mengawal tekanan darah dan gula dalam badan anda, terutamanya bagi pesakit dialisis.
Malah ada pengalaman pengguna kami yang makin turun kreatenin mereka berbanding mereka yang sudah dialisis bertahun lamanya. Malah ada yang makin tinggi level kreatenin.
Boleh terus consult dengan team kami.
Pn Annum 012 632 5669
En Ameen 017 669 0694
terima kasih
En Ameen
Friday, 15 September 2017
Pengaruh Rokok Terhadap Tidur Anda
Anda seorang perokok? atau pernah merokok? Anda sebenarnya telah merosakkan pola tidur anda sendiri.
Tidur itu membantu anda lebih sihat, tetapi akibat cara hidup yang salah, anda telah merosakkan badan anda untuk mendapat rehat yang cukup.
6 pengaruh rokok terhadap tidur anda :
1. Ritma tidur anda terganggu / Kerap terkejut malam
2. Gangguan serta kesulitan untuk bernafas semasa tidur. Ini mengakibatkan berdengkur
3. Kerap bangun malam
4. Sukar tidur kerana nikotin berlebihan. Kajian menyatakan 1 batang rokok merugikan 2 minit masa tidur anda.
5. Mengakibatkan Insomnia
6. Mengakibatkan stress
Mulai sekarang, kurang kan merokok sikit demi sikit dan berhenti terus. Bila berhenti anda boleh lihat perbezaan kualiti tidur anda.
Wednesday, 13 September 2017
Penyebab Darah Tinggi Di usia Muda
Selamat pagi
Usia muda. Biasanya bertenaga, tetapi keadaan sekarang sudah berbeza. Ramai yang muda kini menghidap penyakit senyap ini, darah tinggi.
Saya akan berkongsi 8 penyebab utama tekanan darah tinggi dikalangan belia ataupun orang muda di negara ini :
1. Sering memakan makanan berlemak.
2. Sering minum alkohol
3. Sering merokok
4. Faktor keturunan
5. Kurangnya bersenam
6. Sering makan makanan tinggi garam/potassium.
7. masalah berat badan
8. Tekanan tempat kerja ataupun rumah @ kewangan
Bagaimana nak atasinya? Saya juga berkongsi pada anda...
1. Diet hipertensi - elakkan ambil makanan lebih garam dan kawal garam dalam masakan
2. Lakukan senaman @ aktiviti fizikal
3. Hindari penyebab darah tinggi
Mahukan suppliment yang terbaik mengawal serta mencegah darah tinggi?
Amalkan Triple T by Dr Azlan . Info lanjut terus berhubung dengan admin 0176690694 en amen
Wednesday, 6 September 2017
Apakah Ciri Utama Pemakanan Seimbang?
Apakah dia diet yang benar-benar sesuai untuk anda?
Untuk pastikan anda terima pemakanan yang sesuai malah bantu untuk menguruskan badan anda, yang penting pastikan diet seimbang itu benar-benar berkesan dan selamat.
Diet seimbang mampu bantu anda untuk singkirkan lemak di sekitar :
1. pipi
2. leher
3. lengan
4. perut
5. dada
6. punggung
7. peha
8. betis
9. jantung
10. buah pinggang
Ok, ini ciri-ciri utama pemakanan seimbang :
1. makanan halal
2. tanpa pengawet dan pewarna tiruan
3. mudah diikuti
4. tanpa rasa sakit
5. tanpa rasa lapar
6. cara pemakanan yang bantu tingkatkan tenaga
7. pemakanan yang bantu elakkan risiko penyakit kronik.
Anda boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang diet seimbang.
Kami bantu anda share ikut pengalaman kami sendiri dan ikut tahap kesihatan anda dan tahap fizikal anda.
Sunday, 3 September 2017
Kesan Serius Masalah Pemakanan
Pengambilan makanan berlebihan ataupun berkurangan boleh mengakibatkan masalah kesihatan dikalangan anak anda.
Masalah ini merangkumi masalah nutrisi seperti protien, karbohidrat, lemat dan vitamin.
1. Kekurangan makanan
Ambilan makanan yang kekurangan zat dan nutrien membantutkan perkembangan berat badan dan kognitif anak anda. Kanak kanak yang sering kekurangan zat ini adalah kekurangan vitamin, iron, mineral dan vitamin A.
Kanak-kanak yang kekurangan zat akan kerap sakit dan lemah sistem imun untuk melawan jangkitan.
2. Pemakanan berlebihan
Masalah ini timbuk apabila kanak-kanak yang suka ambil makanan yang tinggi kalori tetapi jarang bersenam.
Kanak-kanak yang biasanya mempunyai berat badan yang berlebihan, mudah menjadi obes apabila sudah remaja ataupun dewasa.
Obesiti ini lah berpunca masalah sakit jantung dan penyakit kronik yang lain seperti diabetes, darah tinggi dan kanser.
Berat badan berlebihan juga membawa kepada imej yang negatif pada kanak-kanak dan ianya boleh menurunkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut.
Kesimpulannya, persediaan pemakanan harus lah seimbang seperti dalam piramid makanan. ini membolehkan anak anda mencuba pelbagai jenis kumpulan makanan.
Kurangkan ambilan lemak, garam dan gula.
terima kasih
BRO AMEEN
Saturday, 2 September 2017
Rahsia Urus Berat Badan Efektif
oleh : Bro Ameen
Tahu kah anda bahawa pengurusan badan yang salah menjadi faktor utama kenapa projek kelangsingan badan anda GAGAL.
Ramai yang suka menurun kan berat badan dengan menyekat makan, tidak makan kalori tinggi, ataupun tidak makan.
Kefahaman kepada diet seimbang dan makanan tinggi nutrien yang diperlukan oleh badan ada lah faktor utama menguruskan badan.
FAKTA perlu diketahui :
1. Punca kegemukan adalah pengambilan makanan yang tinggi kalori
2. Punca penyakit dalam badan adalah akibat darippada pemakanan harian anda.
3. Diet tak seimbang punca nutrien tak dapat dalam badan anda.
diet tak seimbang ---> kalori tinggi -----> masalah kegemukan
diet tak seimbang ----> makanan tak ada nutrisi ----> baadan lemah/penyakit serang
tapi....
Diet seimbang ----> kalori cukup ----> badan langsing
Diet seimbang ----> nutrien cukup -----> SIHAT/ cergas / boleh lawan penyakit
SENAMAN
1. Boleh ke kurus hanya dengan bersenam tanpa diet yang baik?
BOLEH YA! tapi...hanya kurus/langsing tetapi....badan jadi lemah dan lesu.
Kesimpulan di sini adalah...
aktiviti fizikal boleh meningkatkan penurunan berat badan anda. Manakala makanan seimbang memberi tenaga, nutrien untuk tubuh badan yang baik, yang diperlukan semasa aktiviti fizikal/bersenam mahupun selepas aktiviti fizikal/bersenam agar kecergasan anda konsisten.
Bagi orang yang obes, gemuk cara yang paling berkesan untuk diikuti adalah ambilan diet, makanan seimbang serta melakukan senaman atau aktiviti fizikal secara konsisten dan berterusan.
1. Boleh ke kurus hanya dengan bersenam tanpa diet yang baik?
BOLEH YA! tapi...hanya kurus/langsing tetapi....badan jadi lemah dan lesu.
Kesimpulan di sini adalah...
aktiviti fizikal boleh meningkatkan penurunan berat badan anda. Manakala makanan seimbang memberi tenaga, nutrien untuk tubuh badan yang baik, yang diperlukan semasa aktiviti fizikal/bersenam mahupun selepas aktiviti fizikal/bersenam agar kecergasan anda konsisten.
Bagi orang yang obes, gemuk cara yang paling berkesan untuk diikuti adalah ambilan diet, makanan seimbang serta melakukan senaman atau aktiviti fizikal secara konsisten dan berterusan.
sumber : http://lemondanlimau.blogspot.my/2017/08/rahsia-urus-berat-badan-efektif.html
Friday, 7 July 2017
Ferrous Fumarate
Ferrous Fumarate adalah sejenis besi. Biasanya, anda mendapat zat besi daripada makanan yang anda makan. Di dalam badan anda, besi menjadi sebahagian daripada hemoglobin anda (heem o glo bin) dan myoglobin (MY o glo bin). Hemoglobin membawa oksigen melalui darah ke tisu-tisu dan organ-organ. Myoglobin membantu sel-sel otot anda menyimpan oksigen.
Ferrous Fumarate digunakan untuk merawat anemia kekurangan zat besi (kekurangan sel darah merah yang disebabkan oleh mempunyai besi terlalu sedikit dalam badan).
Ikut semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan mengambil ubat ini dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.
Ambil Ferrous Fumarate dengan perut kosong, sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan. Elakkan mengambil antasid atau antibiotik dalam masa 2 jam sebelum atau selepas mengambil Ferrous Fumarate.
Ambil ubat ini dengan segelas penuh air.
Jangan hancurkan, mengunyah, atau memecahkan fumarate tablet ferus. Menelannya keseluruhan.
- Sembelit
- Najis gelap atau hijau
- Cirit-birit
- Hilang selera makan
- Loya
- Kejang perut
===
Untuk yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang, ubat ini sangat penting bagi anda, ianya membantu untuk menaikkan Hemoglobin anda. Dapatkan nasihat pakar nepho anda.
Monday, 3 July 2017
Berat Air Atau Berat Lemak?
Pernahkah anda melihat kaki anda, saudara, kawan rapat anda mengalami kaki bengkak seperti ini?
Ini adalah antara gambar yang saya dapat tunjukkan pada pesakit yang menghidapi masalah buah pinggang. Bengkak ini biasanya melibatkan kedua-dua belah kaki. Bengkak ini juga tidak sakit, malah pesakit juga mampu untuk berjalan seperti biasa.
Apabila ditekan, ia akan melekuk kedalam. Ini berlainan dengan kebanyakan sangkaan orang yang menyangka pesakit buah pinggang akan mengadu sakit pinggang dan juga lenguh-lenguh yang biasanya disebabkan oleh otot-otot belakang yang penat.
Ini kisah saya selepas hari raya 2017. Semasa admin di pusat dialisis, 2 pesakit dialisis di pusat admin telah meniggal dunia. Maka 3 orang lagi telah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.
Sesak nafas akibat air telah penuhi badan dan telah masuk dalam paru-paru.
Apabila air masuk dalam paru-paru, maka sukarlah untuk bernafas. Pesakit akan tercungap-cungap untuk bernafas. Komplikasi ini sangat bahaya, boleh pengsan dan yang kritikal, boleh meninggal dunia.
Oleh itu, jika telah mendapat petanda seperti ini, bengkak kaki, bengkak angota badan, pergila buat checkup menyeluruh, supaya memudahkan anda mengurus kesihatan anda dan ahli keluarga lain tahu kondisi anda.
Jangan terus menjadi doktor sendiri dengan GOOGLE sendiri dan baca. Dapatkan tindakan, nasihat daripada pakar seperti doktor.
Ada beberapa tip untuk anda kurangkan bengkak air :
1. Hadkan minum harian anda. Minum berjadual.
2. Awas kepada pengambilan garam yang tinggi kerana boleh menyebabkan rasa haus.
3. Had kan pengambilan buah-buahan kerana ianya mengandungi air juga.
4. Awas pada pengambilan kafein.
5. Minum lah selepas makan, bukan makan bersulam dengan minum air.
Ambilan air sangat berbeza dengan ambilan makanan. Jika dah dapati buah pinggang dah mulai rosak, sukar untuk proses pembuangan air dalam darah kerana proses buah pinggang tidak efektif.
Makanan yang diambil, biasanya akan dibuang terus menjadi najis, melalui usus besar dan kecil. Tetapi juga awas pada air tersembunyi dalam makanan pejal anda!
Ok. Sekian sahaja info yang saya nak kongsi pada anda. Moga menjadi panduan untuk anda semua!
Terima kasih
En Ameen
ESRD 2015
===
Triple T juga bantu untuk mengeluarkan air berlebihan dalam badan. Pengalaman penulis yang hingga kini masih buang air kecil walaupun ESRD. Masih mampu minum air lebih untuk badan.
Boleh hubungi En Ameen 017 669 0694 berkongsi pengalaman amalkan Triple T.
Monday, 26 June 2017
Awas Makanan Berikut Di Musim Perayaan
Ini adalah tips yang boleh membantu anda memantau pemakanan anda pada musim perayaan ini:-
PROTEIN
Sumber protein boleh didapati dari ayam, daging, ikan, telur, makanan laut dan kekacang. Kebanyakan makanan yang disediakan pada musim Aidilfitri seperti daging / ayam rendang, serunding, laksa, kuah kacang dan lontong yang dihidangkan dengan tempe, tauhu, udang dan sotong sambal. Hidangan ini mengandungi sumber protein yang tinggi.
Untuk pesakit predialysis buah pinggang kronik, mengurangkan pengambilan protein boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang kronik. Pakar pemakanan boleh membantu anda menentukan jumlah protein yang sesuai untuk anda.
Bagi pesakit Hemodialisis dan Peritoneal Dialisis, pengambilan protein yang lebih tinggi adalah diperlukan. TETAPI ingatlah bahawa kebanyakan hidangan ini tinggi dalam lemak (minyak & santan).
Bagi pesakit Hemodialisis dan Peritoneal Dialisis, pengambilan protein yang lebih tinggi adalah diperlukan. TETAPI ingatlah bahawa kebanyakan hidangan ini tinggi dalam lemak (minyak & santan).
FOSFAT
Kebanyakan hidangan semasa Aidilfitri mengandungi fosfat yang tinggi. Ini adalah perkara penting yang perlu anda tahu sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Makanan yang mengandungi santan atau kerisik seperti daging / ayam rendang, kuah lodeh dan mee kari Jangan menghabiskan semua kuah. Pengambilan kuah separuh mangkuk boleh mengurangkan separuh pengambilan fosfat.
Kuah kacang yang dibuat daripada kacang tanah. Ia biasanya dimakan bersama dengan nasi impit atau sate Jadi, janganlah menuang dengan banyak kuah kacang pada nasi Impit / sate, anda boleh mecelup nasi impit / sate ke dalam kuah yang diisi dalam mangkuk kecil semasa makan.
Mee rebus disediakan daripada bahan yang mengandungi fosfat yang tinggi seperti kacang dan kentang Jangan menghabiskan semua kuah; hanya makan mee dengan bahan-bahan lain di dalam mee rebus.
Kandungan kuning telur yang tinggi dalam pelbagai kek, muffin dan cookies.
Minuman berkarbonat juga mengandungi fosfat yang tinggi. Anda boleh meminta air kosong sebagai minuman alternatif.
Mesti sentiasa membawa ubat pengikat fosfat bersama dan ingatlah untuk mengambil ia dengan hidangan utama anda.
Rancang pemakanan anda, dengan hanya mengambil 3 hidangan utama dan 2-3 snek.
Mesti sentiasa membawa ubat pengikat fosfat bersama dan ingatlah untuk mengambil ia dengan hidangan utama anda.
Rancang pemakanan anda, dengan hanya mengambil 3 hidangan utama dan 2-3 snek.
GULA
Pengambilan gula yang tinggi akan meningkatkan paras glukosa darah bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis. Tetapi bagi pesakit CKD yang tidak menghidapi penyakit kencing manis, adalah lebih baik jika anda boleh mengurangkan pengambilan gula. Ini adalah kerana paras glukosa dalam darah yang tinggi akan menyebabkan dahaga dan pengambilan cecair sukar dikawal.
Berhati-hatilah dengan pengambilan makanan pencuci-mulut, puding, kek, muffin dan pelbagai biskut yang mengandungi gula dan coklat yang tinggi.
sumber : facebook Dr Zubaidi
==============
pengambilan diet yang betul walaupun musim perayaan serta amalkan triple t dapat bantu proses pemulihan tidak tergendala.
wassap atau cal kami utk info lanjut...
0126325669 Pn Anum
0176690694 En Ameen
Friday, 9 June 2017
Aktiviti Fizikal Untuk Pesakit Diabetes dan Hypertensi
Saya akan berkongsi pada anda kepentingan aktiviti fizikal khas untuk pesakit diabetes.
- Mengekalkan paras glukosa darah dalam julat sasaran yang diingini.
- Menggalakkan hormon insulin untuk serap gluksa ke dalam sel-sel seluruh tubuh, termasuk otot untuk menghasilkan tenaga. Otot menggunakan glukosa dengan lebih baik berbanding lemak .
- Membantu mencegah peningkatan glukosa darah.
- Jika badan tidak menghasilkan cukup insulin atau jika insulin tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya, sel-sel badan tidak dapat memproses glukosa menyebabkan ia meningkat dan seterusnya menyumbang kepada diabetes tidak terkawal.
- Menjalani hidup lebih tenang dan tiada tekanan.
Aktiviti ini juga membantu pesakit :
- Mengurangkan risiko NCD yang lain
- Mendapatkan berat badan unggul
- Meningkatkan stamina
- Meningkatkan fungsi pergerakan sendi
- Memantapkan otot
- Mengurangkan stres
Aktiviti fizikal membantu pesakit hypertensi :
- Bersenam akan menguatkan jantung. Apabila jantung kuat, ia boleh pam darah lebih banyak dengan mudah. Ia bantu menurunkan atau mengawal tekanan darah.
- Melancarkan saluran darah
- Menguatkan otot dan membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik
- Mengurangkan tekanan dan depresi
Tip untuk hidup lebih sihat :
- Berjalan di semasa bercakap di telefon.
- Bersiar-siar di taman rekreasi.
- Berjalan-jalan melalui kawasan kejiranan anda.
- Apabila anda menonton TV, bangun & berjalan di sekitar bilik semasa iklan.
- Lakukan kerja rumah seperti berkebun, mengemas rumah atau mencuci kenderaan .
- Meletak kenderaan jauh daripada pintu masuk kompleks beli belah atau pejabat.
- Menggunakan tangga.
- Melakukan regangan secara tetap.
Sekiranya pesakit diabetes atau hypertensi mengikut senaman yang disarankan oleh doktor atau pakar, Itu tidak mustahil mereka dapat menjalani kehidupan lebih sihat seperti orang lain.
sekian.
En Ameen
Friday, 2 June 2017
Amalan Bijak Pemakanan Anak Pra Sekolah
Memang tidak dapat dinafikan, amalan makan secara sihat adalah penting bagi kanak-kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun. Ianya bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya, tetapi juga untuk mereka kekal cergas dan aktif.
Makanan yang sihat dan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia:
- Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan;
- Membekalkan tenaga untuk mereka menjalankan aktiviti fizikal;
- Membantu menguatkan sistem ketahanan badan yang dapat menghalang mereka dari mendapat jangkitan penyakit.
- Walaupun bermula usia 1 tahun kanak-kanak seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga, kebiasaannya di peringkat usia ini minat untuk mereka makan akan menurun kerana terpengaruh dan teruja dengan keadaan sekeliling. Anda tidak harus bimbang. Berikan mereka lebih perhatian dan layanilah mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
- Pupuk amalan makan secara sihat sejak anak kecil lagi.Berikan anak anda makanan yang berkhasiat mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia. Piramid Makanan menekankan pengambilan pelbagai jenis makanan yang dapat membantu kanak-kanak memperolehi semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan harian berpandukan saranan Piramid Makanan Malaysia:
Kumpulan 1: Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin serta ubi-ubian
Kumpulan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada mereka. Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat . Nasi, mi, roti, pasta, bubur, capati dan biskut adalah makanan daripada kumpulan ini.
Kumpulan 2: Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat yang dapat membantu mencegah jangkitan penyakit dan mengelakkan sembelit.
Kumpulan 3: Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang
Makanan dalam kumpulan ini membekalkan protein, vitamin B dan mineral. Ia diperlukan untuk pertumbuhan kanak-kanak.
Kumpulan 4: Susu dan produk tenusu
Makanan daripada kumpulan ini kaya dengan kalsium dan protein. Ia diperlukan untuk membina tulang dan gigi. Pastikan kanak-kanak minum susu setiap hari.
Kumpulan 5: Lemak, minyak, gula dan garam
Pastikan kanak-kanak mengurangkan pengambilan makanan daripada kumpulan ini.
- Latih anak anda makan pada waktu yang tetap setiap hari.Pastikan mereka makan 3 hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan berikan snek di antara waktu makan utama ini. Susu adalah salah satu contoh snek berkhasiat dan sesuai dihidangkan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, elakkan memberi snek menghampiri waktu makan utama. Ini kerana anak anda mungkin berasa kenyang dan enggan makan makanan utama mereka setelah mengambil snek yang diberi terlalu hampir dengan waktu makan utama.
- Selia anak anda ketika mereka makan. Bagi kanak-kanak yang kurang berminat untuk makan, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan mereka makan. Di antaranya ialah:
2) Berikan masa untuk mereka menikmati hidangan. Jangan terburu -buru.
3) Beri pujian kepada mereka jika mereka memilih makanan yang berkhasiat.
4) Berikan kanak-kanak makanan mengikut sukatan yang disarankan.
5) Jika memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan susu bersama-sama makanan tersebut.
6) Berikan makanan sebaik sahaja mereka berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama, kemungkinan selera mereka akan hilang.
7) Jangan memaksa mereka makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan memberi pengalaman makan yang tidak menyeronokkan. Keadaan ini mungkin menyebabkan masalah kepada tabiat makan mereka di kemudian hari.
8) Jangan berikan anak banyak minuman sebelum atau semasa menikmati hidangan kerana ia boleh mengganggu selera makan.
3) Beri pujian kepada mereka jika mereka memilih makanan yang berkhasiat.
4) Berikan kanak-kanak makanan mengikut sukatan yang disarankan.
5) Jika memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan makanan yang berkhasiat seperti sayur dan susu bersama-sama makanan tersebut.
6) Berikan makanan sebaik sahaja mereka berasa lapar. Jika kanak-kanak menunggu terlalu lama, kemungkinan selera mereka akan hilang.
7) Jangan memaksa mereka makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan memberi pengalaman makan yang tidak menyeronokkan. Keadaan ini mungkin menyebabkan masalah kepada tabiat makan mereka di kemudian hari.
8) Jangan berikan anak banyak minuman sebelum atau semasa menikmati hidangan kerana ia boleh mengganggu selera makan.
- Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti di luar atau untuk beriadah bersama keluarga, sediakan makanan ringkas seperti telur rebus, sandwic atau buah kering untuk dihidangkan. Susu atau air suam adalah lebih baik daripada minuman berkarbonat atau minuman manis.
- Untuk menceriakan lagi suasana, ajaklah anak-anak anda menyediakan makanan yang ringkas, membantu menghidangkan makanan dan mengemas meja.
sumber rujukan : http://www.myhealth.gov.my/7-amalan-bijak-memberikan-makanan-kepada-kanak-prasekolah/
Wednesday, 31 May 2017
Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Dialisis
Buah pinggang adalah salah satu daripada organ yang penting di dalam tubuh kita. Buah Pinggang mempunyai berbagai fungsi, salah satu fungsinya ialah untuk mengeluarkan bahan buangan dihasilkan oleh tubuh kita daripada makanan yang kita makan. Sesetengah makanan menghasilkan lebih banyak bahan buangan berbanding dengan makanan yang lain.
Walaupun haemodialisis direka untuk menggantikan fungsi buah pinggang, tetapi terdapat juga makanan yang perlu dikawal.
Walaubagaimanapun, adalah penting bagi pesakit untuk makan dengan sempurna dan betul untuk mencapai serta mengekalkan berat badan yang sesuai dan untuk menjamin kesihatan yang baik.
Objektif penjagaan makanan bagi pesakit dialisis adalah :
-mengelakkan pengumpulan bahan buangan beracun yang berlebihan
-mencapai/mengekalkan berat badan yang sesuai
-mencapai/mengekalkan paras haemoglobin(HB) yang normal
-mengawal tekanan darah
-menghindarkan denyutan jantung yang tidak teratur
-mengelakkan penyakit tulang
-mengelakkan pengumpulan air
BERIKUT ADALAH PANDUAN YANG BERGUNA UNTUK ANDA MEMILIH MAKANAN SECARA BIJAK
a) Protein
Kuantiti protein yang diperlukan oleh badan bergantung kepada :
# Saiz badan
# Umur
# Status kesihatan
Kuantiti protein yang diperlukan oleh badan bergantung kepada :
# Saiz badan
# Umur
# Status kesihatan
Pesakit dialisis dinasihatkan supaya melebihkan protein agar dapat :
# menggantikan protein yang hilang semasa rawatan dialisis
# badan sihat
# memastikan tiada kesusutan otot badan
# membantu melawan jangkitan kuman
* Ingat, makan ubat pengikat fosforus semasa waktu makan!!
Berhati-hati kerana pengambilan protein yang berlebihan akan meningkatkan tahap phosphate dalam darah.
Sumber Makanan
1) Protein Haiwan
¤ contoh: Telur, ikan, daging & ayam
(buangkan kulit dan lemak)
2) Protein Tumbuhan
¤ contoh : Dhal, kekacang, tofu & tempeh
Pesakit dialisis digalakkan supaya pilih protein sumber haiwan kerana kuantiti kandungan protein adalah lebih tinggi berbanding sumber protein tumbuhan.
2) Fosforus (phosphate)
Sejenis mineral yang didapati di dalam badan kita dan sesetengah makanan. Tahap fosforus yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan :
# masalah tulang dan jantung
# penyakit tulang rapuh
# tisu badan menjadi keras ( jantung, arteri, sendi, kulit atau peparu)
# kulit gatal
kawal Tahap Fosforus :
1) Pengikat fosforus
- makan ubat kalsium karbonat semasa makan ( ubat ini berfungsi sebagai span dan ia menyerap fosforus daripada makanan di dalam perut dan terus disingkirkan melalui najis )
2) Dialisis
- Dialisis hanya dapat singkirkan sebahagian kandungan fosforus dari darah
3) Diet
Elak Makanan Tinggi Fosforus
¤ kuning telur
¤ susu & hasil tenusu (keju)
¤ dhal, kacang merah, kacang kuda dll
¤ cendawan
¤ ikan bilis
¤ udang kering
¤ kaki ayam/ tulang
¤ kerang, tiram, lala, ketam
¤ oat, roti gandum, biskut tinggi serat
¤ kola & minuman koko
¤ coklat & kek coklat
3) Potassium
¤ Tahap potassium yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan :
# muntah
# lemah
# degupan jantung abnormal
# jantung gagal berfungsi
Elak makanan tinggi potassium seperti :
a) Sayur- sayuran
- Bayam, paku pakis, jering, petai, ubi kentang, kailan, cekur manis, tomato
b) Buah-buahan
- pisang, oren, nangka,ciku, langsat,durian, tembikai madu, plum, anggur, santan kelapa, air kelapa
Pilih makanan rendah potassium
a) Sayur-sayuran
- Lobak putih, kangkung, bendi, kubis, taugeh, timun
b) Buah- buahan
- Epal, Betik, tembikai, manggis, jambu batu, pir, laici, mangga, rambutan, kedondongan
* Jika pesakit tidak menjalani rawatan dialisis, ini akan menyebabkan peningkatan potassium dan ini menyebabkan jantung pesakit berhenti berdegup.
4) Sodium ( Garam )
Tahap sodium yang tinggi menyebabkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan dan ini boleh :
# meningkatkan tekanan darah
# pembengkakkan pada bahagian kaki, tangan dan muka
# rasa kurang selesa semasa rawatan dialisis
Tip kurangkan garam dengan cara bijak :
1) Elakkan tabiat menambah garam, kicap, sos cili atau sos tomato semasa makan.
2) Tambahkan rasa dengan penggunaan herba dan rempah ratus seperti lada hitam, jintan dll
3) Hadkan pengambilan makanan yang diproses seperti sosej, keropok, makanan tin, mee segera dll.
4) Pesan makanan disediakan kurang garam, tanpa garam atau tanpa MSG. Minta sos disediakan secara berasingan.
kandungan sodium dalam makanan
a) Tinggi Sodium
- kiub perisa, MSG, sos (kicap, tiram,tomato) ,asam jawa, serbuk penaik, belacan, budu, taucu, telur masin, ikan masin, sayur masin,sotong kering, udang kering, ikan bilis, jeruk buah-buahan, mee segera, makanan dalam tin, keropok ikan, dll.
b) Rendah Sodium
- Jus lemon, cuka, madu, bawang, serai, lada hitam, jintan, keropok & biskut tanpa garam, buah-buahan segar yang rendah sodium, makanan segar & tidak diproses (daging, ayam, ikan )
* Awas!! Garam dalam makanan
5) Air
Walaupun rawatan dialisis dapat menyingkirkan air dari badan, namun ia tidak dapat menyingkirkan air sebaik seperti buah pinggang yang sihat.
Komplikasi air berlebihan :
¤ Bengkak pada bahagian badan (kaki, tangan, muka dan sekeliling bahagian muka)
¤ Tekanan darah tinggi
¤ Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba (sering berlaku semasa hemodialisis)
¤ Kesukaran untuk bernafas disebabkan pengumpulan air di dalam peparu
¤ Masalah jantung termasuk jantung berdebar, lemah jantung dan jantung bengkak
Berapa banyak air yang boleh diminum??
# Minum 500ml sehari termasuk jumlah isipadu air kencing dikeluarkan hari sebelumnya.
Tip- tip kawal pengambilan air :
# Elak makanan tinggi kandungan garam dan makanan pedas
# Berhati-hati terhadap makanan di mana kandungan airnya tersembunyi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sup, kuah kari, ais krim, puding, jeli dll
# Guna cawan atau gelas bersaiz sederhana apabila minum
# Cuba hisap ketulan ais dalam mulut.Boleh bekukan air dari kuantiti air yang dibenarkan
* satu ketulan ais mengandungi 10 ml air
# Elak rasa dahaga dengan amalkan tabiat memberus gigi atau menggunakan pencuci mulut.
# Jika pesakit menghidap kencing manis pastikan paras gula dalam darah terkawal.Ini kerana kandungan gula yang tinggi akan meningkatkan rasa dahaga.
Baiklah...ini yang perlu seorang pesakit dialisis kawal. Seperti yang telah disebut di atas, objektifnya adalah untuk mengekalkan kesihatan lebih baik.
Sekian Terima kasih.
:. sumber : http://galgurl87.blogspot.my/2013/08/panduan-makanan-untuk-pesakit-dialisis_9.html
Anda boleh komen Di bawah terus menggunakan FB anda!
.
Anda boleh komen Di bawah terus menggunakan FB anda!
.
Friday, 26 May 2017
5 cara terbaik untuk jimat belanja!
Keadaan sekarang membuatkan kita perlu perbelanjaan yang bijak. Barang keperluan dan barang kehendak perlu dititikberatkan sebelum mengeluarkan wang kita untuk memilikinya.
Sebelum bertindak salah menyalahkan kerajaan, majikan, cuba perhatikan diri sendiri dahulu. Tak siapa dapat ubah, kecuali ianya bermula daripada diri kita sendiri.
ok, kat sini saya nak share la tip untuk anda dapat jimatkan duit perbelanjaan bulanan anda!
1. Pelan makanan harian anda
- Tumpuan pada perbelanjaan makanan. iaitu makan sarapan, tengahari dan malam.
- Jika anda rancang apa yang nak makan, anda dapat jimat wang, dapat tahu nilai kalori yang diambil dan yang bestnya anda dapat uruskan kesihatan anda dengan baik!
- jika perlu bawa bekal, bawa lah bekal!
- Masak makanan dari rumah sangat bersih dan sihat!
2. Simpan dan rekodkan perbelanjaan
- Dengan rekod perbelanjaan, anda akan dapati di mana kebocoran duit perbelanjaan anda itu.
- mudah untuk rancang supaya tak terbelanjan perkara, makanan yang tak perlu seperti snek.
- Bila dah tahu, mudah untuk tampal kebocoran ini, dan dengan itu, lebihan duit yang ada itu, bolehlah disimpan untuk masa depan.
3. Jangan Lihat JENAMA lihatlah fungsinya
- Kita terlalu taksuf dengan satu jenama, tetapi tahukah ada yang tak ada jenama pun, tapi fungsinya sama je dengan produk yang berjenama.
- contohnya, tisu dapur, ada yang berjenama dalam rm12 tetapi tak berjenama dalam rm7 sahaja dah dapat. Fungsinya sama sahaja. kat sini dah jimat rm5!
- Start la untuk cari produk yang ada fungsi yang sama tetapi lebih murah!
4. Latih nafsu daripada berbelanja!
- Latih diri daripada membeli barangan tak bermanafaat dan suka-suka.
- Abaikan ego anda, abaikan kata kawan-kawan yang menghasut anda.
- Anda sendiri tentukan masa depan anda sendiri.
5. Elak berbelanja barang tak perlu
- anda boleh uruskan perbelanjaan dengan :
a) kurang kan makan diluar setiap minggu
b) Lepak2 dikafe2 mahal
c) menonton wanyang setiap minggu
d) urus pelan mobil, internet, dsb
Ini mungkin beberapa perkara yang boleh anda ambil sebagai menguruskan perbelanjaan anda. Walaupun sedikit, tapi saya berharap ianya dapat menberi kesan yang baik terhadap kewangan anda!
Monday, 22 May 2017
Gaya Hidup Mampu Mengawal Tekanan Darah Anda!
Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung. Ia secara senyap boleh merosakkan tubuh manusia sebelum mereka menunjukkan apa-apa gejala. Jika dibiarkan tidak terkawal, anda mungkin boleh mendapat pelbagai komplikasi kesihatan, pengurangan kualiti hidup atau bahkan kecacatan.
8 Faktor Yang Menyebabkan Tekanan Darah Tinggi
- Faktor usia
- Faktor jantina/jenis kelamin
- Berat badan
- Kecenderungan masin
- Minum alkohol
- Kadar tekanan/stress
- Kemalasan diri
- Ambilan ubatan tertentu
Perubahan Gaya Hidup
Garis panduan semasa mencadangkan bahawa anda harus:
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit / hari untuk kebanyakan hari seminggu
- Mengekalkan berat badan yang normal dan didalam lingkungan BMI yang bersesuaian (Indeks Jisim Badan)
- Mengurangkan pengambilan garam
- Hadkan pengambilan alkohol kepada tidak lebih daripada 1 atau 2 minuman sehari
- Kurangkan pengambilan lemak tepu
- Berhenti merokok
- Mengurangkan tekanan
- Tidur yang cukup dan sempurna
Gaya hidup memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah. Jika ia berjaya mengurangkan tekanan darah, ini boleh mengelakkan atau melewatkan keperluan untuk pengambilan ubat-ubatan.
Wednesday, 17 May 2017
Diabetis dan Penyakit Buah Pinggang Kronik
Mereka yang mempunyai diabetes adalah berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang. Kencing manis yang tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi. Ini membahayakan saluran darah di seluruh badan, termasuk saluran darah kecil di glomeruli. Keadaan ini akan merosakkan keupayaan buah pinggang untuk menapis dengan sempurna.
Statistik Penyebab Utama Kerosakan Buah Pinggang
• Pada tahun 2011, 56% daripada pesakit baru mengidap kencing manis sebagai penyakit buah pinggang. Hipertensi adalah penyakit buah pinggang utama dalam 6% daripada pesakit baru.
Rajah di atas : Penyakit buah pinggang utama untuk pesakit dialisis baru 2002-2011Pada mulanya, apabila rosak, glomeruli akan mula bocor. Sejumlah kecil protein akan hilang melalui air kencing dan bukannya tinggal di dalam darah. Ini dipanggil mikroalbuminuria, peringkat awal penyakit buah pinggang. Rawatan di peringkat ini mungkin dapat menghentikan penyakit ini dari menjadi lebih buruk.
Jika tidak dirawat, selama bertahun-tahun, makroalbuminuria akan menjadi lebih teruk. Ini berlaku apabila sejumlah besar protein yang hilang melalui air kencing. Apabila didiagnosis makroalbuminuria ianya boleh bermakna bahawa anda kemungkinan akan mengalami kegagalan buah pinggang (peringkat akhir penyakit renal atau ESRD).
Kegagalan buah pinggang berlaku apabila buah pinggang kehilangan keupayaan melakukan penapisan dan akibatnya bahan-bahan buangan akan terkumpul di dalam darah. Terdapat hanya dua pilihan untuk merawat kegagalan buah pinggang:
- Pemindahan buah pinggang.
- Dialisis. Dialisis adalah rawatan yang menapis bahan buangan. Terdapat dua jenis dialisis yang utama. Hemodialisis menggunakan mesin yang berfungsi seperti buah pinggang tiruan. Dialisis peritoneal menggunakan lapisan abdomen anda sebagai penapis. Bergantung kepada jenis dialisis, sama ada anda akan memerlukan rawatan setiap hari atau beberapa kali seminggu.
Penyakit “senyap”
Selalunya, penyakit buah pinggang datang tanpa sebarang tanda-tanda amaran. Pastikan anda hadir ke semua pemeriksaan yang berkaitan dengan diabetes anda. Doktor akan memeriksa air kencing untuk protein dan mengukur tekanan darah anda.
Jika anda mempunyai gejala-gejala, anda sudah boleh mempunyai kerosakan buah pinggang yang serius. Gejala-gejala juga berbeza di antara manusia. Sesetengahnya mungkin termasuk:
- Pengumpulan cecair
- Hilang selera makan
- Loya
- Badan lemah
Cara Lain Diabetis Membahayakan Buah Pinggang Anda
Kerosakan saraf sering berlaku pada penghidap diabetes. Saraf anda berfungsi untuk memberitahu otak anda apabila pundi kencing anda penuh. Apabila saraf rosak, mungkin terdapat kelewatan dalam menghantar mesej ini ke otak anda. Pundi kencing yang penuh boleh meletakkan tekanan ke atas buah pinggang dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dari semasa ke semasa.
Jangkitan salur kencing. Menahan air kencing dalam pundi kencing anda terlalu lama boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh merebak dari pundi kencing ke buah pinggang.
Tekanan darah tinggi. Ramai individu yang mengidap diabetes juga mempunyai tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi juga merosakkan saluran darah di dalam cara yang sama seperti gula darah tinggi. Tekanan satu dua tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi boleh mempercepatkan kemudaratan kepada sistem penapisan buah pinggang.
Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Anda
Mengawal kandungan gula di dalam darah anda merupakan langkah paling penting untuk mengurangkan risiko penyakit buah pinggang. Tip pencegahan lain termasuk:
- Makan makanan yang berkhasiat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, protein tanpa lemak dan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak. Hadkan pengambilan makanan tinggi lemak tepu, lemak trans natrium, dan makanan yang ditambah gula.
- Bersenam untuk 30 hingga 60 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu. Berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum anda memulakan atau meningkatkan tahap aktiviti anda.
- Mengambil semua ubat-ubatan seperti yang diarahkan, terutama mereka yang sedang dalam rawatan kencing manis, tekanan darah tinggi dan kolesterol.
- Pastikan tekanan darah anda sentiasa dipantau.
- Jangan minum alkohol atau merokok. Jika anda lakukan, berhenti dengan segera.
=================
Ya...seperti saya beritahu tadi :
- Buah pinggang bermasalah > akibatkan paras kreatenin tinggi > tanda yang jelas : URIN BERBUIH >> pengakhiran (jika tak diurus dengan baik) akan DIALISIS
- Buah pinggang bermasalah > akibatkan paras kreatenin tinggi > tanda yang jelas : URIN BERBUIH >> pengakhiran (jika tak diurus dengan baik) akan DIALISIS
Ok, ini salah satu respon individu yang telah alami masalah kegagalan buah pinggang. Lihat apa kata pengalaman beliau sendiri :
Pakar Buah Pinggang Dr Rafidah 9Mei 2017
- DIALISIS adalah solusi TERAKHIR. Banyak cara boleh anda uruskan penyakit anda. Pengurusan penyakit ini tak semestinya makan ubat sahaja. Tetapi boleh diuruskan secara semulajadi dengan amalan diet yang betul serta pengurusan kehidupan yang baik. Baca disini.
Ramai yang saya rekmen untuk amalkan produk herba ini, TRIPLE T by Dr Azlan. Produk lulus KKM, tidak membahayakan kesihatan, malah boleh diamalkan seharian oleh pesakit kronik dan pesakit masalah buah pinggang tahap 1 hingga 5 dan yang telah dialisis.
Malah, ada pengguna produk ini yang telah dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga gula dalam darah. Ini perkongsian pengalaman mereka kepada kami.
Bagaimana sel2 penapis2 buah pinggang akan mati dan komplikasi dialisis. cegah dari awal dan elakkan
Pakar Buah Pinggang Dr Rafidah 9Mei 2017
- DIALISIS adalah solusi TERAKHIR. Banyak cara boleh anda uruskan penyakit anda. Pengurusan penyakit ini tak semestinya makan ubat sahaja. Tetapi boleh diuruskan secara semulajadi dengan amalan diet yang betul serta pengurusan kehidupan yang baik. Baca disini.
Ramai yang saya rekmen untuk amalkan produk herba ini, TRIPLE T by Dr Azlan. Produk lulus KKM, tidak membahayakan kesihatan, malah boleh diamalkan seharian oleh pesakit kronik dan pesakit masalah buah pinggang tahap 1 hingga 5 dan yang telah dialisis.
Malah, ada pengguna produk ini yang telah dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga gula dalam darah. Ini perkongsian pengalaman mereka kepada kami.
Anda boleh kawal dengan diet yang baik. tetapi tidak jadi masalah untuk amalkan TRIPLE T ini sebagai 'booster' bagi mempercepatkan lagi proses pembaikan itu.
Triple T yang tinggi antioksida membantu :
a) Menyingkirkan toksin, radikal bebas dalam tubuh badan yang telah memberi kesan negatif pada organ badan (membuatkan organ ini kurang berfungsi)
b) Bila toksin ini dah bebas/berkurangan, fungsi organ itu kembali efektif.
c) Dapat membantu organ/sel daripada terus mati kerana toksin ini telah dikeluar/dicuci.
Ingat kesihatan yang BAIK tidak TERNILAI apabila anda dah mula sakit.
Oleh yang demikian, saya serius ingin membantu anda untuk lebih sihat dengan diet pemakanan yang baik dan betul. Sekaligus, TRIPLE T ini sebagai minuman herba yang anda boleh tukar gantikan dengan minuman pagi anda.
Sempena bulan Ramadhan ini, kami ingin berikan promosi besar-besaran FREE SEKOTAK (bernilai RM140) untuk anda.
Jika minat nak tahu lanjut serta sessi consult, boleh terus hubungi sales team kami :
> Puan Annum 012 632 5669
>> En amen 017 669 0694
@ yang ada wasap, boleh terus wasap beliau :
terima kasih
en ameen
ESRD since 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)